Bab 2

10K 422 5
                                    

   Elia mencatat sesuatu dalam rekod penyewaan bilik-bilik di hotel tersebut. Kemudian dia mencapai kunci bilik yang tergantung pada barisan penyangkut di belakangnya.
"Ini dia kuncinya ya puan. Bilik nombor 24. Aras 2 sebelah kanan" ujar Elia mesra sambil menghulurkan kunci bilik.

Perempuan itu mengangguk dan berlalu bersama suaminya.

"Eh Elia! Bos nak jumpa kau sebelum kau balik" Joe menyampaikan amanah bosnya.

Lagi dua minit sebelum masa bekerjanya habis. Dia melangkah masuk ke dalam office Encik Haris. Dia mengentuk pintu terlebih dahulu. Hormat beb. Kalau tak memang kena buang koje dek terjah masuk camtu aje.

"Masukkk!" suara Encik Haris memberi izin untuk masuk ke dalam .

Pintu dikuak perlaha,kemudian dia menapak ke arah meja Encik Haris.

"Ada apa bos nak jumpa saya?" soal Elia sambil tangannya membaiki rambut pendeknya.

"Harini dah cukup dua minggu. So,ni gaji awak" ujar Encik Haris. Kalau pekerja-pekerjanya yang lain gaji akan dimasukkan ke dalam akaun bank. Tetapi tidak Elia. Di awal pekerjaan lagi,dia telah memberitahu siap-siap bahawa dia ingin gajinya dibayar dari tangan ke tangan.Dia juga ingin gajinya dibayar dua minggu sekali.

Elia mengangguk lantas tersenyum. Dapatlah dia membelikan barang dapur untuk ibu esok. Nasiblah sebelum arwah ayahnya meninggal. Arwah sudah menjelaskan duit sewa rumah dan bil-bil

" Terima kasih Encik Haris.Saya balik dulu ! " Elia meminta izin.

Encik Haris hanya mengangguk.

Elia melangkah keluar.Dia berlalu ke bilik persalinan untuk menukar baju dan mengambil segala barang yang di bawanya di locker pekerja. Kemudian, dia mencapai helmetnya dan memakai sambil menapak ke arah motosikal yang terparking elok dihadapan bangunan itu .Dengan lafaz bismillah dia memulakan perjalanannya. Tidak terus pulang. Dia ke bawah jambatan.Tempat yang paling menenangkan baginya. Tempat yang dipenuhi anak-anak muda yang bermain rollerblade. Motosikal ex5 bewarna birunya di parking tidak jauh dari gerai yang menjual belon. Dia berjalan kaki ke arah bangku yang tidak berpenghuni.Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya. Dia melepaskan keluhan berat. Keluar pagi-pagi balik malam. Penat tak terkata dan tak terluah. Tapi apakan daya,demi keluarga. Dengan angin yang bersepoi-sepoi bahasa malam itu, membawa Elia Norisha mengingati detik-detik arwah ayahnya masih ada.

'Ayah....Lepas ayah meninggal.Elia ambil tugas ayah. Dan sekarang Elia tahu macam mana ayah penat lelah cari duit untuk keluarga kita. Elia tak kuat ayah. Semua bergantung pada Elia. Elia perempuan. Ibu masih dalam keadaan sedih selepas kematian ayah. Fairus. Tak habis-habis minta duit dari Elia. Gaji Elia cukup-cukup makan ayah. Pagi hingga petang ,Elia kerja kedai makan.Malam Elia kerja jaga counter kat hotel.' desis hati Elia.Perlahan-lahan air mata jernihnya jatuh. Jarinya menyeka air kata yang sudah bercucuran gugur.

"Huh. Apani Elia! Nangis macam budak hingusan lah kau. Buat malu 7 keturunan. Cengeng betul!" kutuk Elia dengan diri sendiri.

Dia mengeluarkan gaji yang dibayar oleh kedua-dua orang bosnya hari ini.

200 ringgit duit bekerja di kedai makan ,campur duit gaji kerja hotel 720 ringgit.Semuanya 920. Cukuplah menampung mana-mana yang takde dekat dapur. Sekarang dengan ekonomi tengah gawat. Apalah sangat dengan nilai RM920 sekarang dengan duit RM920 dulu.

Dia kembali memasukkan duit-duit ke dalam poket seluarnya.Dia mengambil helmetnya di sebelah dan berlalu ke arah motor untuk pulang. Hampir tengah malam. Bimbang ibunya risau.

Pintu rumah dikuak perlahan.Kelihatan ibu sedang termenung di sofa sambil menongkat dagunya.

"Ibu?" panggil Elia perlahan.

"Dah balik?" soal Puan Wati.

Elia mengangguk. "ibu.Sampai bila ibu nak macam ni? Tuhan tak suka tahu? Ayah dah bahagia dekat alam baru dia.Kita yang masih hidup ni kena la teruskan hidup kita macam biasa ya bu."bahu ibunya ditepuk-tepuk.

Ibunya hanya tersenyum.

"Ibu.Esok Elia cuti tau kerja hotel.Kita keluar oke? Kita pergi beli barang dapur sikit-sikit" ujar Elia.

"Terima kasih Elia." umbun-umbun Elia di kucup lembut.

"Dah memang jadi tanggungjawab Elia dah bu." Elia menggosok tengkuknya yang berasa lenguh.

"Pergi la masuk bilik mandi,solat tidur" ujar Puan Wati.

Elia tersenyum.Badan kurus ibunya dipeluk erat.Penuh kasih sayang.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam bilik.Namanya di seru.

"Woi kak!" Fairus memanggil Elia.Tangannya masih ligat menaip sesuatu di telefon Lenovo miliknya.

"Pedia?" balas Elia malas dan sedikit dingin. Bukan apa, kalau dengan Si adiknya ini tiada yang heloknya. Selalu perkara yang menyakitkan hati je.

"Esok aku nak pergi Sekayu dengan kawan-kawan. Nak duit sikit.Support duit minyak." Fairus menghulur tangannya.

"Kau ingat aku tukang cop duit? Air terjun sekayu yang jauh tu,kau sanggup nak pergi.Kenapa kerja yang aku suruh kau cari dekat Kuala Lumpur ni kau tak sanggup? " Elia bercekak pinggang .Suaranya sudah naik seoktaf.

"Kau ni banyak songeh la!" bentak Fairus.Dia meluru ke arah ibunya.

"Bu! Duit sikit bu."

"Ibu takde duit Fairus.Kakak kamu baru je kasi ibu 50 ringgit minggu lepas.Tu pun dah nak habis. Ibu ingat nak bayar hutang Mak Minah dulu duit tu"lembut sahaja suara Puan Wati.

Fairus mendengus geram.Dia bangun dan berlalu masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik itu dihempas kuat menandakan protes.
Elia menggeleng kepala. Apa yang kurang hajo sangat.

Takdir CintaWhere stories live. Discover now