Chapter 19 : Arahan Boss

14K 782 10
                                    

"Lea bangun! Dah lambat ni. Haih matilah boss kita mengamuk!" Reena menggoncang badan Lea yang masih lena.

"Yee aku bangun. Pukul berapa?" Lea menggosokkan matanya. Matanya dibuka perlahan.

"Pukul 7.45! Cepat!" Reena mencampak tuala ke muka Lea.

Bagai lipas kudung Lea bersiap. Rambutnya dikeringkan dengan hair dryer secepat mungkin. Lipstik dicalit sedikit. Perfume disembur.

Kelajuan kereta meningkat. Reena berulangkali menjerit. Lea terkejar-kejar. Traffic jam menyukarkan kereta mereka bergerak.

"Mana Lea? Once dia dah sampai please suruh dia masuk bilik saya."

Pekerja harapan apa datang lambat?! Siap kau.

"Sorry boss! Saya sampai on time kan? Tengok jam saya, 8.00 pagi tepat." Lea menunjukkan jam Fossilnya.

"Pukul 8 awak cakap?! Tengok jam saya, 8.01 minit. Lambat satu minit. Ape ni?! I dont understand why papa really count on you. Awak pakai susuk ke?" Tanya Naufal.

"Astagfirullahalzim Encik Boss! Dosa pakai susuk Encik Boss. Dato percayakan saya sebab saya kerja bagus." Lea menjawab selamba.

"Kerja bagus? Dah. Saya nak awak ambil baju saya di butik Felicia. Saya nak pakai dinner dengan client malam ni. Saya nak awak ikut saya sekali. Fullstop. Jangan cakap banyak. Buat sekarang!"

"Alaa boss? Kena ikut ke? Saya nak balik rumah ibu sayalah."

"No excuses."

Lea mencebik. Geramnya dia menahan marah kepada Naufal. Bukan sepatutnya aku ke yang buli dia? Dia sakitkan hati aku.

"Nak pergi mana ni?"

"Nak pergi ambil baju boss lah. Boss nyanyuk ye?"

Naufal merenung tajam ke arah Lea. Seumur hidupnya tak pernah berjumpa dengan gadis yang suka permainkannya apatah lagi dia sebagai boss besar.

"Saya nak ikut. Awak drive."

"Tapi saya bukan driver boss...."

"Jangan degil! Cepat."

Baju yang Naufal tempah diambil oleh Lea. Naufal kembali menyuruhnya mengikut masuk ke dalam butik baju perempuan.

"Boss nak beli baju untuk isteri boss eh?"

"Awak pilih baju yang awak suka. Saya taknak malu depan client kalau awak pakai baju buruk."

"Yang ni okay boss?" Lea menunjukkan dress hitam.

"Kita nak pergi dinner di hotel. Bukan nak berkabung." Naufal menolak pilihan Lea.

"Kalau yang ini okay tak boss?" Lea kembali menunjukkan lagi dress berwarna putih.

"Lea please. Saya takde masa nak bergurau. Warna putih teruk tahu tak. Nah ambil warna biru ni. Saya bayar." Naufal menghulurkan dress biru kepada Lea.

Lea membimbit baju boss yang agak berat. Disebelah tangannya lagi ada beg berisi dress barunya. Lea mendapat akal.

"Boss tolong. Tangan saya terseliuh. Auuuhh sakit..."

"Hish apa lagi? Baru bawak barang macam ini dah terseliuh. Dahlah sini saya bawak. Menyusahkan."

"Hee terima kasih boss yang 'baik'."

Lea ketawa mengekek melihat Naufal bagai kuli membawa semua barang tadi. Mahu saja ditipu. Padan muka.

"Awak nak call siapa?"

GEMUK fabulous!Where stories live. Discover now