FH1

2.4K 191 7
                                    

Dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain riang di taman permainan. Si kecil Jeon Wonwoo dan Park Hyemin.

Sedang seronok bermain, Hyemin jatuh tersadung. Cepat-cepat Wonwoo meluru ke arah Hyemin untuk membantunya.

"Okay tak ?" soal Wonwoo risau sambil membantu Hyemin berdiri.

"Okay" ucap Hyemin riang.

Mereka berkawan malah berjiran. Wonwoo tua setahun daripada Hyemin. Keluarga Wonwoo berpindah ke bandar Seoul atas urusan kerja dan ditakdirkan keluarganya berjiran dengan keluarga Hyemin.

"Jom balik" Ajak Hyemin.

"Siapa lambat sampai rumah dia anak monyet" Wonwoo berlari meninggalkan Hyemin dibelakang.

"Mana aci !!" Hyemin berlari mengejar Wonwoo yang sudah jauh ke hadapan.

***

Persahabatan mereka tidak mudah diputuskan. Mereka bersahabat sehingga ke alam sekolah menengah. Walaupun umur mereka beza setahun, mereka tetap akan cari peluang untuk berjumpa di sekolah.

Di sekolah, ramai yang salah tanggapan terhadap mereka kerana mereka seperti pasangan kekasih. Namun Wonwoo dan Hyemin tidak menghiraukan semua itu.

Walau bagaimanapun, Wonwoo mempunyai ramai kenalan. Oh well orang famous kan. Pandai bersukan, bijak dan ... handsome. Idaman para gadis katekoooo.

Berbeza pula dengan Hyemin. Hanya kerana perwatakannya yang tidak sama seperti gadis lain, dia hanya mempunyai dua orang kawan perempuan iaitu sepasang kembar.

Shin Eunyoung.
Shin Eunrin.

Mereka berkawan sejak kali pertama menjejakkan kaki di sekolah itu.

Kembar itu tahu mengenai persahabatan Wonwoo dan Hyemin.

***

Hyemin mempercepatkan langkahnya mengejar Wonwoo yang sudah jauh ke hadapan.

"Weh tunggu lah kejapppp penat lah kejar. Tahu lah kaki panjang, langkah pun besar" Laung Hyemin sebaik sahaja memberhentikan langkahnya kerana keletihan.

Wonwoo menoleh kebelakang. "Tulah jalan terkedek-kedek macam itik pulang malam" Cis. Bukan nak kesian. Lagi dikutuknya.

"Itik kau je balik malam" Balas Hyemin.

"Tapi ... aku mana ada bela itik"

Ceh. Taknak kalah.

"Suka hati kau lah" Hyemin memintas Wonwoo.

"Eh lajunya. Nak ke mana tu ? Nak tidur siang lah tu"

"Aku rasa kau je yang tidur siang"

"Mana tahu Ni ??? OMG AKU ADA SASAENG !"

"Kepala hotak sasaeng. Langkah cepat sikit lah jalan tu"

"Mana satu ni ???" Marah Wonwoo tiba-tiba. Serta-merta langkah Hyemin terhenti. Asudah aku ada buat salah ke ?

"Apa yang mana satu ?" soal Hyemin dengan wajah tenang.

"Tadi kau suruh aku cepat sikit"

"Jadi kenapa ?"

"Aku keliru"

"Apa yang kau keliru ?"

"Aku keliru. Kau suruh aku langkah cepat ke langkah sikit ?"

Ceh !

Hanya renungan tajam yang diberikan kepada Wonwoo. Namun Wonwoo masih bersahaja.

"Malas aku nak layan kau. Kau lambat, aku tinggal" ujar Hyemin lalu meninggalkan Wonwoo bersendirian. Dia merasakan masanya terbuang kerana melayan lawak tak berapa nak pandai seorang Jeon Wonwoo.

Apa yang penting sekarang dia nak sampai rumah cepat nak berehat.

HARAPAN PALSU ↭ J.W.W [BOOK 1] ✅Where stories live. Discover now