Our Memory

268 23 0
                                        

Our Memory
Ep 2

Pertanyaan Suga masih belum lagi dijawab oleh Jimin. Suga yang penat menunggu jawapan Jimin itu terus bangun dari tempat duduknya dan menarik tangan Jimin berjalan menuju ke luar rumah.

Ahli² yang lain hanya memandang sahaja tindakan Suga itu kepada Jimin. Tiada apa yang boleh mereka lakukan.

Telefon bimbit Jimin diletakkan di tepi meja makan mereka.

"Hyung macam mana ni?"
tanya Jhope yang sedang lapar sambil memikirkan tentang keadaan Jungkook.

"Mana lah hyung tau...aduh kesiannya Jungkook. Macam mana kita semua boleh terlupa untuk ambil dia..."
keluh Jin kepada yang lain sambil menongkat dagunya.

Pandangan Jin kini dialihkan ke tempat lain.
Semua yang berada di situ menundukkan kepala kerana rasa bersalah sangat kepada Jungkook.

******

"Hyung kenapa hyung bawa Chim pergi luar ni?"
soal Jimin yang kehairanan dengan tindakan Suga yang tiba-tiba sahaja menariknya berjalan
keluar dari rumah.

"Huh........"
nafas Suga dihembus kuat. Mata Suga memandang tajam ke arah Jimin.

Jimin yang berada di hadapan Suga terus mengalihkan pandangannya.

"Hyung ni dah kenapa..."
kata isi hati Jimin. Jantungnya berdegup begitu kencang apabila Suga memandangnya sebegitu sekali.

Tangan Jimin masih belum dilepaskan oleh Suga malah lagi erat dipegang sehingga Jimin tidak tahan untuk menahan kesakitan itu.

"Hyung tolong lepaskan tangan saya boleh?....s..sakitlah hyung.."
rayu Jimin sambil mengelipkan matanya berkali-kali.

Angin bertiup sayu di luar rumah. Malam pada waktu itu amat sunyi hanya tiang lampu di tepi jalan sahaja menerangi jalan yang ada disitu.

Pergelangan tangan Jimin mulai berpeluh.

Suga yang memegang tangan Jimin dengan erat itu terus melepaskan tangan Jimin. Bahu Jimin dipegang oleh Suga.

"Boleh tak Chim ikut hyung pergi ke taman?"
tanya Suga kepada Jimin.

"Boleh...tak ...ada masalah..hehe.." jawab Jimin tergagap.
Tangannya kini ditaril semula oleh Suga dan berjalan menuju ke taman dengan berjalan kaki.

******

"Baiklah kita dah sampai..."
kata pemandu teksi kepada Jungkook.

Jungkook yang tertidur di dalam teksi itu segera bangun dan membayar bayaran tambang teksi itu.

Mata Jungkook dikelip berkali-kali supaya Jungkook dapat melihat dengan elok. Kakinya berjalan menuju ke pintu utama rumah.

TUKK TUKK TUKK!

Pintu utama diketuk. Jin yang mendengar ketukan pintu itu segera membuka pintu tersebut.

Our Memory [SLOW UPDATE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora