Bab ~ 38

4K 182 6
                                    

Aku mengambil keputusan untuk turun kedapur mencari makanan setelah kebosanan melanda diri . Nak di chat dengan Qila , dia ke sekolah . Haishh , bosan !

Perlahan-lahan aku melangkah sambil rambutku disanggul tinggi , rimas pula bila dilepaskan terus .

Aku memandang kearah ruang tamu sekilas . Nampaknya walid sedang menoton tv . Apa lah walid ni .

Didapur . Mata aku seperti mahu tertanggal . Amin ? Masak ? Like seriously . Cikgu hot kat sekolah memasak . Lagi satu point tentang Amin aku dapat .

Aku menghampiri Amin dan berdiri disebelahnya yang sedang mengacau sup daging ayam . Aku menghidu penuh nikmat . "Wanginya . Kau ke yang masak?"

Amin tersenyum bangga ." Amacam , handal tak aku ? "

"Eleh , betul ke kau yang masak? Macam kelentong je." Aku mengapai sudu didalam laci .

"Setakat suap ayam ni celah gigi jelah." Amboi bangga nampak . Tak apa mari sini aku rasa celah gigi tak celah gigi .

Bersedia untuk merasa . Baru aku mahu mencedok . Amin terlebih dahulu menampar tanganku . "Adoi ."

"Mencekek je kerja."

"Eleh , masin la tu kan . Cakap je kau tak pandai masak ."

"Baguslah." Jawab amin ancuh tak ancuh .

Aku melempar sudu ke dalam singki tanda marah . "Kedekut."

Aku duduk di atas kerusi pada meja makan yang berada didalam dapur . Lalu menongkat daguku tanda bosan jari-jariku bermain-main pada meja.

"Lapar la kerani." Rungutku.

Dan dengan rungutan itu juga kepala aku diketok dengan senduk . Tak guna punya cekadak . Aku tengah sakit ni . Aku pengsan karang mandi peluh kau nanti .

"Apa masalah kau ni !" Marahku.

"Kerani-kerani . Amin . Nama aku amin . "

'Eleh, kecoh . Ala selama ni aku panggil kerani tak ada pula tindak balas . ' aku mencebik . Nasib slow dia ketuk .

Kalau tidak . Aku sanggup beli piano yang mahal tu hempok atas kepala dia . Rimas !

"Makanlah." Mangkuk yang diisi sup diletakkan dihadapanku sudu juga turut tersedia.

Amin mengambil tempat dihadapanku . "Rasalah. Lepastu komen . "

Aku tidak menolak . Orang dah suruh rasa , kita tunggu lagi? Bedal lah .

Aku bau sup itu dahulu."bau dia A."

Amin tersenyum lega.

Aku mengambil sudu itu dan menyeduk sup itu , perlahan-lahan memasukkan kedalam mulut . Bagi amin gelisah sikit . Haha . Baik aku ni .

Sudah masuk kedalam mulut . Dan ... sedap gila weii . "Amacam,okey?"

"Sedap betul , macam makan kat kedai yang selalu walid belikan." Makin aku banyak aku merasanya . Ini bukan rasa lagi tahap mencekek dah .

Amin ketawa bangga .

Aku tersenyum kenyang . Sedap weii macam nak tambah je . Aku memaling kearah tong sampah disebelah ruang kosong disisi dapur kerja sekilas .

'Eh, bukan kosong ke tong sampah tu? Perasan malam semalam bonda dah buangkan . Plastik apa pula tu? Kejab sup kedai , amin ?' Amin menaikan kemarahan aku .

Kantoi la amin , kau bukan pandai masak pun . Tak apa aku akan kenakan kau balik . Haha . Aku senyum jahat .

----------------

"Shila-shila-shila... tunggu la aku." Qila mengejarku dari belakang .

"Awal kau datang?" Soalku setelah Qila sudah berada disebelahku.

"Kenapa kau tak datang semalam?"tanya Qila.

Baguskan Qila ni , soalan aku dijawab dengan soalan . Cerdik betul . Memang nak ke loji ni , biarkan berteman dengam cikgu kesayangan dia si Kerani tu .

"Sebab ni." Tudung disebelah kanan aku tarik sedikit menunjukkan luka pada dahiku .

"ouh , eh , kau tau tak cikgu Amin pun tak datang sekolah . Kenapa erk?"

"entah." Ancuh tak ancuh aku menjawab.

Mana taknya sakit hati juga la . Ingatkan nak cakap 'kau ni . Nasib tak teruk.' Atau apa sahaja kata-kata yang care pasal aku ini 'ouh' jee ? Serius , je ? Kejam kau .

"Bonda kau kan kawan mak dia . Takkan la kau tak tahu langsung . "

Aku henti melangkah lalu Aku menarik nafas . "cik syaqila . Apa kata kau tanya kerani tu sendiri kan senang."

"tanya saya apa?''

nah !! Hampir terkeluar jantung . Tetiba pula si tuan umpunya nama datang . Aku menjeling kearah Amin . "Kau ni." Buku teks sains dan matematik kepunyaan Qila aku ambil pada pegangannya lalu , memukul bahu amin sekali dengan kuat .

"Thanks . Nah ! " aku pulangkan kepada Qila.

"Kenapa kamu pukul saya? Buku tebal pula tu . " rungut Amin sambil menayang muka tak puas hati .

"Sebab kau biadab , biadab ."

"Cikgu tak apa-apa cikgu?" Wah, care betul Qila ni .

Amin mengganguk dan tersenyum." Saya okey . Shila ni pukul macam perempuan manalah nak rasa sakit.'' Katanya .

'Habis selama ni aku lelaki ke? Tak sakit konon , yang tangan tu dok usap tempat aku pukul tadi apa cer? Cover sado depan Qila la tu.' Aku tarik muka .

Kejab , aku tarik muka ? Aku dalam mood jeles ke ni ? Tak-tak . Aku menggelang kepala laju .

Amin dan Qila memandang ku ."kau kenapa shila aku tanya cikgu amin , kau yang geleng kenapa?" Soal Qila.

"Hah? Mana ada aku geleng. yeye je . Kau dah tanya dia ni belum?"

amin berdehem . "Cikgu amin."

"kau dah tanya cikgu amin belum?" Aku mengulang semula . Payah ada si kerani ni.

"Tanya saya apa?"terus amin mencelah.

"haaa , nasib kau ingatkan . Kenapa cikgu tak datang sekolah semalam?" Soal Qila.

"Bakal isteri saya sakit . Jadi saya jagakan dia semalam. " secara automatik aku memandangnya dengan wajah terkejut bakal isteri ?

Amin buat tak endah dengan pandangan aku dan hanya tersenyum memandang Qila . Qila pula seakan hancur harapan mendengar kata Amin.

"Cikgu dah nak kahwin ke?"

"Belum lagi . Cikgu cuma tunggu jawapan daripada dia . Sebab bakal isteri cikgu masih bersekolah."

"maksud cikgu?"

"dia sebaya dengan kamu berdua." Elok sahaja habih ayatnya itu Amin memandangku sambil mejongket kening kirinya .

Aku pula . Macam nak cukur je kening tu . Geram pula aku .

Aku menarik lengan Qila ."jom masuk kelas dah lambat !"

"Ehh , bye cikgu . Ada masa kita berbual lagi ." Laung Qila . Ish , budak ni .

"Jangan lupa kelas saya sebelum balik . Sharp shila . Jangan lambat ."

Itulah kata nasihat dan peringatannya kepada aku . Cehh , semak . Ini baru si kerani . Si pluto pula ? Apa pula kali ni .














bersambung - maafkan typo

isteriku gangster sekolahWhere stories live. Discover now