BAB 1 : UJIAN

24.2K 704 9
                                    

Sedih rasa hati Aisyah meninggalkan kedua ibu bapanya.

"Demi membalas jasa kalian, sanggup aku ketepikan kepentinganku sepertimana kalian mengetepikan kepentingan kalian demi aku dulu", bisik hati kecil Aisyah terkenangkan ibu dan ahli keluarganya yang lain.

Dikuatkan semangatnya, berdoa dia agar Allah kuatkan hatinya menempuhi 7 bulan yang seterusnya di sekolah itu.

7 jam berlalu, sampainya dia dan 3 orang rakannya di bumi Kelantan.

---

Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi. "Syafiqah... bangun...", kejut Aisyah. Aisyah terbiasa sudah bangun pada awal pagi. Aisyah sungguh arif dengan perangai rakannya yang sangat liat dikejutkan dari tidur. Dikejutnya bangun berkali-kali.

"Bangun pun anak dara seorang ni...", perlahan suaranya mengeluh.

Mereka harus bangun seawal pagi begitu kerana pastinya akan berebut bilik air dengan pelajar asrama yang lain untuk mandi sebelum pergi ke sekolah. Setelah selesai mandi seorang demi seorang ahli dorm D, iaitu dorm khas tingkatan 6, ada antara rakannya yang tidur semula dan ada juga yang mendirikan solat sunat tahajjud.

"Allahuakbar... Allahuakbar...", azan subuh berkumandang, sekali lagi Aisyah menjalankan 'tugas hariannya' untuk mengejutkan rakan-rakannya yang lain bagi menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat subuh, Aisyah mencapai tafsirnya untuk membaca surah As Sajdah yang diamalkannya setiap subuh, kemudian diikuti surah harian. Semua ahli dorm D mula berasak-asak diwaktu pagi didalam dorm untuk bersiap ke sekolah. Ada saja gelagat rakannya Syafiqah dan Najihah setiap hari. Merekalah penghibur didalam dorm tersebut.

Setelah selesai segalanya, dicapainya buku dan tafsirnya melangkah keluar dari dorm dan seterusnya keluar dari kawasan asrama bersama dua rakannya yang lain, Amira Anuar dan Syaf.

"Aisyah, awak dah hafal Nahu ?", tanya Syaf soalan cepu emas kerana subjek itu adalah subjek yang paling tidak diminatinya kerana Ustaz yang mengajarnya sangat garang dan tegas.
"Dop lagi...", balasnya dengan sedikit dialek Kelantan yang dipelajarinya setelah beberapa bulan disitu. Berjalan selamba mereka bertiga menuju ke kantin untuk makan pagi.

"Ni lagi satu ujian aku nak kena hadap tiap-tiap hari.", bisik Aisyah pada Amira dan Syaf. Ketawa kecil mereka berdua membalas kata-kata Aisyah yang dikatakan fakta itu. Maklumlah, 6 orang sahaja pelajar STAM yang tinggal di asrama, orang luar pula tu. Mana tidak mata keranjang pak cik-pak cik kantin disitu. Sengaja digelarnya pak cik biarpun wajah mereka hanya dalam lingkungan 20an, geli katanya menggelar abang.

Mereka pun makan pagi dan selesainya mereka berenam makan, bergegas mereka ke medan thobur. Beratur mereka berenam sekali didalam satu barisan.

Majlis pun bermula dengan alunan Asmaul Husna, yang dinyanyikannya setiap pagi di medan thobur sebelum sesi pembelajaran. Kemudian diikuti bacaan Al Quran. "eh, Ar-Rofi'u lah...", bisik Syafiqah pada Arfa. Pelik Aisyah pada mulanya siapakah Ar-Rofi'u yang dimaksudkan, rupanya seorang pengawas lelaki tingkatan 6, yang selalu menjadi pengerusi majlis di medan thobur.

"Asyik-asyik dia sahaja yang kalian sebut.", bisik Aisyah yang memang suka bergurau tentang lelaki tetapi dilayan bagai mereka batu bila berada dihadapan mata Aisyah.

"Dia sahaja lelaki yang kami pandang. Yang lain... biarkan sahaja.", jelas Syafiqah.

Suamiku UstazWhere stories live. Discover now