••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Di dalam sebuah lubang pokok gergasi,
Syah dan Syaz sedang bersembunyi..

"ABANG..Adik takut..Sakit.." Adu Syah bersama esak tangis yang bergema.Tapak tangan yang tertusuk panah,dipegang.Darahnya pula tidak henti-henti mengalir.

Syaz panik.Dia cuba untuk menghentikan pendarahan adiknya namun tak berjaya.

"Adik..Bertahan tau? Abang cuba nak cabut panah ni,okey?" Ucap Syaz,lembut.

Dalam tangis Syah mengangguk.

"Okey..dalam kiraan satu..dua..tig-...."

Kiraan terhenti.Mata Syaz tiba-tiba membulat.Dalam terketar-ketar jarinya menunding kearah belakang Syah.

Syah agak terpingga-pingga,pelik kenapa abangnya jadi sebegitu. Disaat dia menoleh kearah belakang,kini matanya pula yang terbeliak besar.

"Arghhh! Hodohnya Orc ni!" Jerit Syah,spontan dan nyaring.Dia pantas memeluk tubuh abangnya.

Mereka berdua mengeletar ketakutan.

"Ohh....Berani kau kutuk muka aku,hah? Hei bodoh! Kau ingat,kalau kau sembunyi dalam lubang ni,kau boleh selamat?! Memang taklah!"

Orc itu pantas menarik Syah keluar dari pokok itu lalu memeluk budak kecil tersebut,erat.

Pipi Syah yang tercalar,terus sahaja dijilatnya.Lazat sekali.Darah keturunan Alchemist yang asli.

Syah mengigil ketakutan.Tekaknya pula terasa meloya kerana dijilat oleh Orc yang hodoh ini.

"Hei! Lepaskan adik aku!" Laung Syaz secara tiba-tiba.Dia sedang mengengam erat pedang diraja miliknya,kini.

Orc itu agak terpingga-pingga sebelum dia tiba-tiba sahaja ketawa lucu.

"Hahaha! Apa yang kau nak buat hah,budak kecik? Nak serang aku? Huh. Ada hati konon. Hahaha!!"

Orc itu terus saja mentertawakan Syaz sepenuh hatinya.Baginya,budak kecik macam Syaz ni,boleh jalanlah!

Hati Syaz pula semakin membahang.Pantang sekali jika ada orang yang mentertawakan dirinya.

"Aku kata,..lepaskan adik akulah,Orc tak guna!" Jerit Syaz,nyaring.Pedang miliknya pantas dihayun laju.

"Ambik ni!"

Dalam masa yang sama,Orc itu juga menghayunkan pisaunya ke arah Syaz.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Shinggg!!

Bunyi tikaman jelas kedengaran.

"Arghhhh!" Jerit Orc tadi,nyaring.Syah serta-merta terlepas dari pelukannya.

Gedebukkk!

Orc itu terus sahaja jatuh menyembah bumi.Di dada makhluk hijau itu,tertusuknya pedang Syaz tadi.

Syah pula pantas mengesot ke belakang,menjauhi mayat Orc tersebut.Satu badannya terketar-ketar ketakutan. Dia mendongak,memandang wajah abangnya yang sedang tersenyum.

"Abang!"

Syah terus sahaja bangun lalu memeluk tubuh abang kembarnya itu,erat sekali.Air mata mulai berlinangan.

Syaz hanya membalas kembali pelukan erat tersebut bersama sebuah senyuman.Kepala adiknya diusap.

"Adik..adik dah selamat sekarang. Janganlah..nangis lagi.." Pujuk Syaz,tersekat-sekat.Kalau didengar baik-baik,suara abangnya seperti di dalam kesakitan sahaja bunyinya.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now