"Hai, Fiya." Aku memang kenal sangat dengan pemilik suara itu. Aku hanya menjeling. Aku biarkan dia buat hal sendiri. Malas aku hendak nak layan.
"Sayanggg..." Geli geleman pula rasanya, bila aku dipanggil sayang.
"Amboi sombongnya dia. Buat apa tu, sayang." Pantasnya punggung dilabuhkan di sebelahku. Tanpa tunggu aku pelawapun. Sememangnya dia suka buat muka tebal.
Dia begitu hampir dengan diriku. Memang sengaja dia himpitkan badannya, agar tiada ruang di antara kami. Siap main singgul-singgul bahu lagi. Bibir merahnya merekah terpalit senyuman manis. Tak merokoklah katakan. Ya, Allah kacaknya kau hari ini. Aku sempat terleka sekejap.
Tik! Tik! Tik! Dia petik jarinya betul-betul depan wajah aku. Kenapalah kau suka sangat menyakat aku. Hobi itu memang hobi kaukan!
"Hai sayang, abang tahulah abang kacak, menawan, sado dan menarik. Dan tertarik wow...keboommmkan..." Lajunya dia bertutur. Sengaja juga suaranya dilunakkan ala-ala penggoda. Diiringi dengan ketawa halus seperti mengejekku.
"Mmm... Hai. Tak payah nak bersayang- sayang, berabang-abang sangatlah. Poyo semacam je." Nak ikutkan hati memang malas aku hendak menjawab. Bukan reti makan saman. Tengoklah wajahnya, bagaikan kerang busuk menyeringai setahun. Langsung tidak tahu hendak tutup mulut. Senyuman semakin meleret di bibirnya.
"Kau beralih jauh sikit, boleh tak? Rabun ke mata kau? Nak buat apa-apa, cuba tolong pandang arah sekeliling. Boleh tak?" Dia pun toleh kiri kanan. Jungkit bahu lagi.
"Kenapa? Aku tak nampak ada sebarang masalahpun. Tak ada makhluk asing. Aku, kau dan mereka sama saja. Sama-sama ada dua kaki dan sama-sama ada dua tangan." Tepuk dahi aku dibuatnya. Buat lawak antarabangsa lagi, dia ni. Ada yang karang, kejong dicekik aku. Anak orang sorang ni!
"Kau tengok tu, orang lain tengah panjang leher perhatikan gelagat kita tau!" Memang aku rasa agak tidak selesa. Apabila pengacau terhebat di alam maya muncul secara tiba-tiba. Ada yang kena rejam dengan batu nanti. Berbenjol dahi jendol kau, berbulan-bulan. Baru puas hati aku. Aku asyiklah mengomel dalam hati, merapu yang bukan-bukan. Kau makin berhati kayu. Mengeluh aku dibuatnya.
"Ada ke sayang. Mana, mana dan mana?" Memang kurang vitamin betul mamat sorang ini. Tak makan saman langsung.
'Haish, kita tengah serius. Dia main-main pula!' Ditujal-tujal kepala lelaki itu dengan jari telunjuknya. Dia pula bagus saja menahan sakit. Tak pasti sama ada dia tidak sempat mengelak atau sengaja tadahkan kepala batunya.
'Padan dengan muka kau.' Jeritan itu hanya aku lepaskan di dalam hati sahaja. Alahai, kasihanlah pula. Zalim sangat ke aku layan dia begitu?
"Woi, woi, woi. Ini kes kurang ajar ni. Kalau aku suami kau, boleh masuk neraka ni tahu!" Aku hempuk dia dengan buku nota pula. Memang dia tak serik. Berangan lagi nak kahwin dengan aku. Malam sikitlah. Siang-siangpun belum tentu aku sudi.
"Perasanlah kau ni, Wan. Siapa yang ingin jadikan kau laki? Boleh tak, kalau kau jangan kacau aku untuk seminit je. Please!" Aku merayu.
"Kau jangan, lagipun apa kurangnya aku! Nanti termakan kata. Betul-betul kau jadi bini aku." Aku mengeluh. Tak pernah terfikirpun hal nak berlaki.
"Tadi kau tak nak aku kacau kau seminit jekan." Bersungguh-sungguh betul dia pamer wajah ikhlas. Hayyan Ikhwan bin Ikhwan Nawal, itu nama lelaki itu. Aku panggil dia Wan.
"Ye, seminit je!" Aku kelip-kelipkan mataku untuk goda Hayyan.
"Hal kecil je tu. Seminitkan. Bukan lama sangatpun." Tidak semena-mena, Hayyan ketuk-ketuk pula jam tangannya.
"Eh jam ni, beli mahal-mahal. Kenapa boleh mati?" Hayyan ketuk lagi dan lagi. Aku gelengkan kepala tengok gelagat dia. Sengal betullah.
"Yes, bergerak pun. Okey, seminit anda bermula sekarang!" Bersungguh-sungguh wajah Hayyan meneliti pergerakan jarum saat selama 60 kali detik.
'Apa-apa jelah. Asalkan kau diam.' Malas aku nak layan. Makin dilayan makin berlemak tepu dia. Aku cuba buka buku semula.
"Hah..." Terkejut aku dibuatnya. Buku yang aku pegangpun tercampak juga.
"Kau dah kenapa, Wan? Buang tabiat?" Aku mula naik marah. Mulut aku mengomel sambil sumpah seranah Hayyan. Aku bangkit kutip buku yang tercampak tadi. Aku kebas dan buangkan cebisan-cebisan rumput melekat. Sudahlah tukang kebun universiti baharu potong rumput tadi.
"Seminit untuk aku diam dah tamat. Jadi, kau kena bagi aku perhatian sepenuhnya, sekarang. Boleh tak wahai intan payung?" Kenapa ada makhluk bersifat kepala batu macam Hayyan ni?
Hayyan Ikhwan bagaikan bayang-bayang kepada Fidiyah Isnan. Susah nak putus kecuali hal darurat tertentu yang melibatkan hal jantina. Faham-faham sudahlah, namapun bukan mahramkan.
"Lantaklah, kau nak buat apa Wan. Malas aku nak layan. Malaysia ni, negara demokrasi berparlimen. Kau bebas nak buat apapun." Mengalah lebih baik. Banyak lagi nota yang aku kena hafal.
"Wei, bosanlah asyik ngadap buku je. Petang karang kertas terakhir kitakan." Baru aku nak mula baca sepatah perkataan semula, mulut Hayyan berbicara lagi.
"Ye, kertas akhir! Kenapa?" Terasa telinga aku seperti mahu keluarkan asap tebal. Masih aku pujuk hati tahan api kemarahan.
"Habis je nanti, jom kita lepak jap. Kita celebrate!" Aku buat tak dengar. Mulut aku kembali terkumat-kamit menghafal formula.
"Boleh tak, Fiya?" Hayyan usik-usik dan cuit telinga aku lagi. Aku dah jadi pegun.
"Fiya..." Aku pertahankan muka tembok ini. Hayyan semakin rasa tercabar. Akhirnya dia rampas buku aku baca. Keterujaan untuk Hayyan mengacau, semakin memuncak. Lantaklah apa yang bakal terjadi selepas ini. Dia sudah bersedia untuk berperang dengan aku.
"Woi, berani kau sentuh nota aku. Kang lebam biji mata kau nanti." Aku tunjuk penumbuk yang tidak berapa besar tu. Terkekek-kekek Hayyan gelakkan aku.
"Amboi garangnya kau!" Lagi satu jelingan maut Fidiyah hadiahkan pada Hayyan.
"Janganlah Wan, sayang. Dinda taulah kanda tu dapat anugerah dekan sokmo. Otak dinda bukan komputer macam kanda. Sudah berketul-ketul bekunya. Layu dan tak bermaya. Dah macam processor rosak pun ada." Jari jemari Fidiyah mula menjalar dan merayap ke tengkuk Hayyan. Dicekaknya tak lepas. Memang itu kelemahan Hayyan. Lelaki itu amat penggeli jika dicekak di situ. Meliuk-liuk badan Hayyan. Sesekali keluar jeritan kecilnya akibat kegelian.
"Fiya, Fiya sudah!" Hayyan terus pulangkan buku nota pada aku.
"Okey, okey aku mengalah. Kau menang. Lepaslah. Aku geli sangat ni!" Bagai terkena kejutan eletrik, Fidiyah berhenti menggeletek.
"Lain kali buatlah lagi. Sampai terkencing-kencing kau aku kerjakan nanti " Aku kena bertegas. Kalau tidak, Hayyan akan pijak kepala aku lagi dan lagi.
"Insya Allah." Cepat pula mulut Hayyan menjawab.
Tapi cepat-cepat takup mulut lepas aku tangkap kata-kata spontannya.
"Kau nak bincang apa?" Fidiyah tanya dengan tulus ikhlas. Siap diceriakan wajah dan ditambahkan perisa dalam senyumannya.
"Kau baca buku dulu. Jawab peperiksaan dengan tenang. Lepas jawab kertas nanti kita jumpa. Okey." Aku setujukan sahaja.
"Okay, aku pergi dulu, sayang." Siap buat flying kiss lagi. Aku menggeleng sahaja
YOU ARE READING
30 Hari Tuk Jatuh Cinta
RomanceTiada istilah kawan karib di antara lelaki dan perempuan... Mesti wujud rasa cinta bila sudah serasi... Kalau hati sudah suka... Usah ditidakkan apa yang dirasa...
