Lelaki itu berhenti seketika.Dia memandang sekeliling, mencari di mana musuhnya sedang berada.

Aha!! Lelaki jahat itu tersenyum tatkala dia melihat Syah yang sedang terbaring di satu sudut.Katilnya agak terpencil dari yang lain.

Kaki itu semakin laju melangkah ke katil Syah.Semakin lama,semakin hampir.

   Setibanya lelaki berhud hitam itu di katil Syah,dia tersenyum mengejek.Wajahnya yang berparut teruk itu,sungguh menakutkan.

"Oh..Kau sedap-sedap tidur di sini ya? Liat sungguh betul nyawa kau ni.Aku serang kau dengan racun Amfric pun,kau masih tak mati ya? I'm impressed. Tapi..cukuplah setakat di sini saja.Aku nak tamatkan riwayat hidup kau sekarang jugak!! Tapi..kali ni dengan racun yang lebih kuat lagi!!" Jerit Necromancer itu sekuat hati.

Cuaca malam itu tiba-tiba berubah kepada mendung.Kilat yang berwarna merah memancar-mancar di kaki langit.Angin bertiup kencang bagaikan ada ribut yang sedang melanda.

Necromancer itu melompat keatas katil Syah.Dia ketawa jahat.Muncul sebilah pedang ditangannya.Dia mengusap-usap pedang itu perlahan.

"Selain racun Amfric, racun apa yang paling Alchemist takut ya?"

   Lelaki itu meletakkan pegang itu dibibirnya seperti sedang memikirkan sesuatu.Kemudian,dia memetik jari.

"Oh ya! Aku dah ingat sekarang! Racun Albesix! Kesian kan.Sekuat mana pun Alchemist, mereka tetap ada kelemahan.." Ucap Necromancer itu seperti orang gila.

Dia memerhati wajah Syah yang sedang lena itu.Necromancer itu menyengetkan kepala sendiri ke arah kanan.Dia tiba-tiba buat muka sedih.

"Kau mesti taknak kena tikam dengan racun tu kan? Kan?..Oh..mesti sakit kalau kena kan? Hmm? Kalau kau taknak kena tikam..cepat! Merayu pada aku.Merayu cepat!" Jerkah Necromancer itu kepada Syah.

Syah masih diam tidak berkutik dalam lenanya.Diam.Senyap.Hanya dengkuran halus sahaja yang kedengaran.Necromancer yang gila itu tiba-tiba naik angin.

"Oh? Taknak merayu ya? Okey..aku paham.Aku paham..Aku takkan tikam kau tapi,aku AKAN PENGGAL KEPALA KAU! Hahaha!!" Jerit Necromancer itu lagi,diakhiri dengan ketawa kejam.

Pedang ditangan sudah diangkat tinggi,bersiap sedia untuk memenggal kepala Syah.Baru saja dia ingin melibaskan pedangnya,tiba-tiba..

"Woi! Berhenti! Berhenti Kifft! Kau gila dah ke?!" Jerit Zamry dimuka pintu.Matanya sudah bertukar merah.

       Perbuatan Kifft serta-merta terhenti.Dia mendegus geram.Hish! Pengacau!

    Zamry pula sudah terapung-apung di udara akibat kemarahan yang membuak-buak.Dia marah kerana Kifft ingin membunuh tuannya! Si gila tak guna!

Necromancer yang bernama Kifft itu hanya tersenyum mengejek.Pedang itu dihilangkan kembali.Dia melompat turun dari katil Syah lalu bercekak pinggang.

"Oh..Zamry.. Si pengecut yang selalu menyorok di belakang Syah bila aku muncul.Kau nak apa hah? Nak menyorok bawah katil Syah pulak? Hahaha!" Kifft menyindir Zamry.Sengaja ingin membuat Zamry lebih marah.

"Kau diam! Apa yg kau nak buat dekat Syah tadi? Kau nak bunuh dia ke hah?!" Jerit Zamry,bengang.Kemarahannya memang meluap-luap ketika ini.

"Uhh..takutnya aku..Dah rasa macam nak terkencing dalam seluarlah pulak.Hahaha! Kau sedang buat lawak ke haa? Aku memang nak bunuh dia pun.Kau kesah apa? Kalau dia hidup pun,kau tetap kena jadi pembantu dia seumur hidup.Lebih baik dia mati aje.Hidup kau senang,hidup aku pun senang.Tak adalah yang kacau kerja aku lagi." Ucap Kifft,selamba.Dia mengunyah-ngunyah sesuatu dalam mulutnya.Daging manusia.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now