Aku mahu KURUS!
Ya, aku mahu kurus.
Setiap kali menghadap cermin tengok pipi semakin hari semakin mengembang dan muka semakin hari semakin melebar. Ini tandanya sudah GEMUK. Dari atas sampai ke bawah semua nampak berisi. Fobia dah nak menghadap cermin lama-lama.
Belum cerita lagi bab selulit di sana sini. Paling ketara tahap kegemukan bila pakai seluar dah tak boleh nak zip, pakai kain dah tersekat di punggung. Orang kata lemak sudah berlipat-lipat. Fuhhh... Masa ni rasa nak sedut je lemak-lemak yang terkumpul kat situ. Sangat stress.
Paling seram sekali bila nak timbang berat badan. Mana tidaknya, setiap kali berdiri atas penimbang, bacaannya tak pernah sekali pun menurun. Ini lagi menambahkan stress...
Di pejabat, ada pula rakan-rakan yang sudah mulai sedar akan pertambahan berat badan. Bila ditegur, dengan sopan menjawab, "Ya, saya sudah gemuk."
Jadi, mulai hari ini, saat ini aku berazam untuk kurus seperti dulu-dulu.
YOU ARE READING
Aku Mahu KURUS
Short StoryKisah seorang IBU MENYUSU anak yang mencabar diri untuk kurus dalam tempoh 60 hari. Kurus bukan untuk CANTIK semata-mata tetapi untuk SIHAT dan untuk mudahkan diri menjalankan IBADAH.
