BAB 1

233K 8.9K 944
                                    

2 tahun kemudian.

Loceng terakhir yang berbunyi menandakan tamatlah waktu persekolahan untuk sesi pagi. Para pelajar sudah mula mengemas barang mereka, siap sedia untuk pulang ke rumah.

"Baiklah, sampai di sini sahaja pelajaran kita pada hari ini. Jangan lupa siapkan latihan yng cikgu berikan. Cikgu nak tengok esok!" arah guru itu tegas membuatkan pelajar-pelajar mengeluh.

Ayna mengemas barang-barangnya. Beg disandang sebelum dia melangkah keluar dari kelas itu.

"Ayna!"

Ayna menoleh. Kelihatan Hawa berlari anak ke arah Ayna. Ayna berhenti melangkah."Ye Hawa?" soal Ayna membalas senyuman rakan sekelasnya itu.

"Kau free tak petang ni?" soal Hawa. Mereka berdua jalan beriringan ke luar pintu pagar sekolah. Ayna berfikir seketika. "Rasanya free kot. Asal?" balas Ayna bersahaja. Wajah Hawa dipandang lama.

"Kau tolong aku siapkan presentation yang cikgu suruh minggu lepas boleh? Aku tak siap lagi. Tak reti la nak buat macam mana. Kau kan pakar bab-bab macam ni" sempat Hawa memuji Ayna di situ. Ayna tersengih. Banyaklah dia.

"Asal tak buat sekarang je?" soal Ayna. Boleh je mereka tinggal di sekolah sehingga ke petang. Hawa tersenyum meleret. "Aku boleh je tapi nampak macam ada orang dah booking kau dulu" Hawa memandang ke arah pagar sekolah. Dia tersengih-sengih menampakkan gigi berpagarnya.

Ayna menoleh. Seorang lelaki yang sangat dikenalinya sedang bersandar di pagar sekolah dengan stau tangan di dalam poket dan satu tangan lagi memegang beg sekolah. Ayna mengangkat keningnya. Hawa terus mencuit bahu Ayna apabila gadis itu terus-terusan merenung lelaki itu.

"Alahai usha pulak dia. Pergi lah sana. Penat dia tunggu nanti. Aku gerak dulu. Jumpa petang ni!" Hawa melambai-lambai pada Ayna.

Ayna menggeleng seraya tersenyum. Kakinya terus melangkah mendekati lelaki itu. "Kenapa tak balik lagi?" soal Ayna membuatkan lelaki itu tersentak. Dia menoleh ke arah Ayna. Senyumannya bertambah mekar.

"Tunggu awaklah" jawabnya masih tersenyum manis bak gula-gula.

"Tunggu saya buat apa?" balas Ayna. Dia juga ikut bersandar di pagar sekolah bersebelahan lelaki itu.

"Saya nak tengok awaklah. Harini tak dapat pun jumpa awak. Rindu." balas Arfan melagakan bahunya dengan bahu Ayna. Ayna tersenyum. Kata-kata lelaki itu berjaya memberikan kesan rama-rama padanya. Pakwe siapalah mengada sangat ni

"Alah dia ni, cakap macam dah dua minggu tak jumpa." Ayna menolak bahu Arfan. Dia ingin berlalu tetapi begnya pantas ditarik Arfan.

"Eh, nak pergi mana tu sayang?" lembut saja suara Arfan memanggil. Ayna tersenyum lagi. Suara manja lelaki itu tidak pernah mengecewakannya. Ayna tidak menafikan yang kadang-kadang, perangai lelaki itu memang minta penampar tetapi Arfan telah berada di sisinya apabila Ayna perlukan seseorang untuk bergantung.

"Nak balik lah awak" balas Ayna. Tangan Arfan yng memegang beg itu ditepis lembut. Arfan menarik muncung. "Already? I didn't see you at all today. Tak puas lah nak lepak dengan awak." ujarnya. Mata lelaki itu merenung wajah Ayna. Susah betul nak jumpa dengan gadis yang seorang ini.

Ayna menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kalau macam tu, petang ni datang rumah Hawa. I'm going to help her with homework, you want to join?" soal Ayna dengan muncung yang sengaja ditarik untuk mengusik Arfan.
Wajah mencuka Arfan terus berubah ceria. Pantas dia mengangguk.

"Okay then jumpa petang ni. Bye!" Ayna pantas berlari ke arah kereta Myvi milik Puan Hayati itu tanpa sempat menunggu balasan daripada teman lelakinya.

Gengster Tu Aku Punya!Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα