Bab 1

131K 3.3K 155
                                    

" aku terima nikahnya Nur Airish Aryssa binti Fahim dengan mas kahwin RM2,000 ringgit tunai " dengan sekali lafaz sahaja kini Aryssa telah pun sah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang bernama Tengku Farish Rafzhan

Airmata yang ditahan dari tadi perlahan-lahan mengalir di pipi. Perkahwinan yang diadakan tanpa ada perasaan cinta antara satu sama lain dan perkahwinan ini juga dilakukan atas dasar wasiat arwah kedua orang tua Aryssa iaitu sahabat baik kepada kedua ibubapa Tengku Farish.

" Aryssa "

teguran Tengku Maria atau ibu mertuanya membuatkan Aryssa tersedar dari melayan perasaan. Pandangan dialih ke arah Tengku Maria yang berada disebelahnya

" Aryssa jangan sedih ye sayang. Mummy janji mummy akan jaga Aryssa. Bukan sebagai menantu je tapi macam anak mummy sendiri "

Aryssa tersnyum hambar mendengar kata-kata Tengku Maria. dilihat Tengku Farish yang berjalan kearahnya terus kepala ditundukkan. Dan dalam beberapa saat dia dapat merasakan jari jemarinya dipegang oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Tengku Farish. Kepalanya didongak untuk melihat wajah suaminya. Wajah Tengku Farish yang mencuka. Cincin disarungkan di jari manis . Perlahan-lahan Aryssa tunduk mencium tangan Tengku Farish dan tatkala kepalanya diangkat semula dahinya pula dikucup oleh lelaki itu.

" jangan kau fikir aku akan terima kau sebagai isteri aku " bisik Tengku Farish di telinganya

Aryssa terpempan selepas mendengar bisikkan Tengku Farish sebentar tadi . Airmata yang sudah tidak mengalir sekali lagi jatuh membasahi kedua belah pipinya.





***********************************


Selesai sahaja majlis dan tetamu beransur pulang, Aryssa mengorak langkah ke arah dapur untuk membantu apa yang patut dan setibanya dia di dapur, dia melihat Mak bedah sebagai orang gaji dirumah keluarga Tengku Fahmi sibuk mengemas barang-barang dapur manakala MakSu Yati pula membasuh di sinki. Perlahan-lahan Aryssa menghampiri mereka dua dan dalam beberapa tapak dia melangkah tiba-tiba MakSu Yati memandang ke arahnya. Perasan akan kehadiran dia mungkin ?

" Eh Aryssa, Aryssa buat apa lagi ni ? Farish dah masuk bilik kan ? " soal MakSu Yati atau nama sebenar Tengku Hayati iaitu adik kepada Tengku Maria

" ha ? Ha.. haah " jawab Aryssa tergagap. Dia lihat MakSu Yati tertawa kecil.

" kamu takut ye Aryssa ? " soalnya lagi.

Aryssa menggelengkan kepala dan dia yang baru sahaja ingin membuka suara terus terbantut bila kedengaran Tengku Maria bersuara

" Aryssa ? Kamu buat apa lagi kat sini ? Farish dah ada dalam bilik dah "

Aduhh sekali lagi soalan sama. Aryssa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Takde soalan lain ke nak tanya. Haih... adik beradik sama je soalannya sama.

" aryssa "

" eh i...iya mummy ? ". Dah macam orang bodoh pula dia saat ini.

" apa ditunggukan lagi ? Dah, pegi naik atas. Tak baik tinggalkan suami kamu sendirian tau kat bilik " suruh Tengku Maria padanya

Aryssa memandang ke arah MakSu Yati berharap MakSu Yati dapat membantunya. Tetapi hampeh.... dia buat tak tau je. Aryssa mengeluh lemah.

" Aryssa..... " panggil Tengku Maria dengan suara meleret.

" yela mummy... Aryssa naik dulu ye. Assalamualaikum " jawab Aryssa lalu melangkah keluar dari ruang dapur.

Setibanya dihadapan pintu bilik Tengku Farish, Aryssa teragak-agak untuk memasuki bilik itu. sekali lagi kepala yang tidak gatal digaru.

" nak ketuk dulu baru masuk atau masuk je ? " ngomelnya sendirian.

" ahh masuk jelah ". baru sahaja tangannya ingin memegang tombol pintu tiba-tiba tombol itu sudah dipulas dari dalam dan tersembulah wajah TengkuFarish dihadapannya hanya berseluar pendek dan tidak berbaju

Aryssa yang terkaku seperti patung terus tersedar bila Tengku Farish menarik lengannya memasuki bilik dan pintu ditutup semula. Rasa segan pula melihat keadaan Tengku Farish begitu walaupun lelaki dihadapan ini sudah bergelar suaminya. Badan tough.

" nama kau Aryssa kan ? Anak angkat mummy. Ahh!! Paling senang pun anak sahabat mummy daddy aku kan ? " soal lelaki itu dingin

" Ha... haah " jawabnya ringkas.

" okay. By the way aku nak bagitau kau ni. Kita dikahwinkan atas dasar wasiat mengarut orang tua kau bukan atas dasar cinta or what. So aku nak depan parents aku kita nampak bahagia tetapi belakang dorang kita buat hal memasing. Aku hal aku kau hal kau. Okay ? " terang Tengku Farish.

Aryssa menelan liur. Rasa bersalah pula untuk berpura-pura bahagia di depan Tengku Maria dan Tengku Fahmi. 'Ya Allah, aku tak sanggup melakukan semua itu'. Sebak rasanya saat ini. Airmata cuba ditahan supaya tidak menitis.

" weii !! Kau dengar tak ?!! "

Terhinjut bahu Aryssa bila Tengku Farish menjerkahnya. Airmata yang ditahan menitis. Tidak pernah seumur hidupnya dia dijerkah atau diherdik.

" de...dengar " jawab Aryssa menahan esakkannya dan Tengku Farish tersenyum sinis

" baguslah. And satu lagi aku nak bagitahu kau, jangan kau fikir atau mimpi nak dapat kasih sayang daripada aku sebab kasih sayang dan cinta aku hanya pada kekasih aku bukan kau !! Kau ni bagi aku sekadar isteri di atas kertas dan aku juga akan pastikan bila sudah tiba masanya aku akan ceraikan kau " terang Tengku Farish lalu kakinya terus berjalan menghampiri katil dan badannya direbahkan di atas tilam empuk itu

Aryssa masih berdiri disitu. Airmata semakin laju menuruni dipipi. Kata-kata Tengku Farish sebentar tadi amat memeritkan baginya. Dia akui sedikit sebanyak dia mula menerima Tengku Farish dan ikatan perkahwinan ini. Airmata yang berada dipipi diseka. Aryssa bergerak menghampiri beg pakaiannya untuk mengambil towel dan baju tidur. Setelah semuanya diambil kakinya melangkah pula ke kamar mandi.

Selesai sahaja membersihkan diri dan pakaian sudah tersarung ditubuh, perlahan-lahan Aryssa keluar dari kamar mandi dan matanya dialih kearah Tengku Farish yang sudah lena di atas katil. Dalam beberapa tapak dia melangkah, Tengku Farish yang disangka sudah tidur memandang kearahnya dengan pandangan tajam. Badan Aryssa mula terasa seram sejuk.

" kau tidur bawah ! Jangan harap nak tidur sekatil dengan aku !! ". Bantal yang berada ditepi dicampakkan ke lantai. Tengku Farish memejamkan matanya semula. tidur.

Aryssa mengambil bantal yang dicampak oleh Tengku Farish dan perlahan-lahan badannya dibaringkan ke lantai tanpa berlapikkan apa-apa. Airmata menitis untuk ke sekian kali dan dalam beberapa saat Aryssa terlena sambil ditemani airmata

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now