Cikgu Nurul memandang sekeliling lagi. Dia tersenyum puas. "Baiklah, dengan masa yng ada ni, I want you guys to discuss together about the drama" arah guru itu.

"I want you to do the drama according to the genre that has been given. Understand??"

"Yes!"

"Write the scripts carefully, make sure there is a lesson and moral values from the drama and share the characters correctly such as the main character, the side characters and so on." sambung guru itu lagi.

Semua terangguk-angguk faham.

Ayna menghela nafas. Dipandang setiap ahli kumpulannya yang memang langsung tak membantu kecuali Hasya dan Iqa.

"Woi, boleh tak korang bagi kerjasama sikit?" Ayna mengetuk mejanya dengan pen. Ingin tarik perhatian mereka-mereka di hadapannya saat ini.

Dania menjeling sekilas sebelum dia menunjukkan kukunya pada Alief di sebelah. "You, tengok kuku I. Cantik tak? I baru buat semalam" tukas Dania ingin menarik perhatian Alief.

Alief pula hanya melayan.

Dia menoleh ke arah Dania lalu kuku Dania dipandang. "Ha cantik. Pandai you buat" puji Alief. Sengaja buat tak nampak Ayna dihadapan.

Ayna mengetap bibir. Sengaja nak buat aku naik angin ke apa ni?

Dania pula makin lebar senyumannya apabila pakwe dia puji.

"Hoi hoi, kau tak payah lah nak tunjuk sangat kuku kau tu" ujar Hasya menyampah. Sekali aku karate minah ni, patah kuku dia tu kang.

"Kau tak payah nak sebok ah" Dania menjeling Hasya pula. Memang suka jeling-jeling minah ni.

"Dah, daripada korang duduk buang masa, baik fikir. Cerita macam mana kita nak buat" tukas Hariz pula. Sedih betul dapat kumpulan macam ni. Langsung tak nak beri kerjasama.

"Kita buat romeo and juliet nak??" cadang Ilham mengangkat keningnya. Hasya yang memandang mengacah-acah ingin menumbuk Ilham.

"Romeo and Juliet? Aku jadi Juliet, Alief jadi Romeo!" Dania tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk tangan. Gembira dengan idea itu.

"Ingat sweet ke?" soal Faris pula membuat muka.

"Sweet la. Aku dengan Alief kan the hottest couple in this school. Mestilah sweet. Kan sayang" Dania mencuit bahu Alief. Alief tersenyum lalu menangguk sahaja.

Ayna pula yang mencebik. Eh eh dia ni. Melebih pulak dengan suami aku. Eh?

"Kalau macam tu, kita buat love story pasal Najib dengan Rosmah lah. Dania kau Rosmah, Alief Najib" ujar Ameer selamba.

Semua di situ tersengih. Dania membuat muka. "Ew! Rambut aku ni ada sebijik ke dengan rambut Rosmah ha?" tempik Dania. Mahu saja dia jahit mulut Ameer itu.

"Rambut memang tak sama, tapi perangai kau lagi teruk dari Rosmah" bidas Ayna pula selamba. Haa amek kau! Mulut tak reti jaga betul si Ayna ni.

Dania yang mendengar menjadi panas. Terus dia menepuk mejanya kuat. "Hoi! Mulut kau jangan kurang ajar sangat eh!" tukas Dania merenung Ayna tajam.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now