BAB 2

5.6K 314 8
                                    

Farah melihat jam dipergelangan tangan. Em ada lagi 30minit ni! Daripada aku join si Pian ni tidur, baik aku jalan. Farah segera berdiri. Melihat masing masing yang sedang leka berborak. Macam dalam dunia sendiri dah!

"Haa nak pergi mana tu!?" Langkah kaki Farah terhenti. Lalu menoleh.

Danish memeluk tubuh sambil memandang Farah. Farah tersengih. Kepala digaru garu.

"Alaa Danish, kau kan ketua yang hensem lagi baik hati. Bagi lah aku keluar sekejap. Mengantuk lah kalau asyik duduk je!"

Danish menggoyangkan jari telunjuknya.

"No, no, no! Kejap lagi kita nak gerak makmal. Kau jangan nak buat hal!" Halang Danish.

"Tah kau. Nanti sebab kau lambat, kita semua tak boleh masuk makmal!"

Farah muncung. Jelingan diberi buat Alif yang menyampuk. Alif sekadar menjelirkan lidah.

"Alahh, aku nak keluar sekejap je!"

"No means no, dear Farah." Seisi kelas ketawa apabila Danish memanggil Farah, dear.

Farah membulatkan matanya sebelum membongkok. Tangan laju membuka tali kasut. Ingin dibaling sahaja kasutnya ke muka Danish. Sebelah lagi mahu dibaling ke Alif. Menyakitkan hati!

"Eh eh releks! Jom kita dating!" Pian menghalang Farah daripada membaling kasutnya.

Danish yang mengalihkan tangan yang menutupi muka.

"Fuh nasib baik kau ada!" Danish mengurut dada.

Mereka yang lain sudah tergelak besar. Farah melemparkan senyuman lebar dan segera menarik tangan Pian untuk keluar.

"Thankyou, Pian!" Ujar Farah sambil terlompat lompat.

Pian menjeling. "Nak keluar tak ajak!"

"Dah kau tidur. Takkan aku nak kacau?"

"Eleh alasan!"

Farah tersengih. "Jom. Ikut aku ke aras tiga!"

"Ergh jumpa abang pengawas kau lah tu!" Pian memutarkan bola matanya.

Farah menayang muka bosan. Kemudian dia memberhentikan langkah dan memandang Pian.

Kedua belah pipi Pian ditepuk kuat. "Aduh! Sakit sia! Kau dah kenapa?" Pian menggosok pipinya yang perit.

Farah ketawa kuat. "Haaa hidup pun kau! Tadi roh kau kemana? London? Annoying nak mampus!"

Pian mula tersengih. "Tahu je kau macam mana nak panggil roh aku ea!" Tudung Farah ditarik kebelakang.

"Tudung aku!!!!" Pian ketawa. "Padan muka!"

Farah segera berlari ke arah tingkap kelas. Lantak lah kelas ni ada orang ke tidak. Janji aku nak betulkan tudung! (Tingkap tinted)

Pian menggelengkan kepala apabila tudung Farah masih tidak betul.

"Aish kau ni. Sini lah aku betul kan! Gedik betul." Farah sekadar tersengih.

"Okey jom!" Segera mereka berdua memanjat tangga untuk ke aras 3.

Farah menghendap hendap melalui tingkap. Ish masalah betul lah sekolah ni! Tingkap kelas dipasang tinted buat apa?!

"Ada ke idok?" Soal Pian sambil mengeluarkan henfon dipoket. Selfie sikit! Daripada tunggu budak ni, memang bertahun!

"Diam lah. Tak guna punya tingkap. Ish aku rasa dia tak ada kot!" Farah mengeluh kasar. Kemudian dia membetul betulkan lagi tudung.

"Bye abang pengawas ku! Nanti Farah datang lagi okey? Bye! Huhuhu." Farah terus ketawa setelah menuturkan kata kata.

Pian hanya menggeleng kepala. "Weh sini kejap!"

BUDAKWhere stories live. Discover now