"Oh yakah? Tak sangka pulak aku.Aku ingatkan aku akan mati.Tapi Tuhan sentiasa ada di sisi aku.Sekarang,baik kau berambus dari sini! Mana aku dah penuh.Jangan sampai aku panggil semua orang ke sini!" Jerit Zamry,geram.

Wajah bengis ditunjuk sehabis mungkin.Dia tidak mahu Kifft tahu yang dia sedang berbohong kini.Sebenarnya,Mana Zamry masih tidak pulih sepenuhnya.Sahaja dia menipu lebih untuk mengentarkan hati Kifft.

Zamry membentukkan besi itu sehingga menjadi sebuah tombak.Kifft pula masih dalam kemarahannya namun,dia juga berasa takut kepada Zamry.

"Haptuih! Aku akan kembali! Dan sudah semestinya aku akan hancurkan kau dan dia sekali gus!" Ugut Necromancer gila itu lalu dia menghaibkan diri dalam bentuk kepulan asap hitam.

    Cuaca di sekeliling perlahan-lahan mulai kembali seperti asal.Nampaknya Necromancer itu sudah melarikan diri.

Besi yang ada ditangan pantas di buang ke tepi.Zamry segera mendapatkan Syah.Syah masih mengerang kesakitan dengan mata yang sedang terpejam rapat.Separa sedar.

"Tuan? Sabar! Saya akan panggilkan Syawal.Bertahanlah! Jangan mati dulu!" Ucap Zamry,bersama linangan air mata.

Dia mengendong Syah di belakang lalu berlari menuju ke rumah Syawal.Syah mesti diselamatkan kerana dialah satu-satunya Alchemist yang masih hidup disitu!

•••••••••••••••••••••••❄••••••••••••••••••••••

"SIAPA lelaki ni? Macam bukan penghuni di sini saja? Rupanya pula hanya seperti manusia biasa.." Ucap seekor Elf,seorang diri.

Dada Syah disentuh perlahan dengan jari runcingnya.Tatkala jari itu menyentuh dada Syah,Syah meraung kesakitan.Mengelupur sebelun terdiam semula.

"Walaupun dia nampak okey di sini,aku yakin badannya yang berada di sana sudah cedera teruk." Sambung Elf tu lagi.Kini dia mengambil sebotol cecair biru dari poketnya.

Dititiskan sedikit potion itu ke dalam mulut Syah.Elf itu menyimpan semula botol tersebut.Dengan perlahan-lahan, dia mengundur dua tapak ke belakang.

Ianya adalah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya jika lelaki itu jelmaan jahat.Elf itu segera mengeluarkan anak panah dan busur.Wajah Syah direnung tajam.

    "Uhuk! Uhuk!"

Syah tiba-tiba terbatuk-batuk kecil.Dia menepuk-nepuk sedikit dadanya lalu duduk dari pembaringannya.Dia memerhati sekeliling sambil memegang dada.

Pixie tadi sudah tiada dan sekarang hanya ada Elf lelaki dihadapannya kini.

"Awak siapa?" Soal Syah.Dia terbatuk-batuk kecil.Kesan sampingan dari potion tadi.

"Kamu tu yang siapa sebenarnya? Kenapa kamu ada di sini? Adakah kamu roh yg tersesat dari Lorong Roh?" Ucap Elf itu,dingin.Orang asing haruslah dilayan seperti orang asing.

Elf,seekor makhluk yang menjaga hutan.Lincah dalam pergerakan dan bijak dalam peperangan serta mahir dalam ubatan herba.Namun,sungguh pendingin dan panas baran.

"Hah? Saya tak mati lagilah! Kenapa kamu semua selalu kata saya dah mati? Sebenarnya.. Saya dipanggil ke sini oleh seorang wanita.Dia kata saya ni penjaga baru Gunung Kematian ini.Nama saya,Syah." Terang Syah panjang lebar.Dia segera bangun.

"Oh? Betulkah? Macam mana kamu boleh terpilih sedangkan kamu ni hanya manusia biasa? Sedangkan raksasa lain perlukan beribu tahun untuk mendapatkan pangkat itu?" Soal Elf itu lagi dengan penuh rasa curiga.Syah direnungnya dari atas ke bawah berulang kali.

"Yang itu..saya tak pasti.Hmm..Ada tak jalan keluar dari sini? Saya nak balik ke tubuh badan asal sayalah.Saya rasa,macam ada yang tak kena." Ucap Syah sambil matanya liar memerhati sekeliling.

   Entah ke mana perginya pari-pari Pixie tadi.Tempat itu nampak lain sedikit tetapi diendahkan oleh Syah.

"Kamu sedang berlawakkah? Disini tiada jalan keluar.Di sinilah permulaan awal perjalanan sebelum ke Sungai Berasid.Selamat datang ke Dunia Makhluk Ghaib." Ucap Elf itu sambil menyimpan semula busur dan anak panahnya tadi.

  Nampaknya Syah ni bukannya sebarang ancaman.

"Apa?! Saya sudah berpatah balik ke permulaan? Tadi saya ada di Gunung Kematian.Macam mana saya boleh sampai di tempat permulaan tanpa saya ketahuinya?" Soal Syah lagi.Dia menjadi semakin lebih pelik.

Tempat disitu direnungnya lagi.Oh tidak! Dia bukan lagi berada di bawah Pokok Dedaun Emerald.Kini dia berada di dalam hutan yang berwarna-warni pula! Baru dia perasan!

Kepala Syah semakin lama semakin memberat.Dia mengalami kebingungan yang teramat kini.Dia terlalu bingung!

Tubuh badannya menjadi lemah longlai.Matanya berpinar-pinar.Semakin lama,pandangannya semakin kelam.Akhirnya,Syah rebah ke tanah semula,tidak sedarkan diri.Fikirannya terlalu berserabut sehingga dia terpengsan lagi sekali.

"Aik? Pengsan pulak..hmm.."

  Elf itu mendapatkan Syah dan mendukungnya dibahu.Dia mahu membawa lelaki asing ini berehat di tempat yang lebih elok.

to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now