"Am...! Asal kau lembap sangat, kau tahu tak customer dah bising tu. Cepatlah sikit!"
Biasa dah kalau pagi-pagi dengar tekak Yaya tu memekak membebel kepada Am. Am tu nasiblah penyabar orangnya. Kalau tak habis dah si Yaya tu dibebelnya semula.
Am yang sedang sibuk mengoreng telur hancur untuk hidangan roti bakar cum scramble egg pesanan di meja tiga hanya memekakkan telinga je. Malas dah nak layan mulut bising plus memekak si makcik Yaya tu. Kalau dilayan agaknya boleh terbalik cafe ni pada pagi yang indah itu.
"Fad, dah siap. Meja tiga tau, lagi satu. Kirim salam dekat singa kaunter tu tau. Cakap dekat dia, kalau pepagi memekak nanti rezeki susah nak masuk. Cubalah cool dan relax barulah hari pagi sehingga ke petang akan mudah dan gembira." Ujar Am kepada pelayan cafe itu.
Fad mengangguk faham, dulang berisi hidangan sarapan pagi ditatangnya berhati-hati. Ini kalau jatuh makanan ni, mahu mati dia kena sembelih dengan big boss Yaya tu. Pesanan dihidangkan di meja tiga, pelanggan itu tersenyum gembira bila hidangan yang dinantikan akhirnya tiba. Perutnya dari tadi berkeroncong meminta minta diisi. Disini lah menjadi tempat pasti diperginya sebelum memulakan harinya di pejabat. Tak habis lagi bila tiba waktu makan tengahhari pula, disinilah dia mengisi perutnya lapar. Kiranya pelanggan tetaplah sejak cafe ini dibuka 6 bulan lalu.
Fad melintasi meja kaunter, jelingan sekilas diberikan kepada Yaya yang sibuk mengira sesuatu di dalam buku notanya. Kira stok kot!
"Abang Am pesan ni.... bla.bla."
Fad menyampaikan pesanan panjang lebar itu dengan berbisik di telinga Yaya. Risau pulak ada pelanggan cafe itu mendengarinya.
"Ha. Itu je abang Am cakap, okeylah kak. Saya nak buat kerja ni." Ujarnya cemas bila tangan Yaya kuat mencengkam kolar bajunya.
Mata Yaya mula membulat tanda amarahnya sudah memuncak, Am memang nak kena agaknya dengan dia. Nanti kau!!
"Kau pun sejak bila jadi orang penghantar pesanan abang Am ha?.." tanya Yaya.
"Eh, takda kak. Abang Am yang suruh saya sampaikan je. Sorry lah,"
"Eh, kak. Tu abang Am dah panggil. Makanan dah siap tu. Saya pergi dulu ye. Sorry tau."
Puh! Dapat juga Fad lepaskan dirinya dari cengkaman Yaya. Adoh, abang Am oi. Aku yang kena, bukan dia.
Yaya teruskan semula kerjanya menguruskan akaun cafe itu. Kira pengeluran duit, jumlah perbelanjaan dan kemasukan duit semua. Alhamdulillah makin hari makin untung cafe itu. Cafe yang dibina olehnya dan Am sejak mereka tamat berlajar tahun lepas itu berkembang maju dan orang datang tidak putus-putus.
Haih, maklumlah fresh graduate. Susah nak dapat kerja sekarang ni. Kalau dapat pun tak kena dengan kelulusan yang dicapai semasa berlajar dulu. Bukan lah nak berlagak, tapi lepas bertungku-lumus menamatkan pengajian, mestilah nak kerja yang sepadan dengan penat lelah selama ni kan. Ekonomi negara pulak gawat, itu yang mereka bercadang membuka perniagaan sendiri.
Dengan duit lebihan semasa berlajar dan dicampur sedikit duit simpanan. Am dan Yaya akhirnya membeli lot tepi kedai dua tingkat di Bandar Kuantan itu dan memulakan perniagan mereka. Cafe yang diberi nama D'fiam Cafe itu berdiri megah dengan berkonsepkan santai dan elegen. Siapa punya idea lagi kalau tak si Yaya yang otak mereng dan si Am yang sangat metroseksual itu.
"Ha. Berangan apa?" Tegur Am terus menyedarkan Yaya agar kembali ke alam nyata.
"Hish, kau ni kan. Bagi lah salam ke apa. Main redah je. Ni kerja dah habis belum dekat dapur tu. Kesian Kak Ani buat sorang." Balas Yaya atau nama sebernanya Atiya Sofea.
YOU ARE READING
CINTA SECONDHAND
RomanceOpss! Sangatlah bahaya bila terjatuh cinta pada orang yang salah. Tapi jtulah yang terjadi pada Atiya Sofea. Gadis yang berfikiran terbuka dan berlagak ganas supaya tidak ada orang akan mengambil kesempatan padanya. Jatuh cinta pada rakan baiknya Ad...
