pada hari itu seperti biasa, akiff dan afiff mereka akan meluangkan masa bersama sama jika kedua duanya berada di rumah. Pada malam itu. hanya tinggal mereka berdua sahaja dirumah. Kerana mama dan papa mereka mengerjakan umrah. Manakala adik mereka menghadiri majlis hari jadi temannya. Dan menginap di sana. Pada malam itu. Akiff dan afiff sedang menonton drama bersama sama. Seperti biasa. Drama melayu yang mempunyai jalan penceritaan yang sama sahaja. Tiada variasi. Orang kaya. Bercinta dengan orang miskin. Dapat tentangan dari keluarga. Muncul pihak ketiga yang mengganggu. Sudah muak! Konflik yang sama. Langsung tiada pembaharuan. Namun, disebabkan drama itu sahaja yang ada. Terpaksalah mereka tonton. Masing masing khusyuk. Cuba untuk menghayati watak. Tidak sampai 30 minit. Masing masing sudah menghadap telefon sendiri.

" along, angah masuk bilik dulu ya. Nak mandi kejap. Panaslah "

" hahh. Pergilah. Mandi jangan lama lama dekat dalam tu. Jangan main sabun pulak nanti ngah "

Afiff mencampak bantal kecil yang ada di sebelahnya. Bongok punya abang!

" aahhh kepala otak dia nak main sabun memalam buta ni. Bazir sperma je. Lebih baik pergi chow kit cari lubang. Sedap sikit "

" Amboi!! Dah pandai sekarang ekk. Sapa ajar ni? Along report dekat mama nanti kang. Haaa "

" Alah along ni. Orang gurau pun nak ambik serius. Tak cool lah along ni. Blahh ahh "

Afiff berlalu pergi menaiki tangga menuju kebilik tidur mereka yang terletak di tingkat dua rumah agam itu. Akiff hanya tersenyum melihat telatah adiknya. Macam budak budak! Sedang akiff khusyuk melayan karenah rakan rakannya di whatsapp. Tiba tiba rumah agam yang tadinya terang benderang bertukar menjadi gelap gelita tidak sampai satu saat pun. Menderau darah akiff dibuatnya. Terkejut lah setan! Sedang dia cuba untuk membiasakan anak matanya dengan keadaan sekeliling. Tiba tiba dia terdengar suara adiknya afiff menjerit dari tingkat atas. Degupan jantung nya menjadi semakin laju. adrenalin yang mengalir di dalam tubuhnya membuatkan nafasnya turut bertukar kencang. Macam orang baru lepas lumba lari je. kadar degupan jantung berubah kepada kelajuan jet pejuang. Tanpa berlengah lagi dia berlari ke tingkat atas untuk mendapatkan adiknya. Tapi malang tidak berbau. Dia terlanggar bucu meja kaca yang terdapat di tepi tangga. Dia jatuh. Namun sempat berpaut pada tangga. Rasa pedih yang terbit pada bahagia pehanya dibiarkan. yang penting keselamatan adiknya!

Dia berlari pantas menaiki anak tangga. Nama afiff di panggil. Namun tiada suara yang menyahut. Babi lah! Jawablah sial. Akiff membentak di dalam hati. Dia meraba raba persekitaran di dalam biliknya untuk mencari arah tuju ke adiknya. Nama afiff di laung sekali lagi. namun masih tiada sahutan.

" Angah! Janganlah main main. Jawablah along panggil ni! "

Sunyi. Hening.

" Angahh!! Along tak suka lah nak buat lawak masa macam ni. Keluarlah ngahh! "

Tiada jawapan.

" Woi babi! Kau keluarlah cepat! Kau buat apa haa dekat adik aku? Woi sial, bagi adik aku balik lah. Kau nak apa? Sini jumpa aku depan depan lah woi. Woi! Dengar tak! Aku tak main main ni! Aku kira sampai tiga. Kau tak keluar! Aku telefon polis! "

Dalam fikirannya masa itu mungkin afiff telah ditangkap oleh perompak. pencuri. Pembunuh upahan? Dan minta untuk dijadikan tebusan. Akiff sangat panik. Sehingga dia tidak langsung memikirkan tentang keselamatan dirinya. Yang penting afiff kena selamat! Ya! Itu misi nya sekarang ini!

" Aku dah bagi amaran! Jangan cakap aku tak warning kau! Satuu...... duaa..... ti... "

" Along. Apa yang along memekak dari tadi ni? Telefon polis bagai? Mengigau ke long? "

belum sempat akiff menghabiskan kiraannya. Suara afiff terlebih dahulu mencelah.

Akiff diam seribu bahasa. Lututnya terasa longgar. Rasa nak pitam! Terkejut dengan situasi yang sedang berlaku. Bukannya afiff sepatutnya kena culik ke? Dan dijadikan tebusan? Selalunya dekat drama dalam tv macam ni lah kronologi ceritanya. Tapi kenapa lain jadinya? Ke aku yang terlebih tengok drama melayu ni?

SONGSANGWhere stories live. Discover now