Lima Puluh Dua

3.4K 489 23
                                    

Bambam Pov.

"Aku pun nak ikut"

Aku toleh kearah empunya suara itu.

"Ahh! Jimin-ah!" Kata Minjae dengan senyuman lebar.

Jimin meluru kearah aku dan Minjae.

"Boleh kan Minjae?" Soal Jimin sambil tersenyum manis pada Minjae.

"Boleh! Kalau dua dua mesti lagi seronok!!" Kata Minjae sambil memeluk lengan aku dan Jimin.

Entah kenapa, aku rasa..

Tak suka.. Kalau ade Jimin.

Entah lah, sepatutnya aku lagi suka. Drg berdua ni kan kawan baik aku.

kringgg!!

Bunyi loceng tamat sekolah berbunyi. Huish, aku dan Minjae langsung tak masuk kelas selepas rehat tadi. Gempak.

"Dah habis sekolah! Jomm!" Kata Minjae keriangan.

Aku tersenyum.

Takpelah, asalkan Minjae suka.

***

Aku , minjae dan Jimin masuk kedalam Library.

Kelihatan satu librarian melihat kami bertiga dalam keadaan terkejut.

"Ohh bambam oppa, Jimin oppa" kata librarian itu sambil tersipu malu.

Oppa. Menyampah aku dengar.

Aku hanya mengendahkan librarian itu begitu jugak Jimin.

Minjae menuju kemeja ditepi tingkap. Dia meletakkan bukunya diatas meja itu.

Tetiba, telifon minjae berbunyi.

"Kejap eh? Hyomi telifon." Kata Minjae. Aku mengangguk sambil tersenyum.

Minjae berlalu pergi. Kini, tinggal aku dan Jimin.

Entah kenapa, jadi awkward pulak bila aku dengan Jimin je sekarang ni.

"Bambam,"

"Hmm?"

"Aku dah cakap kan... Yang aku sukakan Minjae?" Soalnya.

Aku dah agak, pasti dia akan cakap tentang ni.

"Ye.. kenapa?" Soal aku.

"Kenapa kau dekat dengan dia lagi kalau kau dah tahu?" Soal Jimin. Dia memandang aku dengan muka series.

"Sebab aku kawan baik dia Jimin, jangan salah paham." Kata aku lalu menongkat dagu ku sambil pandang Jimin.

Walaupun hati aku terkoyak-koyak bila menyatakan ayat tu, tapi.. disebabkan kawan.

"..aku taknak khianati kawan baik aku. Meskipun aku ade perasaan menggunung pada Si dia.. tapi, hubungan kawan... takkan aku nak putuskan."

Ayat Minjae takkan aku lupakan. Dan, aku taknak peristiwa yang dulu berulang lagi sekali.

"Ianya tak mustahil kan kalau kau dan Minjae Bersama?" Soal Jimin sambil mengalihkan pandangannya.

"Haa~ kalau kau taknak aku dedekat sangat dengan Minjae, kau confess lah dekat Minjae tu cecepat." Kata aku sambil mendekatkan muka ku pada Jimin.

"Yah." Jimin menolak mukaku. Aku gelak.

Aku merangkul leher Jimin. "Lek lah kepala lobak, aku takkan ambik buah hati kau~" kata aku.

"Aku bukan kepala lobak!"

"Rambut kau macam lobak." Kata aku lalu menjelir lidahku pada Jimin.

"Eleh kau, kepala macam landak."

coffee girl. Where stories live. Discover now