Bab 1

14 1 0
                                        

"Mira ! Cepatlah  ! Dah lambat dah ni !"jerit Hanani dari tingkat bawah . Minah ni ,kalau bersiap mengalahkan pengantin. Rungut Hanani .

"Ya,ya . Tunggu kejap . Five minutes more!"balas Amira . Tak reti sabar betul la Hana ni . Marah Amirah .

Amirah turun dengan tergopoh-gapahnya setelah mendengar deruman enjin kereta Myvi milik Hanani . Silap-silap kalau lambat ni ,kena tinggal dengan Hana pulak kang .

Amira mengambil kasutnya yang tersusun cantik di dalam rak kasut lalu memakainya . Kemudian ,dia menutup pintu dan pagar lalu menguncinya . Amira masuk ke dalam kereta dengan terkocoh kacah .

"Sorry babe ,"kata Amirah sambil menayangkan segaris giginya yang putih. Hanani hanya menghadiahkan jelingan maut kepada Amirah tanpa berkata apa-apa .

Tanpa membuang masa , kereta yang dipandu oleh Hanani beredar meninggalkan kawasan perumahan mereka .

. . .

Mujur saja ketika Amirah dan Hanani tiba di kelasnya ,pensyarahnya masih belum tiba . Ada masalah katanya . Amirah menghela nafas ringan . Fuh,selamat . Kalau tidak ,mahu kena terkam dengan singa garang berjanggut tu ?desis hati Amirah . Sempat lagi dia mengutuk pensyarahnya .

Amirah memandang ke arah Hanani yang duduk disebelahnya.

"Asal dengan kau ,Hana ?"soal Amirah risau . Entah mengapa,tiba-tiba sahaja rakan serumahnya serta rakan sekelasnya itu dok pegang-pegang perutnya .

"Aku .. aku sakit perut lah . Entah kenapa tetiba je ni ,"Hanani masih lagi mengusap perutnya . Kelihatan Hanani seperti mengerang kesakitan .

"Wei ,kau okay tak ?"soal Amirah . Kesian pulak lihat rakannya itu sakit keseorangan . Apa gunanya kalau ada kawan ,tetapi kawannya tidam berbuat apa-apa ? Lagi-lagi ketika kawannya dalam keadaan susah .

Hanani hanya menggeleng . Dia sudah tidak mampu lagi untuk berkata apa-apa .

"Dah lah wei . Jom kita pergi klinik . Kang kalau tak pergi ,melarat jadinya . "Ajak Amirah . Terpancar wajah risau pada muka Amirah yang bersih itu . Hanani hanya mengangguk perlahan .

Amirah memapah Hanani untuk berjalan ke arah kereta . Kunci kereta sudahpun bertukar tangan . Mujur sahaja,Amirah sudah mempunyai lesen kereta . Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ,Amirah memulakan pemanduannya ke klinik .

. . .

Amirah memapah Hanani keluar daripada kereta Myvi itu . Sempat dia berkata kepada Hanani .

"Kau ni ,usap-usap perut tu dah macam mengandung dah aku tengok kau ni tau ,"kata Amirah tak bertapis .

Plak !

Hanani memukul lengan Amirah . Tak guna punya kawan . Ikhlas ke tak ke ni ?

"Mulut kau tu jaga sikit lah pandaii !"marah Hanani .

"Sakit-sakit pun nak marah orang lagi ."rungut Amirah .

"Memang padan kau lah ."kata Hanani . Mereka menuju ke kaunter .

Setelah lima minit memunggu,nama Hanani dipanggil oleh seorang jururawat untuk masuk ke dalam bilik doktor .

"Nur Hanani Damia binti Sufian,"kata jururawat yang bertugas pada waktu ini . Setelah mendengar nama Hanani dipanggil ,Amirah bangun lalu menolong Hanani untuk berjalan masuk ke dalam bilik doktor . (That's mean memapah lah yaa) .

. . .

"Kau ni dah kenapa Hana ? Keluar daripada bilik Dr. Ammar tadi kau asyik tersengih je ,"kata Amirah tetapi matanya masih tertumpu pada jalanraya yang kian menjadi sesak .

"Tak ada apa-apa lah,"Hanani menyembunyikan sesuatu .

"Takkan lah tak ada apa-apa ? Share lah dengan aku . Aku kan sahabat kau ,"Amirah menjongketkan kening sebelahnya . Amkrah dapat bau sesuatu . Tahu sangat sahabatnya itu cuba menyembunyikan sesuatu . Bukan baru sehari dia kenal dengan Hanani itu  . Bahkan ,sudah tujuh tahun . Dia berharap sangat ,semoga hubungannya dengan Hanani itu akan berkekalan sehingga akhir hayat mereka .

"Hehehe . Aku .. tadi .. doktor tu .."kata Hanani sangkut-sangkut dan perlahan-lahan .

"Kau ni dah kenapa ?"soal Amirah pelik .

"Kau tak perasan ke Dr. Ammar tadi tu , hensem gila kot dia tu,"cerita Hanani teruja . Kini dia sudah menyebut nama doktor itu sekali .

"And then ?"soalku . Hanani memukul lembut lenganku .

"Kau ni kan !"katanya . Pemanduan sedikit hilang stabil . Namun ,sempat aku menstabilkannya semula .

"Ish kau ni Hana ! Kalau nak arwah tu sorang-sorang lah . Jangan lah ajak aku untuk join kau sekali . "Kata Amirah . Kini Amirah berpeluh sedikit . Terkejut dengan insiden tadi mungkin .

"Hehehe,"Hanani hanya tersengih lalu bermain dengan Iphone 6+nya .

Perjalanan kami hanya ditemani dengan pelbagai lagu yang kedengaran di corong radio .

. . .

"Mira ,kau dah siap assigntment yang singa garang berjanggut tu bagi ?"soal Hanani . Memang satu universiti di mana Hanani dan Amirag belajar memanggil pensyarah Amin sebagai singa garang berjanggut . Perwatakan yang garang seperti singa dan juga dia mempunyai janggut yang seciput pada dagunya menyebabkan orang lain menggelarkannya sebagai 'singa garang berjanggut '.

"Dah ,semalam ."kata Amirah dan matanya masih tertumpu pada televisyen .

"Dah ? Alah ,kenapa semalam kau tak ajak aku buat sekali ?"rengek Hanani . Hanani sememangnya mempunyai perwatakan kekanak-kanakan .

"Buwekk . "Amirah memndang sekilas wajah Hanani lalu dia menjelirkan lidahnya . Hahahaha  .

"Kurang asam keping . Dah lah ,aku nak buat assigntment yang singa tu bagi . Kang tak pasal-pasal aku kena terkam dengan dia . "Kata Hanani lalu mendaki anak tangga ke atas menuju ke biliknya  .

Amirah hanya ketawa kecil melihat rakan serumahnya ataupun sahabatnya itu .

. . .

Tup tap , sudah seminggu Hanani bercinta dengan Dr. Ammar . Masih ingat Dr.Ammar ? Tidak disangka ,pertemuan yang mereka berjumpa di klinik milik Dr.Ammar itu,boleh terjadi sebegini . Boleh bercinta pulak si Hanani ni . Hampir setiap pagi ,petang dan malam,Dr.Ammar akan wish good morning,good afternoon,good evening ,begitu juga dengan good night .

Flashback

"Ouh ,awak cuma sakit perut biasa je . Nanti dekat kaunter nurse ada bagi ubat . Yanh antibiotik habiskan semua . Sehari sekali selepas makan okay ?"jelas Dr.Ammar prihatin . Dr.Ammar memerhatikan muka Hanani setiap inci . Memang bersih tanpa jerawat . Cantik .

"Okay . Kalau macam tu ,saya keluar dulu ya doktor . "Pamit Hanani .

"Okay,before that ,can i have you number ?"soal Dr.Ammar .

"Ouh Ya,of course . "Kata Hanani .

End flashback .

"Oi ,dah dah lah tu berangan Hana . Dah siap assigntment  belum ?"soal Amirah yang dari tadi dia melihat kawannya,Hanani dari tadi dok termenung . Entah apa yang dimenungkan pun tak tahu .

"Dah . "Jawab Hanani ringkas lalu menghadiahkan senyuman manisnya kepada Amirah .

"Jom keluar ? Bosan ."rengek Amirah  .

"Malas lah ."jawab Hanani acuh tak acuh.

"Guna kereta aku !"pujuk Amirah .

Hanani lantas terus bersiap-siap untuk keluar . Amboi,sayangnya dengan kereta kau . Desis hati kecil Amirah .

. . .

"Jom pergi sana!"ajak Amirah kepada Hanani . Namun Hanani menggeleng .

"Alahh,"rajuk Amirah .

"No still means no,"kata Hanani sambil memggelengkan kepalanya  . Amirah yang berkeras terus melangkah laju ke arah kedai yang dia mahu tujui tadi tanpa menghiraukan Hanani . Tiba-tiba ,

GEDEBUK !



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Ke?Stories to obsess over. Discover now