🍃Cinta ?

2.4K 179 4
                                    

3

DI RUMAH

"Minjae sshi~", panggil Minho.

"Hurm..", sahut Minjae acuh tak acuh sambil menonton televisyen. Sedari tadi tangannya tak lepas dari memasukan jajan ke mulut sedang mata langsung tak melirik dari TV.

"Jungkook dan V tu siapa sebenarnya?" Minho ingin tahu.

"Lah! Kan Minjae dah cakap dorang tu  ahli-ahli BTS!" Balas Minjae agak geram. Sudah berapa puluh kali dia bercerita tentang mereka kepada oppanya tetapi oppanya masoh bertanya. Nampak sangat tak dengar dia cerita selama ni.

"Yelah! Tapi kenapa oppa nampak dia macam suka dekat saeng?" Soal Minho. Curiga.

"Kitorang kan kawan baik, takkanlah nak benci-membenci!"

"Bukanlah! Masuk oppa, suka macam cinta!" Jawab Minho.

Minjae mula menumpukan fokusnya kepada oppanya.

"Cinta? Apa pula tu? Hey! Tak fahamlah bahasa-bahasa manusia bumi ni!" Soal Minjae.

"Alah! Cinta tu macam........."

Tiga minit kemudian.

"Dia bagai........."

Setengah jam berikutnya.

"Entahlah! Oppa pun tak faham!" Akhirnya Minho mengalah.

DASH!

Minjae menghempuk kepala oppanya dengan kusyen. Walaupun lembut namun sengal gak ar rasa.

"Aduh!" Minho mengaduh.

"Tu makan dia!" Minjae berdelah ketawa melihat wajah kelat oppanya.

"Nak sangat acah bijak bila orang tanya pasal cinta. Padahal satu habuk pun tak tahu. Wek! Baik Minjae tanya Jungkook guna telefon!" Ujar Minjae. Tangannya menyeluk poket dan mengeluarkan sesuatu berbentuk segi empat tepat dan keras berwarna ala-ala silver.

"SAM...SUNG..SAMSUNG?" Minho cuba membaca seperkataan yang tentera di atas skrin 'bende' itu.

"Apa bendanya ni?" Soal Minho. Dia membelek telefon tersebut. Menggoncang dan melem..

"OPPA! Janganlah lempar.. pecah nanti. Terburai isi dia." Marah Minjae cuba menyelamatkan harta kawan baiknya itu.

"Minjae rembat yang siapa?" Soal Minho. Dasar mulut takde insurans.

"Apa barang nak rembat! Macam ni cerita dia.."

FLASHBACK

"Minjae! Malam ni call saya, ok!" Pinta Jungkook.

Minjae mengangguk sambil tersenyum.

"Jungkook! Call tu apa?" Soal Minjae.

Erk?! -_-

"Awak ni, call pun tak tahu.. awak ada telefon?" Jungkook mengangkat kening.

Minjae menggeleng.

"Kejap!" Jungkook mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Nah! Ambil telefon saya ni."

"Macam mana nak call?" Soal Minjae setelah telefon bertukar tangan.

"Okey! Macam ni. Nanti bila keluar bunyi, awak tekan skrin yang warna hijau." Terang Jungkook.

"Okey chingu-yaaaaa." Minjae menaikkan ibu jarinya.

"Good girl!" Jungkook menggosok kepala Minjae.

END FLASHBACK

"Oooo..." , respon Minho. Dia sebenarnya langsung tak faham tapi takpelah! Malas dia nak faham dengan kehidupan manusia yang terlalu complicated ni.

"Dan, malam ni kookie kata nak call atau..."

I'll your man..(btob lirik)

Minjae pun mengikut arahan yang diajar oleh Jungkook.

"Anneyongsaheor?!" Sapa Jungkook dalam talian.

"Wah! Kookie?? Macam mana awak boleh masuk dalam telefon ni?!" Minjae mengoncang telefon. Cemas.

"Aniya! Minjae shhi~ awak tengah buat apa tu? Saya ingat nak ajak awak keluar." Soal Jungkook.

"Ooo..okey! Ermmm... saya tak buat apa-apa penting pun! Boleh, tapi biar sayalah datang rumah awak." Balas Minjae.

"Alright! Bye, Minjae.." Jungkook memutuskan talian.

"Oppa! Minjae keluar dulu dengan Kookie , ya!"

"Pergi mana?" Minho menyoal.

"Tak tahu!"

"Okeylah takpe! Tapi balik sebelum jam 12 malam tau! Nanti sumpahan tu datang balik pulak!

Minjae mengangguk faham.

DI RESTORAN

Asyik mereka menikmati makan malam. Tiba-tiba sesuatu mula melintas difikiran Minjae.

"Kookie~" , panggil Minjae.

"Hurmm..", sahut Jungkook masih khusyuk dengan lamb chop-nya.

"Cinta tu apa?" Soal Minjae.

"Koh..koh..koh..", Jungkook tersedak. Tangan pantas menerpa segelas air.

"Kenapa ni?!" Minjae cemas.

"Kookie okeylah." Balas Jungkook apabila wajah Minjae kelihatan risau.

"Cinta ni satu perasaan. Contohnya macam seorang ibu kepada anaknya. Kalau bukan sebab CINTA, ibu tu takkan punya rela bersakit-sakit nak lahirkan anak dia." Terang Jungkook.

Minjae mengangguk. Sedikit faham.

"Selain itu, Cinta tu macam perasaan seseorang. Contoh, perasaan seorang lelaki yang terlalu sayangkan seorang perempuan. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk tengok perempuan tu bahagia." Terangnya lebih lanjut.

"Kahwin pula?" Soal Minjae. Ya! Dia pernah mendengar perkataan itu di TV.

"Yelah! Dia pun berkaitan. Kalau sepasang lelaki dan perempuan berkahwin dengan adanya rasa cinta mereka mungkin akan bahagia. Namun sebaliknya, kalau mereka kahwin tanpa cinta mungkin juga mereka akan jatuh cinta selepas kahwin."

"Ooo.. macam ayahda dan bonda saya!" Minjae mula faham.

"Yay! Dan macam saya yang cinta awak!" Luah Jungkook

"Hah?!"

Jungkook tersenyum sendiri lalu kembali menyantap makanan sedang Minjae masih melopong. Tarak faham!

*
*
*
*
*

Slide >>>

MY PRINCESS +BTSWhere stories live. Discover now