Prolog

24.3K 282 20
                                    

"Inilah rumah Papa."

Itulah perkataan yang keluar dari mulut Papa selepas kami turun daripada kereta. Aku dengan mak masih tercegat berdiri, Papa sibuk mengeluarkan bagasi daripada bonet kereta.

Kata-kata mak yang semalam semasa kami susun baju, masih lagi terngiang-ngiang dalam kepala.
"Mak harap Amir tak kecewa dengan keputusan mak."

"Tunggu apa lagi?? Jomlah masuk" ajak Papa Shahrul setelah  mengeluarkan beg bagasi daripada bonet kereta.

Aku mula melangkah sambil membawa beg bagasi menuju ke hadapan pintu rumah dengan satu perasaan gentar. Aku rasa aku dah kena ubah semua perancangan hidup aku, lagi-lagi bila mak buat keputusan terima lamaran Papa.

"Fahmi!! Fahmi!!!" jerit Papa memanggil anak lelakinya beberapa kali. Dari bahagian dapur sehingga dari bilik ke bilik dia terjah mencari anak tunggalnya. Banyak sangat bilik. Masuk pintu sini tembus pintu sana.

Tak lama kemudian, muncullah jejaka tampan daripada anak tangga menyahut sambil memeluk Papa Shahrul.

"Papa!"
"Kenapa tak bagi tahu yang papa nak balik?!?"

Papa Shahrul ada projek pembanguban di Hutan Melintang, tempat aku membesar. Di situ jugalah tempat dia beli sarapan daripada mak aku di tepi parit untuk semua pekerja dia. Dari situ jugalah perkenalan kami. Pagi tu pukul 5 pagi-- mak aku tengah nak menggoreng kuih bom untuk dijual. Aku ni jenis belum habis masak dah tak sabar-sabar nak makan. Tapi bila dah masak tak makan pun. Sambil kunyah-kunyah tiba-tiba mak aku bagitahu Encik Shahrul ajak nikah. Aku tanpa fikir panjang terus setuju sebab Encik Shahrul baik, hari hari akan tumpangkan aku ke sekolah waktu pagi. Aku tak tahu tujuan dia apa. Naif betul aku. Rupanya kalau hendakkan emak, mesti tawan hati anak.

"Kalau papa bagi tahu, tak surprise lah kan??"
"Nah. Papa ada beli produk ni. Fahmi cubalah pakai"

'Ada juga lelaki yang masih pakai produk untuk jaga penampilan ya? Ingat aku perempuan je' detik hati aku.

Senyuman kelat Fahmi mula terukir bila dia memandang aku dengan mak aku di muka pintu. Aku cepat-cepat alihkan pandangan daripada anak matanya. Tapi dia macam dah perasan je aku tenung dia?

"Papa, papa bawa balik siapa ni?"
"Pembantu rumah baru ke?? Ha baguslah. Tak payahlah Fahmi makan luar lagi lepas ni." dia mula bersuara.

Tak tahu apa perasaan aku bila pandang mak, perasaan mak bila pandang aku.

"Yang dia ni siapa pulak? Anak Mak Cik ke?" tanya Fahmi lagi.

Suasana hening dalam beberapa saat...

"Fahmi... ada benda yang papa tak sempat bincang dengan kamu. Sebenarnya, ini isteri baru Papa"

Air muka Fahmi tampak berubah, barangan yang masih di tangannya diletakkan di atas sofa perlahan-lahan.

"Kenapa papa tak pernah bagitahu apa-apa?" luahan Fahmi sambil matanya berkaca. Papa terus memeluk Fahmi. Daripada jauh, aku dapat dengar apa yang papa bisikkan pada Fahmi.

Lepas papa memujuk anaknya, Mak mula menepuk sisi peha aku sambil menjeling-jeling matanya dari arah aku ke arah Fahmi. Aku faham apa yang mak nak aku buat

Aku mula melangkah tersenyum kelat lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Hanya hujung jari sahaja dia sambut. Wajahnya tak berpaling ke arah aku lagi.

"Fahmi, Kalau kamu tak selesa Mama tinggal dekat sini, Mama takkan tinggal dekat sini"

Papa mula menjeling, tanda membidas pernyataan mak.
"Suria......"

"Eh? Tak apa, Aunty. Aunty duduk jelah sini. Lagipun rumah ni besar, tak ada siapa yang duduk." sampuk Fahmi dalam suasana dingin. Tak pasti sama ada dia memerli ataupun sudi.

"Papa dengan Mama nak keluar kejap, Papa nak kenalkan Mama dekat kawan office. Fahmi tunjukkanlah bilik tetamu untuk Fiqry"

Daripada anak tangga sampailah ke ruang bilik kami tak bercakap apa-apa. Aku mula cuba memulakan perbualan. "Terima kasih. Bilik tetamu ni besar sangat, ada yang bilik kecil sikit tak?"

Fahmi mencampak bagasi aku ke atas katil. Leher baju aku diperas lalu badan aku ditolak ke dinding.

"Kau datang menyusahkan aku la sial! Kau tu menumpang!! Duduk lah bilik mana pun"

"Okay, sorry." jawab aku perlahan dalam keadaan nak tak nak menjawab.

"Bagus! Sedar diri kau tu sikit! Datang daripada kampung mana tah! Macam manalah Papa aku boleh melekat dengan Mak kau??"
"Lagi satu, Kau jangan ingat aku akan terima kehadiran kau dengan mak kau dalam rumah ni!!"

Fahmi menghantukkan kepala aku ke dinding almari lalu keluar daripada bilik. Pintu bilik dihempas kuat.

Aku mula rasa tak selesa. Bayangan aku sangat berbeza dengan apa yang aku hadap, sekarang. Sebelum ni, cara papa bercerita macam benar-benar anak dia boleh terima aku walaupun kami belum bersua. Tapi kenyataan betul betul menampar dada.

Jawapannya, tak.

MY BROMANCE (SEASON I)Where stories live. Discover now