BAB 10

749 75 6
                                    

"Ji!Aku tau ko rase bersalah bunuh makcik tu sebab die belum jadi zombie.Kau rasa macam kau bunuh manusia kan?Tapi apa yang ko buat tu betul.Kalau aku pun aku akan buat benda yang sama.Kalau kau kena gigit zombie pun aku akan bunuh ko sebelum ko bunuh aku," kata Lala tegas.Eh budak ni?

"Ko cari peluang nak bunuh aku ke ape hanat?" mata aku memberi pandangan 'Kau Nak Mampus Ke?'.Lala tergelak.

"Saja je lah.Kalau ko jadi zombie sekalipun aku takkan bunuh kau.Biar aku sekali jadi zombie dengan kau.Kita buru manusia sama-sama.Gigit otak dorang.Asyik makan Mekdi je kan bosan.Aku nak try makan orang pulak," tergelak aku mendengar statement bodoh adik aku.

Tapi aku tahu dalam gurauan dia terselit kejujuran.Sesetan mana pun kami tapi kasih sayang antara kami adik beradik memang win.Ibarat Batman dan Robin tapi kami dua-dua Batman sebab dua-dua perangai macam babi acah-acah nak watak hero je.Kimak!

"Saya mintak maaf sangat sebab lambat berhenti.Saya takut kalau berhenti sembarangan ada zombie di keliling kita.Saya kena check dulu," Zaidy memohon maaf.

"Sokay.Im fine now.Saya faham kita dalam situasi membunuh atau dibunuh kan?" hambar senyuman aku.Ya!Itu hakikat kami sekarang.Kalau kami tak membunuh kami akan dibunuh.Lala dan Zaidy mengangguk setuju.Keadaan darurat membataskan pilihan kami.

"Kita ada peluang nak hidup ke?" soalku.Zaidy diam.

"Jujur," kataku tegas.

"Selagi awak dengan saya.Saya akan lindungi awak," balas Zaidy dengan ayat-ayat bergula yang mampu mebuatkan kaki aku dipotong akibat kencing manis.

"Jiji je.Aku takde?" potong Lala.Cis bedebah betul lah dia ni.Selalu rosakkan suasana.Zaidy tersengih sumbing.

"Sekali la," jawabnya.

"Aku pasti kita akan hidup.Aku takkan mengalah hingga ke titisan darah terakhir.Akan kucari penawar bagi mengubati penyakit ini.Takkan Melayu hilang di dunia!" aku berhujah seolah-olah sedang bertanding dalam Pilihan Raya Umum zon Manik Urai.Dengan gaya seperti memberi manifesto janji-janji dicapati yang biasa kita dengarkan di tv setiap kali musim mengundi berlangsung.Aku yakin kalau aku bertanding pasti Abang Jibby terketar-ketar mengundur diri dari jawatan PM dan dia beralih kepada AM.Akak Rossy pun akan menggadaikan cincin berlian hasil dari simpanan di tabung badak sejak kecil apabila mendengar kata-kata aku.Ahh sudah terlalu jauh aku berangan.Sampah sungguh perangai aku ni..Hahaha.

Aku kembali ke dunia nyata.Cerita PRU tu aku tolak tepi dulu.Zaidy memandang aku dengan muka pelik.Habislah peluang aku nak usha dia.Sah dia ingat aku ni gila babi.

"Semangat betul ye awak ni?" dia tersengih macam beruk gila.Aku tersiput-siput di situ..Hawau betul lah.

"Tolong jangan buat aku macam tunggul kayu kering boleh tak?" sekali lagi Lala membunuh suasana romantis kelemantis itu.Baru sekarang aku percayakan kata-kata ustaz aku.Kalau lelaki dan perempuan duduk berduaan pasti muncul orang ketiga iaitu syaitan.Ya.Lala ialah syaitan itu.

Skrettttt....Trak berhenti mendadak.Damn!Not again...

INFEKSI JEREBUWhere stories live. Discover now