Bab 11 : Terperangkap

Start from the beginning
                                    

Adam mencuba menolong Am untuk meleraikan pautan yang menyakitkan Am itu. Semakin kuat Adam mencuba, semakin kuat pegangan Badi. Tangan Am sudah semakin pucat, seperti semakin kurang bekalan darah. Dan jeritan dia juga semakin kuat kerana menahan sakit.

Adam kalut. Begitu juga Aqish dan Syazlin yang melihat kiri dan kanan mereka iaitu Am yang menahan sakit dan Rohayu yang semakin pelik dan seperi di kawal oleh sesuatu.

Dengan menarik nafas sedalam-dalamnya, Am dapat mencapai semula kewarasan akal fikiranya walau dalam kesakitan. Dengan lafaz bismillah dan di ikuti dengan ayatul kursi yang dibaca dengan yakin menyerahkan segala ketentuan kepada Allah. Sehingga di pertengahan ayat tersebut, pegangan Badi semakin longgar dan hingga bait ayat terakhir, Am akhirnya dapat melepaskan tanganya.

Dengan spontan dia menjauhkan diri dari Badi. Keadaan tangannya yang dari lengan hingga ke jari juga sudah terasa kebas dan menyucuk-nyucuk seperti darah yang baru terlepas sekatan.

Semasa Am terkebelang berhampiran dengan rakanya yang lain iaitu Aqish dan Lin. Badanya dengan tidak sengaja, tertekan butang -5 tersebut.

Lift bergerak agak laju menurun ke tingkat bawah seperti roller coaster.. Badi dan Rohayu terhantuk akibat daripada kelajuan tersebut. Mereka terus terduduk pengsan.

Yang lain juga tidak keruan kerana kelajuan lift tersebut sehingga terhantuk-hantuk ke dinding lift. Dan akhirnya semua dari mereka terduduk.

Lift tersebut, semakin perlahan dan keadaan lift juga tidak lagi keadaan menegak. Sehingga membuatkan pintu yang sepatutnya berada sejajar dengan mereka kini berada di atas. Lift tersebut menjadi seperti terbaring.

Terbuka sahaja pintu lift tersebut. Kelihatan seperti cahaya yang terang menerangi ruangan lift. Mereka yang terduduk, berdiri dan mereka dapat melihat keadaan diluar lift.

Dinding yang serba putih. Terlihat seperti makmal rahsia yang penuh dengan teknologi canggih dan amat mustahil untuk dilihat pada masa kini.

Mereka cuba keluar dengan amat susah payah. Tinggikan keadaan pintu tu. Dengan sedaya upaya Am mencuba dulu..tapi masih tidak boleh. Andai Badi 'ok' pada ketika itu, pasti tidak susah untuk mereka keluar. Dengan ketinggian Badi itu.

Aqish, melihat keadaan sekeliling lift. Dan di tempat tekan number tersebut muncul butang pintu buka. Walaupon pintu telah ada di atas. Aqish cuba menekan butang tersebut. Dengan tidak semena-mena, pintu yangvdi atas mereka tertutup dan pintu mucul pintu di depan mereka. Amat tidak boleh di terima logik akal. Tapi dengan zaman serba moden ini. Tiada yang mustahil.

Terbuka sahaja pintu tersebut, mereka di sambut oleh orang berkot putih seperti orang makmal dengan tangan mereka memgang senjata yang hujung nya terdapat jarum yang tajam di acukan kepada Aqish dan yang lain.

Keadaan baju mereka yang putih tetapi tidak putih sepenuhnya kerana terdapat tompokan darah sedikit.

Ayu da Badi masih di paut oleh rakan-rakanya kerana mereka masih dalam keadaan separuh sedar.

Orang berkot makmal memakai mask mulut, memaksa mereka keluar.
Mereka dalam keadaan terpaksa keluar juga, kerana takutkan senjata yang di miliki oleh mereka. Senjata yang boleh melumpuhkan Gorila, tetapi memungkinkan untuk manusia hilang keupayaan seumur hidup.

Mereka dipaksa untuk berjalan terus dengan senjata di acukan di belakang memaksa mereka untuk terus berjalan.

Semasa di dalam perjalanan yang tidak tahu penghujungnya. Di kiri dan kanan mereka ada dinding kaca yang membolehkan mereka melihat keadaan di dalam dinding tersebut.

Di sebelah kiri.
Terlihat manusia dibaringkan dengan cara memaksa lalu di ikat pingang, kaki, dan tangannya. Lalu tanpa memberikan sebarang bius, terdapat orang memakai kot makmal membelah dada mangsa tanpa belas kasihan dan teragak-agak. Darah memancut keluar. Mangsa terus rebah. Lalu jantung dikeluarkan dan diletakkan di tempat khas.

Di sebalah kanan pula,
Mereka melihat mayat bergantungan seperti ampaian baju. Keadaan mayat yang terdapat kesan jahitan di bahagian dada, mata berlohong. Kosong dan kesan jahitan di kepala. Keadaan mayat yang terlihat seperti amat terasa terseksa setiap darinya. Sepertinya setiap organ dalaman mereka telah di angkut keluar.

Aqish, Lin, Am dan Adam yang melihat keadaan tersebut hampir mahu pengsan. Setiap dari mereka memikirkan yang setiap dari mereka pasti adalah mangsa yang seterusnya.

Sementara Rohayu dan Badi seperti berada di Alam lain.

*Alam keberadaan Rohayu dan Badi*

Rohayu dan Badi berada di suatu tempat yang tiada langit dan lantai. Yang kelihatan seperti dunia luas sahaja.

P/s:
Hi all.. Im back.. Sorry lama gile menghilang.  Im so busy..  Thanks pada yang lama mnunggu... Saya akan sebolehnya untk tamatkan cerita ini.  Lama gile tak menulis.  Rse dah hilang da idea. But i will try my best..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SixSenseWhere stories live. Discover now