Oneshot

120 5 7
                                        

Aku dilahirkan dan menetap di Labuan, Malaysia. Bukan, Labuan bukan Sabah. Labuan adalah sebuah pulau yang berdekatan dengan Sabah. Wilayah Persekutuan Labuan. Mungkin tak ramai yang tahu sebab tak famous. Tak mengapalah. Ya, di sini ada internet dan tak, Labuan bukan kawasan pedalaman. Jalan raya ada, sekolah, semua ada.

Rumah aku terletak di tepi pantai. Bukannya betul betul tepi pantai lah. Antara rumah dan pantai tu ada macam ala ala hutan sikit. Semak samun. Tapi kalau jalan kaki dekat sahaja. 2 minit dah sampai. Tapi kena tebas semak dulu, baru boleh lalu. Rumah aku dikelilingi pagar untuk keselamatan. Kalau tak naya senang orang masuk rumah aku.

Ok sekarang dah dapat gambaran, aku mulakan cerita. Pendek ja sebenarnya.

Tahun 2009. Aku baru 9 tahun. Malam tu, ayah dan abang aku tak ada dekat rumah. Pergi masjid tak silap aku. Jadi tinggal lah aku, kakak aku dan mak dekat rumah. Masa tu waktu isyak. Mak aku dapat panggilan telefon. Dia jawab panggilan tu, muka dia berubah serius. "Hah?!" Mak aku separuh menjerit.

Aku dan kakak aku terus tertanya tanya. Tak tahu kenapa tapi aku sangka mungkin atuk aku dekat kampung meninggal. Mungkin sebab gaya mak aku terperanjat dan terkejut sama level kalau dengar berita tu.

Mak aku bagitahu kawan dia telefon, suami dia terjumpa mayat tergantung dekat belakang rumah aku.

............

Mak aku bagitahu, suami kawan dia pergi memancing dekat area pantai belakang rumah aku. Waktu malam ikan banyak keluar. Dia dan kawan kawan dia ternampak mayat tu dan telefon polis. Isteri dia call mak aku supaya tak terperanjat bila polis datang rumah. Polis dan bomba tak boleh lalu persisiran pantai sebab air pasang so diorang nak tak nak kena lalu ikut rumah aku.

Tak lama lepastu polis dan bomba datang. Bukan tu ja, beberapa orang yang dengar berita tu pun turut 'mencemar duli' nak tengok. Boleh tahan sesak lah rumah aku time tu. Dahlah waktu malam.

Seorang pakcik jiran aku berani nak turun pantai ikut sekali. Kami bagi pinjam lampu, kat luar gelap sangat masa tu. Tak lama lepastu nampaklah pihak diorang angkat mayat tu. Tapi kena tutup dengan kain, atau plastik hitam. Aku pun tak pasti. Gerun juga tengok.

Lagi best, mayat tu digantung guna tali yang memang sedia ada dekat pantai, aku dengan kakak abang biasa guna tali tu untuk main ala ala tarzan. Tali tu jenis yang tebal dan kuat. Maka ruined lah childhood kami adik beradik. Malam tu aku tidur dengan kakak aku sebab takut.

Mayat tu perempuan. Dengar dengar, orang filipina, tak pasti dibunuh atau bunuh diri. Esoknya ada juga dengar pengumuman dekat radio pasal kalau ada orang hilang, perempuan tu. Konklusi kes ni, kami sekeluarga pun tak tahu. Tak kena soal siasat polis, kami tak tahu apa apa.

So itu je lah yang aku nak cerita. Sejak kejadian tu lama juga lah kami sekeluarga tak turun pantai walaupun dekat ja. Rumah aku haunted ke tak lepas kejadian tu, Alhamdulillah tak ada benda sangat pun. Ok aku tarik balik, mungkin ada.

Terima kasih sebab baca.

Belakang RumahStories to obsess over. Discover now