V Imagine~
'FF Oneshoot'
Hembusan nafas yg kuat dilepaskan dari Rimkim. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Melihat sekeliling bilik sambil tak henti mengeluh. Meluat rasanya dia melihat semua itu. Segera dia bangun dari katil dan mencari sebuah kotak.
Dia menghampiri dinding di biliknya. Banyak poster-poster gambar Kim Taehyung ditampal di situ. Ya member kumpulan BTS yg sangat terkenal itu. Dengan pantas tangannya segera mengoyak-ngoyak poster-poster itu. Dia melipat-lipat poster itu dan memasukkannya ke dalam kotak. Matanya kemudian terarah pada bingkai gambar.
Gambar-gambarnya dengan V... Tanpa sebarang bunyi, tangannya ligat memasukkan semua bingkai gambar itu dan semua hadiah yg diberi oleh Kim Taehyung. Jika dulu Kim Taehyung ialah lelaki yg paling disayanginya kini, sebaliknya.
//FLASHBACK//
RimKim menapak masuk ke dalam rumah V secara senyap-senyap. Hari ini merupakan hari lahir V jadi dia mahu membuat kejutan kepadanya. Dia kemudian segera mengatur langkah ke arah bilik V. RimKim sungguh teruja. Dia membuka pintu bilik V dalam kiraan tiga.
Sebaik sahaja pintu bilik terbuka, matanya terus membulat. Dilihatnya V sedang tidur tapi berteman! Dengan seorang wanita yg tidak dikenalinya. Air mata perlahan-lahan gugur ke pipi gebunya itu. Hadiah di tangannya perlahan-lahan terlepas dari tangannya.
Bunyi kuat itu menyedarkan V dari tidur lenanya. Alangkah terkejutnya dia tatkala melihat RimKim ada di depan matanya. Matanya kemudian beralih ke wanita yg berada di sebelahnya. Mulutnya terus ternganga. Dia memandang Rimkim yg sudah sarat dengan air mata itu.
V: Syg, I can explain...
Rimkim: Nak explain apa lagi! Semuanya dah terbongkar! Tak perlulah nak explain apa lagi! Mulai sekarang, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi!
Rimkim mengutip hadiah yg jatuh tadi lalu menghempaskannya kepada V. Dia terus keluar dari rumah itu. Langkahnya dipercepatkan. Dia lari sekuat hati. Tidak mahu V sempat mengejarnya.
Dengan tak semena-menanya dia terjatuh. Dia jatuh tersungkur. Tumit kasut tingginya patah.
Selepas memperbetulkan kedudukannya, dia membelek-belek kasut tingginya itu. Dia mengeluh berat.
RimKim: Argh, this suck high heels....
Dia membuka kasut tinggi itu. Selepas itu, matanya terarah untuk mencari bahagian yg terasa pedih. Darah tak henti-henti keluar dari lututnya itu. Boleh tahan besar juga luka di lututnya itu. Dia cuba memegang di tempat luka itu.
RimKim: Auch... Sakitnya...
RimKim kemudian teringat apa yg dialaminya tadi. Dia mengeluh.
RimKim: Sakit? *senyum sinis* Sesungguhnya, sakit ini tak seberapa seperti sakit yg kau buat kat aku V... Sakit sangat....
RimKim memaksa dirinya untuk bangun dari situ. Dia cuba berjalan pulang ke rumah. Walaupun sungguh sakit dia tetap memaksa diri. Sakit lagi hatinya ketika itu. Makin dikenang makin sakit.
//END FLASHBACK//
Selepas memasukkan semua barang ke dalam kotak, RimKim duduk di birai katil. Dia termenung. Mengigatkan semua kenangan dia dengan V memang dia tak mahu berpisah dengan V. dia amat menyayangi V. Tapi kenapa V buat begitu pada dia?
//SKIP//
Selesai mensarungkan baju sejuk berwarna putih, RimKim segera keluar dari bilik. Dia turun ke bawah dan memakai sneakers berwarna birunya. Kecomelannya ketika itu dapat menumpaskan berpuluh lelaki dengan hanya sekali wink. Hahaha...
YOU ARE READING
Butterfly - V
FanfictionAwak suka haiwan apa?- V Saya suka butterfly... Saya harap satu hari nanti saya dapat jadi butterfly.. - RimKim
