"Ferris, you dengar tak?"

"Ya, I tak pekak lagilah."

"You duduk sini 3 minggu ya?"

"Ermm..."

"Yay! Thanks, sayang!" Dia cium pipi aku. Aku segera mengesat kesan ciuman tu. Geli!

"I nampak Ryn dengan Farhan macam rapat je. Diorang ada apa-apa ke?" Soal Jasmine dengan soalan yang sangat mengejutkan aku.

"What do you mean?"

"Hari tu I nampak Ryn jalan berdua dengan Farhan. I rasa tu memang Farhan. Bukan you."

Aku tak tahu sama ada nak percayakan Jasmine atau tidak. Betul ke? Teringat pula peristiwa Farhan pegang tangan Eryna dekat pejabat hari tu. Tak akanlah diorang ada buat apa-apa dekat belakang aku?

"Oh. Hari tu pun I ada nampak you keluar dengan Haris. Siap berpeluk bagai lagi. Nak I tunjuk gambar?" Aku tersenyum sinis. Kalau kau ingat kau boleh burukkan Eryna, kau silaplah. Jasmine terkejut. Kepalanya dari bahu aku terus diangkat.

"You silap oranglah. M-Mana ada!"

Aku mencebik lalu terus bangun masuk ke bilik. Panas duduk lama-lama dekat sini!

"You ingat tau janji kita! I minta tak banyak pun!" Sempat lagi Jasmine berkata. Aku terus tutup pintu bilik.

--------

Flashback*

"Kahwin dengan Eryna."

"No way, dad! I don't even know her!" Dad yang sedang duduk memandang tingkap itu dipandang dengan pandangan yang sukar dipercayai.

"Dia sepupu Reez! Adik Del!"

"Sepupu angkat je kan? Yang dad bersungguh sangat nak Reez kahwin dengan dia kenapa?" Aku cuba membantah.

"Kalau tak Reez tak akan dapat jawatan CEO dan saham syarikat dad. Dad tak kisah kalau nak bagi semua tu dekat Farhan." Dad mula mengugut.

"It's not fair! Kenapa tak suruh Farhan je yang kahwin dengan Eryna?"

"Farhan tu, campak tepi laut pun dia boleh survive. Lainlah Reez. Duduk rumah menghabiskan harta dad je. Ingat dad tak tahu apa Reez buat dekat luar sana? Berjoli sana sini! And sebab tu lah dad nak Reez yang kahwin dengan Eryna. Dad nak Reez tahu apa itu erti tanggungjawab!"

-----------

"Please! You tak ada kena mengena pun dengan hal I!"

"Oh really? You nak I beritahu Eryna apa sebenarnya tujuan you kahwin dengan dia?" Jasmine berkata dengan suara mencabar.

"Apa you nak sebenarnya?" Aku mengalah.

"I nak 30% saham yang you dapat lepas dilantik menjadi CEO nanti." Aku pandang dia dengan pandangan tajam. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah!

"You memang perempuan kaki kikis harta orang kan?" 30% tu dia ingat tak banyak ke?!

"I tak kisah you nak panggil I apa. You setuju dan secret you akan I jaga."

"Fine! Perkahwinan kita akan berakhir lepas you dapat apa yang you nak! Jangan you melutut depan I sudah!"

End of flashback
-------

Nombor Eryna didail. Baru dua kali berdering, panggilan berjawab.

"Assalamualaikum." Sapaku.

"Waalaikumussalam."

"Dah tidur ke?"

"Kalau saya dah tidur, tak adanya saya nak angkat telefon. Lagipun, baru pukul 9 malam." Aku tergelak kecil. Tahu. Saja tanya.

"Ibu mengandung kenalah tidur awal. Baik untuk kesihatan ibu dan baby."

"Abang! Dah teringin nak ada anak sangat ke?" Eryna menyindir.

"Boleh je kalau Ryn dah bersedia."

Aku tak menjawab.

"Abang gurau jelah."

"Mana gambar?" Eryna mengubah topik.

"Gambar apa?" Dahi aku berkerut.

"Gambar abang dengan Fayyad lah!"

"Oh... Sorry Ryn. Abang lupalah. Fayyad dah tidur." Aku menepuk dahi. Serius lupa!

"Tulah...minum air semut lagi!" Aku gelak.

"Abang ada something nak beritahu."

"Apa dia?"

"Abang duduk rumah Jasmine 3 minggu."

"Oh. Have fun." Suara Eryna menjadi kendur. Tak seceria tadi.

"Tapi hujung minggu depan abang balik sekejap."

"Suka hati abanglah. Abang, ada orang datang rumahlah. Ryn letak dulu. Assalamualaikum. Good night!"

"Waalaikumussalam..." Panggilan dimatikan. Sorry Ryn...

----------

*Kesian Ryn kena tinggal
Keep reading, commenting and voting

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now