Prolog

577 17 4
                                    

2001.

"Kak Ja! Ada poskad untuk akak." Laungan Jo si adik bongsu buat dia keluar bilik berdesup menuruni anak tangga.

"Mana?" tanya dia dalam keadaan mengah.

"Tu. Atas meja." Mulut Jo memuncung ke arah meja kopi yang terletak bertentangan dengan TV LED Samsung 32" di ruang tamu.

Ja tak sabar. Terus meluru ke meja kopi.

Sebaik melihat cop negara yang tertera pada poskad tersebut, Ja senyum lebar. Hampir mencecah telinganya.

Poskad di tangan dibawa rapat ke dadanya. Dia senyum lagi.

Ja bergegas naik semula ke biliknya. Mahu mengulit setiap patah perkataan yang tertulis pada poskad kiriman orang jauh.

Dibaringkan badannya ke tilam bersaiz single, berlapikkan cadar bercorak abstrak berwarna maroon.
Ja angkat poskad. Kalau dilihat dari sudutnya yang sedang berbaring, poskad itu seolah-olah melekat pada siling berwarna krim biliknya itu.

Senyuman Ja masih belum mahu kebah. Apatah lagi saat jemarinya mengusap sebaris nama yang ditulis dengan pen berwarna biru.

Pen merah pen biru,
You marah...

Ja gelak lepas saat hatinya terdetik pantun dua kerat yang budak-budak sezamannya selalu gunakan waktu mengayat.

Kakinya yang disilangkan itu digoyang-goyang, kejap ke kiri, kejap ke kanan.

Gembiranya Ja dapat poskad macam dapat result exam dengan markah bagus.

Sekali lagi Ja senyum ketika matanya menyapa nama si pengirim.
Amru Diaz. Si pujaan hati sebelah rumahnya. Abang yang dia kenali sejak daripada kecil. Sama-sama membesar.

Kalau ikutkan yang membesar bersama-sama Ja adalah Diana, adik kepada Abang Diaz.
Waktu dia darjah satu, Abang Diaz itu dah masuk ke sekolah menengah.

Abang Diaz, satu-satunya anak teruna Auntie Rin dan Uncle Khan. Satu-satunya pujaan hati Ja.

Ja peluk poskad kuat-kuat. Macam dia selalu peluk bantal busuknya. Dan, Ja sudah jauh berangan sampai ke kawasan air terjun berlatarkan lagu hindustan.

Next Door OppaWhere stories live. Discover now