Bab 29: Kisah Lampau (ii)

Start from the beginning
                                    

Selepas seminggu..

SYAH berjalan diatas lopak-lopak air yang bertakung diatas tanah.Wajahnya murung,penuh dengan tekanan.Orang-orang yang lalu-lalang,pantas menjauhi dirinya.

Mereka jadi takut akan Syah selepas peristiwa dasyat itu.

Syah hanya buat tak peduli walaupun terasa agak tersinggung.Masyarakat sekeliling telah memulaukan dirinya untuk seminggu ini.

Saat dia tiba di salah satu kedai yang dicarinya,dia pantas mengetuk pintu.

"Hello? Pak cik Aqman?" Panggil Syah,sambil mengetuk pintu.

Tiba-tiba pintu itu terkuak luas.Lelaki yang dicarinya,ada di hadapannya kini.

"Masuklah ke dalam." Pelawa lelaki 80 an itu.

Syah pantas melangkah masuk.

Lelaki tua tadi terus sahaja menutup pintu.Dengan gaya terbongkok-bongkok,dia berjalan kearah Syah.

"Syah..Kamu nak apa cari pak cik? Kamu sakit ke?" Soal lelaki tua itu penuh ramah.

Syah mengelengkan kepalanya,perlahan.Dia tersenyum nipis.

"Pak cik..sebenarnya.. Saya nak beli Potion Alpa dekat pak cik,boleh?" Soal Syah,tanpa perasaan.

Lelaki tua yang bernama Aqman itu,kelihatan agak terkejut.

"Kenapa,nak? Kenapa nak potion tu? Jarang orang nak beli potion ni.Kamu ada niat tak baik ke?" Soal Aqman penuh curiga.

Perlahan-lahan dia menuju ke kaunternya.

Syah masih tersenyum nipis.

"Saya nak hilangkan ingatan saya." Jawab Syah tanpa ragu.

Sekali lagi lelaki tua itu terkejut.

"Kenapa?!"

"Em...sebab saya..bencikan ingatan ni.Saya nak kosongkan fikiran saya.Saya nak rasa tenang.." Balas Syah lagi.Dia pantas duduk diatas kerusi yg berada dihadapan kaunter itu.

Aqman tersenyum.

"Pak cik tahu kenapa kamu nak potion ni.Mesti sebab peristiwa minggu lepas kan? Baiklah.Pak cik bagi kamu secara percuma.Pak cik harap,kamu akan dapat lupakan apa yg memberat dalam ingatan kamu tu."

Syah hanya tersenyum nipis.Wajahnya benar-benar tampak murung.

Aqman segera mengeluarkan sebuah kotak kecil.Di dalamnya,terkandung sebotol kecil Potion Alpa yang berwarna pelangi.

"Nah..Habiskan semuanya." Ucap Aqman,sambil menyuakan botol itu kepada Syah.

Perlahan-lahan Syah mengambil botol itu.Penutup dibuka.Cecairnya diteguk.

Sedikit demi sedikit memorinya semakin menghilang...

Selepas seketika,Syah tiba-tiba tersenyum gembira.Dia terasa seperti tiada apa yang pernah berlaku.Hanya perasaan gembira sahaja yang menguasai mindanya kini.

Tubuh kelaki tua itu kemudiannya dipeluk,erat sekali.

"Terima kasih pak cik!!"

Not 100 diletakkan diatas meja lalu Syah terus sahaja berlari keluar.

Aqman kelihatan agak terpingga-pingga melihat Syah berkeadaan sebegitu.Nampaknya Syah sudah menjadi periang semula.

Lelaki tua itu kemudiannya menguntum senyum.

"Anakku..Kesan ubat tu,takkan lama.Kamu pasti akan ingat semula.Ayahanda pasti." Ucap lelaki tua itu,seorang diri.

Penyamarannya tadi langsung tidak diketahui Syah.Dia pantas menghilangkan Sihir Menyamar yang digunakannya tadi.

Terserlah sudah wajahnya yang tampan itu.

"Arien.Kamu dah boleh keluar sekarang." Arah lelaki yang menyamar itu.

Dengan langkah yang cool,seorang lelaki muda datang menghampiri lelaki yang menyamar tadi.

"Tuanku Lord Zaiyron..Tuanku pasti yang Putera Syah akan ingat semula?" Soal Arien,penasihat diraja Lord Zaiyron.

Lord Zaiyron tersenyum manis.

"Beta pasti.Hmm..Mari kita pulang sekarang."

Mereka berdua segera menghilangkan diri dari situ dengan mengunakan sihir teleport masing-masing.

Sebenarnya,..

   ...lelaki tua yang bernama Aqman itu,tidak pernah pun wujud.






to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now