Sampul Merah : Bahagian 3

98 2 0
                                    

Bunyi motosikal aku mengejutkan ibu yang sedang tidur. Ibu aku lalu bangun dan menjenguk dari daun tingkap ketika aku sedang memakirkan motosikal.

"Wah, anak bujang sudah balik. Sangkut mana tadi? Ni jam dah pukul berapa baru balik?" terus meleteri aku sebaik saja masuk ke rumah.

"Singgah rumah kawan jap tadi. Dah la mak. Malas nak bising malam malam ni. Bikin rosak mood la" aku bersahaja.

"Aik! Dah pandai main mood dengan mak? Ehh eh budak ni."

Aku terus berlalu masuk ke bilik tanpa mempedulikan leteran ibu. Aku terus baring diatas katil empuk. Teringat dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi di rumah Rinna. Sakit hati bila difikirkan kembali. Aku menyalakan sebatang rokok untuk merehatkan kepala.

"Jangan lupa cuci kaki tu. Nanti setan ikut. Kang mengigau pulak" leter ibu lagi.

"Ye laaaa tuan besar" aku membalas dari dalam bilik. Sunyi.

Aku mencapai headphone di atas meja sebelah katil aku dan terus memutarkan lagu vintage kegemaranku. Aku melayani perasaan sendiri untuk melupakan sementara kekusutan yang berlaku. Sampul merah itu membuat aku sungguh down.

Aku terlelap dalam khayalan lagu vintage.

***

Jam berdering menunjukkan pukul 9 pagi. Aku terbangun. Mamai. Aku melangkah lemah menuju ke bilik air mencuci muka dan menggosok gigi. Setelah selesai aku pergi menjengah ke dapur untuk bersarapan.

"Mana pulak diorang ni? Sunyi je rumah" getus aku.

Aku terlihat sekeping nota kecil yang diletak oleh ibu di atas meja makan. Mereka pergi melawat saudara di ABF Housing kerana urusan perkahwinan anak saudara aku. Aku pun terus menikmati sarapan yang telah disediakan ibu. Aku mencapai telefon Sony Erickson. Aku terkejut melihat 48 missed call dari Rinna sejak semalam. Mode silence mana nak dengar. Aku pun meletakkan kembali telefon atas meja.

Selesai bersarapan dan bersiap, aku pun menghidupkan enjin motosikal RXZ. Aku nak ke rumah Rinna. Tak gentlemen la kalau cakap dalam telefon. Aku pun terus menunggang motosikal menuju rumah Rinna. Aku tahu Rinna kecewa denan sikap aku semalam. Ah persetankan semua itu. Aku pun ada perasaan juga sebagai lelaki. Aku ingin mendengar dari mulut Rinna sendiri setelah sampai nanti.

Ketika sampai di satu simpang, aku terlihat sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam parkir di depan pagar rumah Rinna. Aku pun berhenti. Persoalan mula menguasai segenap kepalaku. Aku pun meluncur perlahan dan berhenti depan luar rumah Rinna. Aku mula menanggalkan helmet SHOEI di kepala dan meletakkannya atas motosikal. Aku menekan loceng dari luar rumah Rinna. Berkali kali.

Daun pintu pun terkuak dan aku melihat Rinna bersama seorang lelaki yang tidak aku kenal keluar bersama sambil tertawa. Rinna terkejut melihat aku berada di luar. Lantas Rinna melepaskan tangannya dari lelaki itu. Situasi yang aku lihat sebentar tadi sungguh menyakitkan hati. Aku pun terus mengenakan helmet dan mula menghidupkan motosikal. Rinna mula berlari ke arah aku. Tidak sempat. Aku terus meluncur laju meninggalkan rumah Rinna dengan hati yang retak.

Awan mendung mula berarak. Hujan dari rahmat Tuhan mula bercucuran membasahi bumi dan juga aku. Seakan akan mengerti. Aku berhenti. Telefon berdering tak henti. Aku melihat di skrin pemanggil itu Rinna. Lantas aku menghempas telefon itu. Berderai. Hanya bunyi rintik hujan yang kedengaran. Aku terduduk di tepi motosikal.

Bersambung......

Menangis Didalam HujanWhere stories live. Discover now