Episod 5

311 28 2
                                    

"Okay. Hari ni hari kedua kau bekerja kat rumah diorang. Jealousnya..." kata Sulli.

"Aku tak nak dah kerja kat situ. Kau tahu kan macam mana hari pertama aku hari tu? Tak nak! Aku nak bagitau eomma." Sujeong memegang tangan Sulli.

"Aish. Mana boleh berhenti macam tu aje. Kau sekarang ni kerja kat rumah EXO tau? Kau boleh pegang barang-barang diorang. Aku tahu,kau 'tak sengaja' conteng gambar Suho. Semua orang pernah buat salah kan? Jadi,hari ni kau kena tunjuk kat diorang yang kau seorang pekerja yang baik. Fighting!" Sulli memberi kata-kata semangat. Sujeong memeluk sahabat baiknya itu.

**********

"Tak ada kat rumah lagi? Hem,ada latihan la tu." Sujeong masuk ke dalam rumah. Seperti biasa,rumah tersebut bersepah seperti baru dilanda ribut.

"Nasib baik rumah EXO. Betul kata Sulli,aku kerja kat rumah EXO. Jadi maid diorang. Boleh pegang barang-barang diorang. Omo! Ini cawan yang diorang pakai...bahagianya..." Sujeong mendekatkan cawan ke pipinya. Kemudian,dia mencapai pula baju yang berada di atas lantai.

"Ni mesti baju Baekki. Wanginya..." Sujeong mencium pula baju tersebut. [Author: erk...Sujeong. Back to work please...aigoo.. -_- ]

"Okay. Dah siap kemas. Sekarang ni mop lantai pula." Sujeong memegang mop dengan penuh semangat. Selepas beberapa minit mengemop lantai,Sujeong memerah mop dan menjemurnya di luar.

"Nak kena buang air ni pula. Urgh,beratnya..." Sujeong mengangkat baldi berisi air bekas mop lantai dengan berhati-hati. Namun entah bagaimana,kakinya boleh tersadung ketika dia memusingkan tubuhnya.

"Omo!" Sujeong menekup mulutnya kerana terkejut. Empat orang namja di hadapannya terkaku seketika.

"Hyung! Gwenchana?"

***

Suho mengelap peluh di dahinya.

"Penatnya latihan tadi." Kata Baekhyun sambil mengipas-ngipas wajahnya.

"Jom pergi dapur. Hyung buatkan jus oren." Ajak Suho.

Mereka berempat menuju ke dapur. Baru sahaja Suho menjejakkan kakinya ke lantai dapur,dia tiba-tiba disimbah sesuatu. D.O terkejut. Sehun terlopong. Baekhyun menggigit jarinya. Suho mengetap bibir. Tangannya digenggam kemas.

"Omo!" Sujeong menekup mulutnya kerana terkejut. Mereka berempat memandang tepat ke arah Sujeong.

"Hyung! Gwenchana?" Soal Sehun. Baekhyun mencari tuala bersih untuk mengelap wajah Suho yang basah lencun.

"Mianhae. Jeongmal mianhae. Saya....saya betul-betul tak sengaja." Sujeong menundukkan badannya,tanda meminta maaf. D.O segera memberi isyarat supaya Sujeong segera pulang. Sujeong segera berlari keluar.

"Yah yah!! Kau nak pergi mana tu??? Jangan lari!!" Marah Suho.

**********

Sujeong mengambil bantal lalu menekup mukanya.

"Argh!!" Kakinya dihentak-hentak ke lantai. Sulli menggosok-gosok belakang badan rakannya itu.

"Kau ni pun. Kenapa tak hati-hati? Air bekas mop lantai tu. Mana dia tak marah?" Kata Sulli.

"Kau ni nak pujuk aku ke apa? Aku tak sengaja la. Entah macam mana aku boleh tersadung pula masa tu. Aaa..mesti dia lagi benci kat aku. Eotteoke???"

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Taehyung menjengulkan kepalanya.

"Noona. Ada orang telefon,cari noona." Kata Taehyung.

"Mwo? Nugu?" Sujeong dan Sulli saling berpandangan.

***

"Hello"

"Budak sebelah rumah! Ni Suho! Esok datang awal sikit. Ada hal penting. Arasso?" Terus talian ditutup. Sujeong tak sempat balas apa-apa.

"Hal penting? Hal penting apa????" Sujeong risau.

BERSAMBUNG
-Sori kalau typo...

[✔] EXO, MY NEIGHBOR, MY LOVEWhere stories live. Discover now