Satu

12.1K 901 103
                                    

Aku melipat apron aku dengan kemas lalu menyimpannya kedalam laci meja di cafe tersebut.

"Jung ahjusshi!!~ MinJae balik dahulu yaa??" Kata aku.

"Naee! Hati hati dijalanan ye Minjae-shiii" kata Jung Ahjusshi sambil tersenyum.

Jung ahjusshi adelah Boss di cafe yang aku kerja. Tetapi, aku dah kenal dia lama dah.. sejak aku 12 tahun lagi. Aku dah anggap Jung ahjusshi macam Appa kandung aku sendiri. Begitu juga Jung ahjusshi.

Aku dah kerja dekat cafe ni lebih kurang 5 tahun dah lamanya untuk menyara hidup aku sendiri.

Nama aku, Choi MinJae. Aku berumur 17 tahun. Sejak aku berumur 12 tahun, aku dah hidup bersendirian. Cari duit sendiri dan makan minum sendiri.

Keluarga? Aku memang ade keluarga aku. Meskipun diorang keluarga aku, namun omma dan appa tak pernah curahkan kasih sayang padaku. Mereka memang kaya raya sebab, syarikat kerja appa, adelah salah satu syarikat yang paling maju di negara korea.

Sejak aku lahir, aku dihantar pada rumah heolmoni aku. Sepanjang hidup aku, heolmoni aku yang memjaga aku. Tapi, sekarang heolmoni dah takde.. Jadi, aku terpaksalah hidup berseorangan.

Dan Omma dan appa tak kesah pun.

Adik beradik pula, aku hanya ada seorang adik. Namanya Choi MinJoo. Dia bukan sama nasib seperti aku. Dia disayangi oleh omma dan appa. Apa dia minta, semua omma dan appa beri. Omma dan appa layan dia dah macam anak emas kerana, MinJoo dan aku jauh bezanya.

Tapi, aku tak tahu... apa bezanya aku dengan MinJoo.

Kenapa Omma dan appa layan MinJoo jauh lebih baik dari diriku? Apa kurangnya aku??

Soalan itu selalu terngiang-ngiang diminda aku. Namun, sampai sekarang pun aku tak tahu lagi apa Jawapan sebenarnya.

Mungkin, satu hari aku akan tahu.

Aku membuka Kasut tumit yang berada pada kaki aku lalu memasukkannya kedalam beg aku. Aku mencapai kasut converse aku, kemudian menyarungkan ia pada kaki aku.

Aku memang benci pakai kasut tumit. Tapi, sebagai pekerja di cafe.. aku terpaksa pakai juga.

Aku mencapai sebotol air yang berisi coffee yang aku sempat buat untuk diri aku sebelum pulang tadi.

"Minjae! Nak balik dah ke??" Soal SoonMi iaitu anak Jung Ahjusshi. Dia juga pekerja di cafe Jung ahjusshi. Dan dia juga adelah kawan baik aku semasa dicafe kerana dia dan aku sebaya.

"Ahh? Soonmi rupanya. Haah.. aku nak balik kerumah.." kata aku sambil menyarungkan kot hitam aku pada tubuh aku.

"Cepatnya balik.. lepak lah kat rumah aku dulu!" Kata Soonmi sambil buat muka aegyonya yang tak seberapa nak comel tu.

"Ahaha.. Mianhe Soonmi-shhi~ aku kena balik sekarang jugak. Nanti kalau dah tiba tengah malam, aku takut nak balik sesorang." kata aku.

Soonmi mencebik. "Ne Ne arra.." katanya dengan muka sedih. Aku tersenyum melihat telatah kawan aku sorang ni. Manja betul.

"Alah~ Soonmi, esok aku belanja coffee kegemaran kau? Aku buat. Amacam??" Soal aku. Sambil peluk Soonmi dari belakang.

Soonmi tersenyum. "Yehuu!! Betul ni???! Aku setuju!!" Kata Soonmi sambil melompat kegembiraan.

Aku memang dah agak yang Soonmi akan menyetujui cadangan aku untuk buat coffee kegemarannya.

Untuk pengetahuan semua, aku ada keistimewaan. Keistimewaan aku adelah membuat coffee. Cakap sahaja lah apa jenis coffee, aku pandai buat semuanya. Tambahan pula, semua coffee yang hasil dari tangan aku menepati citarasa peminum.. walaupun aku tidak tahu citarasa peminum itu bagaimana. Ajaib bukan? Haha

coffee girl. Where stories live. Discover now