-Chapter Nine-

337 47 8
                                    

"Siapa kata kami aje yang berlatih? Awak pun kena berlatih sama!" Jungkook melempar pedang dan perisai di hadapan aku.

Aku terkebil-kebil.

"Mwo?? Saya pun??"

Apprentice mengangguk.

"Yela...awak kan satu-satunya orang yang boleh tolong White Queen...jadi kita kena berlatih sebab tak lama lagi Black Queen akan hantar tenteranya untuk berperang dengan White Queen." Kata Hoseok.

"Dan awak tak perlu risau dengan Joshua...dia selamat." Kata Taehyung pula.

"Joshua ada dengan Black Queen? Omo!" Mata aku mula berair. Dongsaeng aku...

*****

-Flashback-

Taehyung memandang dari jauh. Kelihatan Joshua sedang tidur sambil memeluk lututnya. Sorcerers tiada kerana sedang menikmati makan malam. Taehyung mendekati sangkar besi perlahan-lahan.

"Joshua..." panggil Taehyung dengan perlahan.

Bimbang ada yang mendengar. Tubuh Joshua mengerekot sedikit.

"Joshua..."

Joshua membuka matanya perlahan-lahan. Dia terus bangun dan bersandar di dinding.

"Kau siapa?" Soal Joshua dengan wajah yang ketakutan.

"Shh~jangan bising. Awak jangan takut. Saya bukan orang jahat macam diorang tu. Saya kenal noona awak, Yoonhwa. Saya cuma nak pastikan yang awak okay ke tak...sebab noona awak risau sangat."

Joshua terus mendekati Taehyung(masih dalam sangkar besi) setelah terdengar nama kakaknya.

"Awak kenal noona saya? Suruh dia datang selamatkan saya, jebal...saya tak nak duduk kat sini..." rayu Joshua.

"Saya tahu...tapi awak kena sabar ya? Kami akan tolong awak...just give us time..." kata Taehyung sebelum segera beredar dari bilik tahanan itu.

-End Flashback-

*****

"Awak dah ready?" Soal Jin.

Aku memandang perisai dan pedang di atas tanah. Aku menutup mata dan menarik nafas dalam-dalam.

Aku mesti selamatkan Joshua! Aku kena tolong White Queen sebab dia dah layan aku dengan baik! Mataku dibuka perlahan-lahan.

"Jom kita berlatih sekarang!" Aku mengambil pedang dan perisai. Pedang di tanganku digenggam erat-erat.

**********

Sepanjang dua tiga hari ni, aku dan Apprentice berlatih bersungguh-sungguh. Tapi waktu malam aje la...biar tak ada sesiapa yang tahu.

Apprentice pun dah mampu mengawal kuasa diorang setanding dengan Sorcerers.

Kini...kami hanya menunggu masa sahaja untuk berlawan dengan Black Queen Sunny dan mempertahankan White Queen Hyoyeon.

***

Keesokan paginya...

Aku terjaga setelah terdengar bunyi siren yang panjang. Omo! Apa ni?

Keadaan mula riuh rendah di dalam istana Kerajaan Emerald. Aku menjengulkan kepala ke luar bilik. Semua penghuni istana sedang kalut. Aku ternampak si kembar tiga.

"Daehan! Mingguk! Mansae!" Panggilku. Ketiga-tiga orang kembar itu menghampiri aku.

"Kenapa semua orang kalut aje saya tengok?"

"Bersiap cepat. Bawa pedang dan perisai Cik Yoonhwa. Black Queen dah sampai dengan semua tenteranya!" Kata Daehan yang turut kelihatan resah itu.

Di luar istana....

Black Queen Sunny tersenyum sinis sambil duduk di atas kudanya. 12 orang Sorcerers setia berada di hadapannya. Begitu juga Apprentice.

Di belakang mereka, beribu-ribu askar berbaju merah sedang bersedia menunggu arahan daripada ratu mereka.

White Queen Hyoyeon keluar dari istana, sambil diikuti oleh Toto, si kembar tiga dan askar-askar Kerajaan Emerald.

"Annyeong unnie..." sapa Black Queen dengan nada sinis.

White Queen tersenyum.

"Macam ni la...saya malas nak cakap banyak. Bla bla bla...straight to the point...mana yeoja tu? I know she's here. She is hiding in there. Yuhoo~~keluar la..." Black Queen turun dari kudanya.

Aku masih berdiri di belakang pagar istana. Kakiku terasa lemah tiba-tiba.

Aish, Yoonhwa! Hari tu bukan main bersemangat lagi kau nak kalahkan Black Queen, kenapa hari ni kau jadi lembik pula?! Aku berperang dengan perasaan aku sendiri.

"Tak nak keluar? Hem...maybe we need a bait, baru dia nak keluar kot?" Black Queen memberi isyarat.

PUFF!!!

Kai hilang seketika. Beberapa saat kemudian...

PUFF!!!

Kai muncul semula bersama seseorang di sisinya.

"Noona!!!" Joshua menjerit sambil tangannya masih terikat.

Aku terkejut mendengar suara itu. Joshua!!

Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku mesti berani! Demi Joshua! Perlahan-lahan, kakiku melangkah keluar dari istana.

"Well well well....there she is...hem...nampak biasa aje...yeoja macam ni nak jatuhkan aku? Heh!" Black Queen Sunny ketawa dengan sinis sekali.

Aku mengetap bibir. Kurang ajar!

"Hoi! Kau...jaga mulut tu! Kau jangan nak berlagak sangat ea! Dah la rampas takhta kakak sendiri! Tak malu! Kau lepaskan adik aku sekarang!!" Aku hamburkan segala-galanya.

Pantang betul aku kalau orang buat salah, tapi nak berlagak lagi macam tak tau apa-apa! Huh!

Tbc

Sori kalau typo....

[✔] Tales Of The Apprentice,Queen & The 12 SorcerersWhere stories live. Discover now