BAB 3

9.7K 316 16
                                    


Aku merenung Baekhyun yang sedang makan roti. Dia kelihatan sungguh menawan biarpun sedang makan.

Angau ke?.

"Makcik Song.." Dia memanggil Makcik song. Aku merenung orang gaji yang sedang elok berdiri di samping dia.

"Tolong betulkan cermin bilik saya. Saya nak disiapkan hari ni juga.." Arahan dia membuatkan Makcik Song mengangguk lalu pergi.

"Jom. Aku dah lambat." Dia bangun dari kerusi dan terus berjalan ke ruang tamu. Aku diam saja. Tapi tetap ikut.

"Makcik saya minta diri dulu..bye" Aku terus lari mengejar Baekhyun.

---

Suasana di dalam kereta sangat  sunyi. Tiada bunyi yang keluar. Aku melihat dia yang sedang tekun memandu.

"kenapa nak betulkan cermin bilik "Soal aku. Dia merenung aku.

Aduh..soalan bodoh apa ni. Tapi bagus jugak tak payah kerik2 sangat.

"Kau nak aku tidur dalam bilik kau ke?" Soal Baekhyun. Gulp. Aku tanya jer

"Tak ada la.." Aku diam selepas itu. Dia diam juga. Aku mendengar dia mengeluh kecil. Segera aku memandang dia.

"Kenapa?" Soal aku.

"Aku tak nak punggung Aku ni kena pegang pulak." Perli Baekhyun membuatkan aku terasa panas saja.

Mamat ni..gila.

Aku terus memalingkan muka aku. okey malu.

"Erkk..yang tu bukan sengaja pun..siapa..suruh tidur atas katil saya.." Kata aku. Lalu memeluk tubuh. Pendirian aku lebih penting.

Lagipun bukan aku sengaja..

"Dah tu. Kau nak suruh aku tidur bawah katil? "Soal dia pula. Aku merenung dia. Ada jer nak menjawab..

"Ye la tidur!!! "Aku menjerit.

Akhirnya kami tiba di sekolah.

Aku keluar.

Aku melihat Baekhyun yang sedang menyerahkan kunci kereta kepada seorang lelaki. Menyampah.

"Dah Jom." Dia menarik tangan aku. Terus kaki aku mengikut langkahnya. Mata yang memandang lansung tidak dihiraukan.

Asal mamat ni tarik aku?! Dah la jalan laju.

Dia berhenti selepas tiba di lokerku. Dia melepaskan tangannya dari memegang tangan aku. Matanya memandang sekeliling.

"Balik pukul berapa? Sebab saya ada latihan piano.." soal aku. Dia masih merenungku. Lama lalu memandang jam.

"Hye.."aku melambaikan tangan di hadapan mukanya. Sedar ke tak mamat ni.

"Ha? Erk..pukul 6. Kelas Seni." Balasnya lalu beredar dengan segera. Asal mamat tu..

Aku membuka loker untuk mengambil buku. Kaki aku terus melangkah untuk meninggalkan kawasan yang sudah mula dipenuhi dengan peljar.

---

"Baiklah kelas sudah tamat. Jadi saya harap awak semua hantar buku esok." Balas Cikgu Lee lalu beredar.

Aku memakai earphone . Lagu dipasang sebenarnya ini la hobi aku. Aku memang jenis macam ni suka saja dengar lagu.  Mujur la peraturan sekolah tak berat sangat.

Tok..tok.

Kepala aku diketuk. Aku melihat Sehun dan Kai sedang merenung aku.
Asal mamat dua ni.

"Tak nak pergi kolam ke? "Soal Sehun. Aku diam. Kai merenung aku.

Lama mereka memandang.

"Aku nak ponteng. Malas la.." Balas aku. Kelas Gym bukan seronok pun. Buang masa je.

BE MY LAST MEMORY 🔞?!Where stories live. Discover now