Bab 7

1.9K 148 9
                                    

Wah!! Cantiknya rumah. Ji hyo akhirnya sampai ke rumah sehun. Dia ingin masuk ke sebuah taman di mana perkahwinan noona sehun diadakan sebelum ternampak exo. Ji hyo berjalan ke arah exo.

"Annyeonghaseyeo!" Ji hyo menunduk. Exo membalas sapaan ji hyo tetapi selapas itu suasama jadi senyap. Ji hyo terasa kerdil apabila semua mata memandangnya.

"Apa kata kalau dia..." tiba-tiba seorang wanita yang berbaju pengantin bercakap tapi kemudian terhenti. Ji hyo rasa bahawa wanita itu merupakan pengantinnya pada hari ini. Tapi kenapa comot makeup nya? Bukan ke sepatutnya sekarang ni dah mula majlis?

Exo yang faham situasi tersebut menarik ji hyo agar rapat sedikit untuk berbincang. "Noona! Noona kena kahwin dengan sehun!" Chanyeol tiba-tiba bersuara. Ji hyo kebingungan. "Tapi...ni kan majlis akak sehun?" Tanya ji hyo.

"Tu nanti saya terangkan. Sekarang ni awak tolong kitorang eh. Kahwin dengan sehun" kata seorang wanita yang lebih berumur, mungkin mrs. Oh. Kemudian mrs. Oh menarik tangan ji hyo ke sebuah bilik persalinan.

Sebelum mengikuti langkah mrs. Oh, seohun sempat menyuruh exo menolong mereka. "Turunkan banner tu" seohun menunjuk ke arah banner yang tergantung di pintu masuk. "Dekat board tu, tanggalkan 'o' dan...err...sapa nama perempuan tu?" Tanya seohun.

"Ji hyo" jawab mereka serentak. "Hah! 'O' tu letak dekat 'Ji hyuk'. 'U' dengan 'k' tu turunkan" kata seohun kemudian berlari ke arah mrs. Oh.

"Ok sekarang ni chanyeol, kai, lay, kau pergi turunkan banner. Baekhyun, chen, xiumin, korang perdi uruskan board tu. Aku dengan D.O tolong Sehun" suho selaku ketua memberikan arahan. Dalam sekelip mata mereka melakukan tugas masing-masing.

Suho mengambil sebuah bangku dan sehun duduk di atasnya. D.O menggayakan rambut manakala suho makeup kan sehun. Kemudian suho menyemburkan minyak wangi ke leher sehun. Kotnya dikemaskan sedikit dan terhasillah sehun si pengantin instant.

"Suho! Suruh sehun ke depan!" Laung seohun dari belakang. Suho mengangguk dan sehun kini berada di atas pentas.

"Ahjumma, siapa nak bawak saya ke depan?" Tanya ji hyo. Ayahnya sekarang ni tiada bersamanya. "Biar kitorang bawak noona" jawab suho yang kini berada di belakang ji hyo. Ahli exo mengangguk. Ji hyo tertunduk. Memanglah sepatutnya sekarang ni dia berasa gembira sebab dia akan menamatkan zaman bujangnya dan berjaya menyahut cabaran heechul. Tapi, benda ni sangatlah tak terduga. Dia juga nak mengalah seperti yang dicakapkan. Dan paling menghibakan, keluarganya tiada untuk menyaksikan perkahwinannya.

"Noona, jom" suho sudah bersedia mengiringi ji hyo ke pentas. Suho, lay, xiumin dan chen mengiringi ji hyo manakala kai, chanyeol dan baekhyun di atas pentas bersama sehun.

Paderi yang bertugas (boleh lah) telah pun diberitahu mengenai pertukaran pengantin tersebut.

Tetamu yang menghadiri majlis tersebut tidak ramai. Hanya sekitar 15 orang. Rata-rata semuanya keluarga sehun.

Sehun berasa gementar sehingga tak dapat berdiri dengan diam. Chanyeol pula buat muka steady manakala kai merapati sehun. Dia mengusap badan sehun meredakan gemuruh pengantin instant tersebut.

Sewaktu kemasukan ji hyo, ramai yang terpesona dengan kecantikannya. Walaupun hanya bersiap dalam masa 10 minit dan menggayakan baju yang pernah digayakan oleh seohun tadi ji hyo nampak mempersonakan.

Suho menyerahkan ji hyo kepada sehun. Sehun membantu ji hyo naik ke atas pentas. Majlis dimulakan.

"Oh sehun, sudikah kamu mengambil song ji hyo menjadi suri hati kamu?" Tanya paderi itu. Sehun menoleh ke arah seohun. Seohun seperti mengharap sehun berkata ya. Dan sehun menjawab"nae".

"Song ji hyo, sudikah kamu menjaga oh sehun seumur hidup kamu" ji hyo tertunduk. Dia mengambil nafas panjang sebelum menjawab "nae"

"You may now kiss your bride" ji hyo dan sehun mengikut ayat paderi itu. Sehun melepaskan nafas berat terlebih dahulu. Ji hyo hanya steady. Mungkin sebab dia pernah melakonkan aksi sebegini. Tapi itu lakonan dan yang ini adalah real.

Sehun menunduk sedikit dan dalam masa setengah saat, bibir sehun menyentuh pipi ji hyo. Dan dalam masa setengah saat itu jugalah berbagai perasaan bercampur aduk dalam diri kedua pengantin itu.

"Bro, apesal pipi?" Chanyeol menepuk bahu sehun yang sedang duduk di buaian. Ketika itu majlis telah pun berakhir dan tetamu sedang menjamu selera. "Entah, tak pernah dibuat orang kiss pipi" sahut baekhyun di belakang. Muka sehun mula merona.

"Sepatutnya kau kiss lah lips dia. Baru tahu yang kau tu good or bad kisser" sambung chanyeol tak sudah dengan good kisser bad kisser dia tu. Diorang tak tahu yang tadi itu adalah kiss pertama dia. Kenyataan macam perempuan tapi itulah hakikatnya.

"No way!" Tiba-tiba kai menyampuk. Semua melihat kai pelik. "First kiss ke sehun??" Tanya kai double smirk. Muka sehun merah 2 kali ganda. Sehun hanya diam. Tahulah kawan-kawannya bahawa yang tadi tu adalah first kiss sehun.

"Korang ni! Bukannya nak tenangkan hati aku. Makin menyakitkan hati adalah!" Rungut sehun dengan muka memuncung. "Alamak wey! Hati kau tak tenang ke? Dah jatuh cinta ke?" Gurau chen. Sehun membalas dengan jelingan.

"Dah lah. Baik korang berambus sana! Menyakitkan hati betullah!" Marah sehun sambil menolak suho dan menendang kai di sebelahnya. Tapi mereka tak mengendahkannya.

"Caya lah lu bro. Selamat pengantin baru!" Usik baekhyun.

[C] Antara 2 UmurWhere stories live. Discover now