Bab 32: Kegilaan Harta

Start from the beginning
                                    

Langkah mereka diatur pantas.Akhirnya,mereka tiba jua di Jurang Kekayaan yang dipenuhi oleh barang kemas itu.

"Fuh...."

Syah terus sahaja melepaskan lelah di atas tanah dengan gaya yang santai habis.Racun Amfric masih lagi melemahkan sistem sarafnya.

Syawal juga pantas duduk tempat disebelah Syah.Dia nampak seperti gelisah.

"Syah,awak rasa siapa yg letakkan racun Amfric tu dalam makanan awak? Bukan ke Kifft saja ke yang ada racun tu?" Ucap Syawal, dalam nada berbisik.Mungkin tak mahu orang lain dengar.

"Itu..saya tak tahu..Tapikan,saya rasa..mungkin ada pengkhianat dalam kumpulan kita ni.Kita mesti selidik,siapa pengkhianat tu.Tapi,pastikan awak tak beritahu sesiapa hal ni.Faham?" Bisik Syah, kembali.

Syawal pantas menganguk faham.Matanya pula meliar memerhati sekeliling.Gelisah.Hatinya terasa tak tenang.

Kalau benar ada pengkhianat dalam kumpulan mereka, sudah pasti kedudukan mereka sedang diancam bahaya kini.

Disaat dia terpandangkan Iryan,ada rasa kurang enak mulai terbit di mindanya.

Tadi,yang tolong dia memasak,hanyalah Zinnt dan Iryan..

Mungkinkah...?!

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

EMAS,permata dan intan berlian..

Jurang Kekayaan ini dihiasi dengan benda-benda yang berharga tersebut.Kilauannya benar-benar memukau hati bagi sesiapa yang melihat.

"Woah..Banyaknya emas!" Ucap Zinnt,terpegun.Dia menilik salah satu mahkota diraja yang bertimbun di situ,dengan perasaan teruja.Cantik!

Syah pula hanya membisu sambil berpeluk tubuh.Emas,permata dan intan berlian itu,dipandangnya dengan sebelah mata sahaja.Tak berminat.

Satria-satria yang lain pula sibuk mengisi emas ke dalam karung yang ada pada mereka.Tak cukup lagi,emas itu dimasukkan pula ke dalam baju mereka.Sifat tamak mulai menguasai.

Tiba-tiba, Syah terasa bahunya dicuit dari arah belakang.Dia pantas menoleh untuk melihat gerangan siapa.Oh. Fellex rupa-rupanya.

"Emm? Awak nak apa,Fellex? Sakit?" Soal Syah,mesra.

Fellex tidak menjawab.Wajahnya blur sahaja.Dia pantas menanggalkan sarung tangannya yang terakhir,lalu menyuakan ia kepada Syah.

Syah hanya terpingga-pingga,tak faham.Wajah Fellex ditenung.

"Ambik ni.Tutup tangan kau tu sebelum orang lain nampak.Cepatlah ambik! Yang kau asyik tenung-tenung aku tu,apahal?" Gesa Fellex,separuh berbisik.Dia masih lagi sibuk menyua sarung tangannya itu.

Syah tersentak.Matanya pula meliar ke sana sini,ingin memastikan tiada sesiapa yang mendengar.

"A..a..apa yang awak nampak?" Soalnya,tergagap-gagap.

Fellex hanya menguntum senyum.Dia pantas memakaikan sarung tangannya itu di tangan kanan Syah.

"Aku..akan anggap aku tak nampak apa-apa." Ucap Fellex, tanpa menjawab soalan yang ditanya.

Syah terus saja mendiamkan diri,tak tahu nak cakap apa.

"Terima kasih." Ucapnya,agak kelu untuk berbicara.

Fellex hanya mengangguk perlahan.Tersenyum penuh makna.

Tiba-tiba..

"Hei! Berlian tu aku punyalah! Bagi balik!" Jerit salah seorang satria di situ,secara tiba-tiba.

Fellex dan Syah tersentak.Mereka pantas menoleh,melihat apa yang sedang terjadi.

Kelihatan kesemua satria itu sedang berebutkan satu berlian gergasi yang bersaiz dua tapak tangan.Mereka saling menolak sesama sendiri,ingin memiliki berlian itu.

"Tak! Berlian ni bukan kau punya! Berlian ni milik aku! Aku yang nampak dulu!" Jerit satria yang lain pula.

"Hei! Aku yang pegang dulu,jadi akulah yang punya! Bagi cepat!" Jerit satria yang pertama semula.

"Ni aku punya!"

"Tak! Aku yang dapat dulu!"

Kesemua satria di situ menjerit sesama sendiri dan mulai merebutkan berlian itu secara kasar.

Syah pula sudah menepuk dahi,tak faham dengan perangai kesemua satria ni.

"Hei! Kamu semua ni dah kenapa?!" Jerit Fellex, nyaring.Pipinya berona merah,menahan rasa.

Namun,..malang sekali jeritan maut Fellex itu diendahkan oleh mereka semua.

"Berlian ni aku yang nampak dulu!"

"Tak! Aku yang nampak dulu!"

"Hei! Aku yang nampak dululah! Bagi balik!"

Papp!

Kini,giliran Fellex pula yang menepuk dahi.

"Alahai..Apa yang nak jadi dengan korang ni? Dah mereng ke apa? Tamak betul." Bebelnya seorang diri.

Syah masih membisu.Ish,betul cakap Fellex.Tamak sungguh satria-satria ni.Tak tahu ke yang diaorang ni sedang jalankan misi penting? Dah lupa ke apa?

Tiba-tiba, Syah teringat kembali kata-kata wanita misteri yang pernah berjumpa dengannya ketika dia tidak sedarkan diri dahulu.

"Siapa yang alpa tujuannya,nescaya sesat selamanya.."

Mata Syah terus saja membulat.Alamak! Inilah apa yang dimaksudkan oleh wanita itu!

Mereka mulai lupa akan misi penting mereka dan begitu sibuk berebutkan harta.Tidak! Dia tak boleh biarkan mereka semua sesat di sini!

Dengan larian yang pantas,Syah berlari kearah satria-satria itu dengan niat ingin menghalang mereka.

Fellex pula hanya terpingga-pingga,pelik tengok Syah yang sedang terkokoh-kokoh berlari.

Tanpa banyak soal,dia terus saja mengejar Syah dari belakang,ingin tahu apa yang si Alchemist itu mahu lakukan.

to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now