Part Twenty Three

19K 669 5
                                    

Sedar tak sedar, harini hidup aku akan berubah. Harini aku akan bergelar isteri kepada Zaril Idham a.k.a singa buas. Dan harini syurga aku bukan lagi bawah kaki mummy.

Serious penat. Semalam, malam berinai. Jadi aku terpaksalah tidur lewat. Lepastu pagi ni, aku kena bangun awal zz.

Aku dimake up oleh mak andam. Okey, bukan lelaki bukan perempuan tapi pondan! Dia suruh aku panggil dia Betty. Dan nama sebenar dia Ahmad Badrul Hisham. Aku macam ew? Seriously? Pondan? Yelah, dtg pon pakai baju melayu warna pink siap bercekak lagi. Nasib pakai baju melayu, kalau pakai baju kurung mahu aku pengsan dalam bilik tu.

"Muka you dah lawa so I just make up sikit je" fuh nasib baik si betty cakap macam tu. Buat pengetahuan semua pembaca, aku tak pernah suka make up! Pakai lipstick pon aku tak hingin! Aku ni dah cantik tak perlu kot bermake up semua ni. Ewahhh

Walaupun dia pondan, kerja dia sangat tiptop! Patutla bonda suruh dia make up. Nasib baik aku tak nampak macam barbie doll yang bedak sebanyak 8 inci. Kalau lempang mahu malaysia kena jerebu teruk.

"Weyh Dahlia, nervous la" Ok, aku mengaku walaupun aku kahwin 'paksa' tapi aku still nak masa akad nikah nanti, sekali lafaz je!

"Relaks ok Rin" Dahlia tak jadi pengapit aku. Yelah dia kan tengah mengandung sekarang. Takpelah, mungkin ni balasan untuk aku sebab tak jadi pengapit dia dulu huhu.

"Macam mana nak relaks? Aku serabut tahu tak" yeah, aku memang serabut sekarang. Aku takut Kamil datang buat kacau. Aku takut Zaril tak jadi kahwin dengan aku. Dan aku takut aku tak boleh kawal diri aku.

"Serabut fikir pasal malam ni ke?" Dahliaaaa!!!! Aku cekik kau kang! Orang nervous gila kau boleh cerita pasal malam? Ya allah.

"Kenal amal?"

"Amal mana?" Muka Dahlia berkerut kerut. Amal mana yang Rin cakap kan ni?

"Amalas aku layan kau" Rin menjeling Dahlia.

Ok, aku tak fikir pon pasal 'malam' tu. Sebab aku dah ada perjanjian dengan Zaril. Selagi persandingan dekat rumah dia tak lepas. Selagi tu aku akan duduk dengan mummy.

Zaril setuju je. Nasib baik dia faham aku. Hehe! Thankyou encik bakal suami!

"Dah siap ke? Ha jom gerak pergi masjid. Pengantin lelaki dah sampai sana" berseri seri muka mummy harini.

Aku hanya memberi senyuman pada mummy. Bukannya tak biasa berjauhan dengan mummy. Dulu masa aku kanak-kanak, mummy dah duduk dekat US. Aku tinggal dengan atok & nenek.

Tapi entah kenapa aku rasa berat hati. Lepasni aku kena bagi sepenuh perhatian dekat rumah tangga aku. Lepasni aku kena jaga pemakanan and pakaian suami aku.

•••

Tok kadi memberi nasihat pada Zaril. Dia juga suruh Zaril membaca surah-surah lazim. Seperti yang aku agak, Zaril dapat membaca semua surah tanpa tergagap.

"Kamu pandang belakang, tengok betul ke itu isteri kamu" Alah tok kadi ni. Takkan lah nak tukar bini pulak.

Zaril memandang belakang. Ya allah cantiknya Rin. Lama benor Zaril perhatikan Rin.

"Betul ke tak" tok imam menghentikan pandangan Zaril pada Rin. Rin malu. Nasib baik aku tunduk. So takdelah nampak muka dia.

"Betul tok"

"Sabar bro sabar, tunggu malam kang" Farhan memecahkan kesunyian. Semua yang ada di dalam masjid gelak. Aku tak gelak. Cuma senyum je. Ha padan muka kau! Kan dah malu!

Sebelum akad nikah tok kadi membaca selawat. Aku nampak Zaril sedang berjabat tangan dengan tok kadi. Semua camera man dan sanak saudara tak berhenti henti mengambil gambar.

"Zaril Idham Bin Zainal aku nikahkan kau dengan Erin Alana Binti Khalid dengan mas kahwinnya senaskah al-quran tunai"

"Aku terima nikahnya Erin Alana Binti Khalid dengan mas kahwinnya senaskah al-quran tunai"

Semua saksi mengangguk dan mengatakan sah! Alhamdullilah Zaril berjaya akad nikah dengan sekali lafaz. Entah kenapa aku rasa hiba. Air mataku mengalir. Aku cepat-cepat mengelapnya dengan tisu. Fuh nasib baik ada tisu.

Sekarang sesi membatalkan air sembahyang. Aku menyalami tangan Zaril. Ok tangan Zaril sejuk gila. Mungkin nervous sangat.

"Zaril boleh cium dahi Rin" perintah jurukamera itu.
What? No way no way! Ha part ni paling aku tak suka ni. Argh!!!! Mummy nak lari.

Zaril mula memucungkan bibirnya. Woh mamat yang pergi dengar cakap jurukamera tu kenapa?!

Aku makin lama makin ke belakang sampai bersandar pada Dahlia. Dahlia pulak menolak aku. Farhan dah mengekek-ngekek ketawa.

Mummy and bonda buat muka comel. Kononnya nak bodek aku biar Zaril dapat cium dahi aku yang mahal ni. Haila Rin, bagi jela Zaril cium. Kesian pulak dari tadi semua macam pandang mengharap kat aku.

Akhirnya aku pasrah. Aku membiarkan Zaril mencium aku. Lama. Tah kenapa aku rasa tenang.

"Hai encik pengantin. Dah la cium tu. Sambung dekat bilik nanti" Ah Farhan. Kacau daun betullah! Sekali lagi semua yang ada di masjid gelak. Zaril apalagi blushing la. Zaril kuatkan iman kau Zaril!

Ubahkan Singa Buas ItuWhere stories live. Discover now