Episod 7

277 24 5
                                    

Suho berhenti di hadapan bilik Sehun. Dia cuba mengintai.

"Saya ada sesuatu untuk awak." Kai mengeluarkan sesuatu dari begnya.

"Wah,cantiknya!" Puji Sujeong sambil membelek skaf berwarna biru itu.

"Awak suka? Ambil la. Saya beli skaf ni masa EXO buat tour kat Malaysia." Kata Kai.

"Jeongmal? Gomawo,Kai oppa!" Sujeong berasa sangat gembira. Suho mencebik.

'Ceh! Skaf aje pun! Huh!' Suho minum air untuk 'menyejukkan' hatinya yang tengah panas itu.

"Hyung! Minum air sampai ke bilik ke?" Soal Kai tiba-tiba.

PPPPFFFFTTTT!!!!! Suho tersembur. Dia nampak aku ke?!

"Eh,taklah. Hyung...hyung nak ambil barang kat bilik." Bohong Suho. Sekali lagi. Kai ketawa.

"Suho oppa. Cantik tak?" Soal Sujeong kepada Suho.

"Hem." Suho membalas sepatah sebelum beredar. Hatinya cemburu melihat cara Kai melayan Sujeong.

'Hem? Itu aje yang keluar dari mulut dia? Dia tak jealous ke?' Sujeong berkata dalam hati.

'Haih...berangan aje la kau ni. Tak mungkin la Suho oppa tu suka kat kau.' Otak Sujeong memarahi tuannya.

'Tapi aku sukakan dia...'

'Itu kau! Dia?' Balas otaknya kembali.

"Pau-sshi! Termenung apa tu? Jom sambung kerja balik." Suara Kai yang menegur tiba-tiba menghentikan lamunan Sujeong. Sujeong menganggukkan kepala.

**********

Next day...

Di studio M.

"Okay,semua ready? Kita ambil gambar members dulu." Arah jurugambar yang bertugas. Xiumin merupakan orang pertama yang menjalani sesi fotografi diikuti Lay,Chen dan Tao. Selepas beberapa sesi, mereka berehat sebentar. Chen masuk ke dalam ruang rehat sambil membawa beberapa cawan kopi yang dibeli oleh manager hyung mereka.

"Americano untuk Tao,Espresso untuk Xiumin hyung dan Latte untuk Lay hyung." Kata Chen sambil menyerahkan kopi.

"Hah! Alang-alang kita tengah berehat ni,panggil la Pau datang sini. Hyung nak tengok muka dia." Kata Xiumin sambil menghirup espressonya. Mereka semua memandang Suho.

"Nak...nak buat apa? Tak payah la." Suho mula kalut.

"Ala...hyung nak tengok muka dia macam mana. Yang lain pun mesti nak tengok juga kan?"

"Ha'ah. Korang berempat takpe la. Boleh tengok dia setiap hari. Boleh la hyung...." rayu Tao. Oleh kerana mereka semua mendesak Suho,dia terpaksa mengalah.

"Yela. Yela. Kejap saya call dia." Suho mengeluarkan telefon bimbitnya.

**SKIP**

Sujeong terlopong sebaik sahaja memasuki studio tersebut. Besarnya! Fail peribadi milik Suho digenggam erat.

"Pau?" Suara tersebut membuatkan Sujeong terkejut.

"Pau kan? Wah~orangnya memang sama dengan apa yang Kai cakap. Comel." Puji Xiumin. Sujeong terkedu seketika. Member EXO yang lain mula mengerumuni Sujeong. Kai pula berdiri di sebelah Sujeong. Suho yang sedang menjalani sesi fotografi mencuri pandang.

'Yah! Kai! Duduk la jauh-jauh sikit! Haish!' Marah hatinya.

"Suho! Tengok kamera." Tegur jurugambar apabila melihat Suho sedikit leka. Suho kembali menjalani sesi fotografi namun matanya masih fokus memandang Kai dan Sujeong.

"Okay, sekarang gambar group pula. Stand by!" Kata jurugambar.

"Okay la. Lain kali kita berbual lagi." Kata Xiumin.

"Annyeong." Tao melambaikan tangannya. Kai mencubit pipi Sujeong sebelum beredar. Sujeong terkejut. Dia memegang pipinya.

**SKIP**

"Suho oppa. Ni fail yang oppa suruh saya bawa tu." Sujeong menyerahkan fail kepada Suho.

"Tak payah. Saya nak awak datang sini aje. Diorang nak tengok muka awak. Fail tu cuma alasan semata-mata." Balas Suho dengan dingin. Marah sungguh hatinya melihat Kai mencubit pipi Sujeong. Huh! Benci!!!!

BERSAMBUNG
-Sori kalau typo






[✔] EXO, MY NEIGHBOR, MY LOVEWhere stories live. Discover now