B I S M I L L A H

27.5K 325 9
                                    

💓💓

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

N E W   S T O R Y L I N E

Sejak kecil hinggalah menginjak alam dewasa, tidak pernah wujud erti persefahaman diantara mereka berdua. Ikatan kekeluargaan yang dibina atas dasar budi menjadikan hubungan rapat di antara abah Sharil Shah dan ayah Anna Aulia terjalin menjadi saudara yang terdekat. Kedekatan itu membuatkan Sharil Shah tidak senang dengan kelakuan abahnya yang terlalu banyak membantu keluarga Anna Aulia sehinggakan dia mudah untuk menghina kedudukan Anna Aulia di matanya. Di matanya, gadis itu dan seluruh keluarganya hanya membawakan beban.

Lapan tahun membawa diri jauh daripada keluarga itu, Anna hidup berdikari demi menjaga ibunya satu-satu harta yang masih dipinjamkan tuhan untuknya. Jalan takdir telah mempertemukan mereka semula sekaligus menyatukan hubungan kekeluargaan mereka sekali lagi setelah terpisah lama.

"demi janji, amanah dan tanggungjawab. Aku nak kita kahwin." -Sharil Shah

Itulah alasan yang paling kukuh untuk dia mengahwini Anna Aulia. Tidak pernah terfikir dek akal yang dia akan menjadikan gadis kampung itu sebagai isteri. Tidak pernah sama sekali. Tapi entah kenapa dia jadi bersungguh-sungguh mahukan Anna walhal hatinya dimiliki perempuan lain. Perasaannya jadi galau bila tak memandang Anna seharian. Dia tidak mahu ada sesiapa pun mendekati Anna Aulia sekalipun abangnya sendiri. Terasa tercabar maruahnya sebagai lelaki bila mana gadis itu buat tak endah padanya. Baginya apa yang dia mahukan harus menjadi miliknya!

"maaf, saya takkan terima lelaki yang pernah hina saya dan keluarga saya. Mati hidup balik pun saya tak nak kahwin dengan awak." -Anna Aulia

Mana mungkin dia menerima lelaki angkuh, sombong dan ego itu menjadi suaminya. Setiap penghinaan lelaki itu 8 tahun yang lalu masih segar di kotak fikirannya dan itu sangat menyakitkan hatinya. Namun sekeras apapun Anna menolak, dia tetap menjadi isteri Sharil Shah. Hakikatnya dia sudah terikat dengan lelaki itu walaupun dia sendiri tahu keputusannya telah melukakan hati seorang insan bergelar wanita sama sepertinya. Dia tersepit dan Sharil Shah seharusnya tahu tindakannya telah menyebabkan ada hati yang sedang terluka. 

"perasaan aku tetap utuh pada dia Anna. Tiada lelaki lain yang boleh gantikan tempat dia selama hampir 15 tahun kami berkongsi kasih. Kembalikan Sharil pada aku." -Safyna

Angkara kisah hitam yang berlaku dalam hidupnya, dia jadi kehilangan lelaki yang dicintainya. Angkara kebodohannya sendiri, dia kehilangan kebahagiaanya. Dia sanggup menagih simpati semata-mata mahukan lelaki itu semula kerana baginya perasaan Sharil Shah takkan berubah sama seperti apa yang dia rasakan. Adakah betul kata hatinya? Masihkah ada lagi kesetiaan daripada Sharil Shah untuknya ataupun setianya itu telah beralih arah ?

Hati Yang Kau TinggalkanWhere stories live. Discover now