Bab 16: Jenaka Fellex

Start from the beginning
                                    

      "Wuahhh! Abang! Tengok ni! Goblin ni sayang abang. Dia nak kiss abang! Tengoklah sini.Oh Zinnt sayang.. Mari kepadaku..Jangan risau..aku Goblin betina..muah..muahh! Hahaha!!!" Usik Fellex secara tiba-tiba kepada abangnya.

      Dia menayangkan salah satu kepala Goblin dihadapan muka Zinnt. Mata Zinnt terbeliak besar akibat terkejut.Hampir-hampir saja dia mencium wajah Goblin itu!

    "Arghhh! Euww! Benda tu hodohlah dik! Buanglah! Euww..geli abang dibuatnya.. Wekk! Buanglah dik! Eeee!!" Jerit Zinnt,geli.Dia menepis-nepis tangan Fellex berulang kali.

     Fellex pula begitu asyik menayang kepala Goblin itu di muka Zinnt.Hehehe! Tahu takut?

      "Tak nak..Adik tak nak buang! Blekk! Nah kepala Goblin ni..Nah! Nah!" Gurau Fellex lagi dengan senyuman jahatnya.Kini dia mengacah-ngacah ingin membaling kepala itu pula.

      "Arghhh! Toloonnggg!! Tolong!!" Jerit Zinnt,ketakutan.Dia sudah mengatur langkah,melarikan diri dari adiknya.

      "Tunggu! Jangan lari!" Laung Fellex pula.Dia mengejar Zinnt dari belakang,bersama-sama dengan kepala Goblin tadi.

    Mereka berkejaran mengelilingi tempat itu berulang kali.Macam kanak-kanak Ribena saja gayanya.

       Syah ketawa kecil.Terbit rasa lucu dalam hatinya.Dia berjalan kearah Syawal pula.

      "Syawal...Awak dah siap longgokkan mayat-mayat Goblin tu?" Soal Syah sambil matanya meliar memerhati sekeliling.Sudah tak ada mayat Goblin yang bergelimpangan di sana sini lagi.

       "Yup.Dah siap.Tapi ada satu lagi,yang dekat Fellex tu.Hahaha! Tengoklah mereka berdua.Cute sangat bila diaorang duk lari sana sini." Syawal kemudiannya menyeka peluhnya dengan belakang tapak tangan.

     Syah masih ketawa kecil.Dia mengelap sedikit air mata yang terkeluar.

    "Wuarghh! Ayahanda! Tolong! Tolong!" Jerit Zinnt,lebih nyaring.Dia sedang menyorok di belakang sebatang pokok,kini.

     "Miahahahaha!" Fellex ketawa jahat.Di tangannya masih ada kepala Goblin tadi.

      Syah,Syawal dan satria-satria yang lain sudah ketawa berdekah-dekah. Lawak betullah!

      Sedetik..dua detik..,tiga detik berlalu,baru Syah tiba-tiba teringatkan sesuatu.Dia terus sahaja berhenti dari ketawa seperti tadi.

      "Syawal..Awak ada nampak tak Zamry? Saya tak nampak pun dia.Patutnya dia dekat bawah pokok tu kan?" Soal Syah,cuak.

      Dia risau seandainya ada Goblin yang melarikan Zamry pula! Oh tidak! Dia tak sanggup adik angkatnya dimakan Goblin!

      Gelak tawa Syawal terus saja mati.Wajahnya juga kelihatan cuak.Dia memandang semula kearah pokok yang dia letakkan Zamry tadi.

      "Zamry...dah tak ada dekat situlah,Syah! Sepatutnya dia ada dekat situ!" Syawal bersuara cemas.

      Tatkala mereka semua terdengar saja jeritan cemas Syawal tadi,mereka terus sahaja tercari-cari kelibat Zamry.

     Fellex juga sudah berhenti mengusik abangnya.Wajahnya bertukar serius kembali.Dia lantas membuang kepala Goblin itu ke tepi.

      Zinnt pulak sudah menarik nafas lega.Dia mengurut dadanya berulang kali sambil matanya meliar,juga turut tercari-cari kelibat Zamry.

    "T..ttt...tolong..tt..tolong.." Ucap satu suara yg tersekat-sekat.Lemah dan perlahan saja bunyinya.

     Saat mata mereka terpandangkan empunya suara itu,mereka tergamam.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now