Aku hanya tersenyum. Apalah budak ni. Gelabah semacam. Bukannya aku bercerai pun, putus jehhh!

Aku letak handphoneku ditepi bantal dan tidur. Esok nak gerak awal. Huarghhhhh!!!

●□●□●□●□●□●□●□●□●□●□●□●□●□●□●

"Adik pergi dulu ye ma, pa, akak." Ujarku sambil menyalami mereka. Aku menuju ke kereta dan melambai ke arah mereka.

Abang aku pagi-pagi dia dah bla pergi UK. Siapa suruh amik flight awal-awal? Herghh!! Apa abang aku buat kat UK?? Of course la belajar. Dia amik bidang kedoktoran. Aku tak, aku belajar kat Negara Almiano(ciptaan) ni je. Aku tak pandai sangat. Eh, panjang pulak aku membebel.

Aku menghidupkan kereta Axia. Bermulalah perjalanan ke Serime!!
Vromm!!

()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()

Setiba je aku dekat rumah sewa aku,Dina and Farah aku kemaslah rumah tu. Dah macam tongkang pecah aku tengok. Baru 2 hari aku tinggalkan.

Ambik masa setengah je nak kemas. Tak delah bersepah sangat rumah ni. Aku merebahkan punggungku di sofa. Penat you know!

"Assalamualaikum Puteti Syafiera Al-Mizza." Aku memandang kearah orang yang menyebut nama penuhku. Oh, Dina and Farah.

"Waalaikumsalam. Hah, korang pergi mana? Dahlah tinggalkan rumah dengan keadaan bersepah. Kita ni anak dara, bukan bujang. Kalau tak reti kemas rumah macam mana nak kahwin hah?!" Ahh, aku ni kalau bab kebersihan aku amik berat sikit. Huhu..

"Ala Fir, kitorang bukan taknak kemas just kitorang sibuk sikit. Kan Dina?" Farah memberi alasan. Mereka memelukku.

"Sorrylah. Kitorang janji lepas kitorang tak buat dah." Kata Dina. Farah mengangguk. "Hem, yelah. Janji!" Aku merenung mereka.

"Dah siap-siap cepat. Nak dekat pukul 10. Kang tak pasal-pasal prof Kiran mengamuk kita datang lambat!" Arahku. Mereka hanya mengangguk. Kami mendaki tangga.

Aku hanya memakai t-shirt dan skimny jeans. Rambut aku yang panjang paras bawah bahu aku lepaskan. Aku memakai skarf.

Selesai sahaja bersiap kami menaiki keretaku untuk menuju ke Kolej Serime High. Kolej yang berprestij tinggi. Ramai yang cakap aku ni masuk sini sebab dapat biasiswa dan aku mengiyakan. Mereka tak tahu lagi siapa aku. Huh!

Aku melangkah masuk ke kelas. Kelihatan ramai juga yang dah sampai. Kami mengambil tempat didepan. Iyalah, orang tua-tua cakap lagi dekat kita dengan cikgu lagi senang ilmu nak masuk.

Aku mengeluarkan handphone samsung young milikku. Kalau tadi korang tahu aku pakai iphone6, mesti korang tertanya-tanya kenapa aku pakai samsung y kan??

Adalah... Tiba-tiba samsung young aku dirampas oleh orang yang tak bertamadun. Aku memandang kearah orang itu. Aku renung je dia.

"Kau pahal nak tengok aku cantu?? Dasar budak miskin! Orang sekarang pakai iphone, asus, samsung mega or whatsoever tapi kau pakai samsung cabuk ni. Aishhh, miskin gila kau! Kesian. Nanti aku minta derma untuk kau ye!" Suara lelaki itu memenuhi dewan kuliahku.

Ramai orang yang memandangku dengan senyuman sinis. Nasib minggu ni minggu akhir aku. Kalau tak siap kau aku kerjakan! Aku mencapai handphoneku ditangannya. Tapi dia tinggi sangat. Lepas tu, dia bagi handphone aku dekat awek dia. Then, korang tahu ape awek dye buat??

Prang!!

Dia campak handphone aku. Semua orang ketawa. Aku cuba nak sabar. Mereka berlalu dari situ. "Ehh, korang kelas batal!!" Jerit Hafiz salah seorang rakan sekuliahku.

Semua bersorak. Aku menundukkan badanku mengambil handphone aku yang sudah berderai.

Aku just ambil sim kad dan memori kad aku. Handphone tu aku buang dalam tong sampah. Ramai yang terkejut. Oh, korang fikir aku nak menangis melalak telolong pastu aku pergi kedai pastu nak betolkan? Oh, please. Aku tersenyum sinis.

Dina dan Farah pon join sekaki tersenyum sinis kearah budak-budak. Hanya mereka yang kenal aku siapa.

"Babe sabar gila kau tadi. First time kot aku tengok kau sabar camtu. Selama ni kalau ada orang kacau kau mesti kau ngamuk! Haha" Ujar Farah. Aku hanya tersenyum.

Aku menuju ke kafe. Aku membeli air milo ais dan nasi goreng dan aku ingin menuju kemeja tempat Farah dan Dina duduk tapi orang yang sama cari pasal dengan aku. Dia sadung aku. Mestilah korang tahu apa jadikan? Air aku tumpah, nasi aku bersepah dan paling teruk aku tersembam ke lantai. Apalagi semua orang dalam kantin tu penuh dengan gelak tawa la.

Aku bangun. Aku menuju kearah orang yang sadung aku tu. "Heh Arman, kau tak puas lagi ke kacau aku? Dah ade yang baru tu dahlah. Apa masalah kau nak kacau aku hah? Kau nak malukan aku?" Soalku padanya dengan nada geram. Aku tenung je dia.

Dengan muka selamba dia berdiri. Dia pandang aku." Aku memang sengaja nak malukan kau. Iyalah, kaukan orang miskin mana ada maruah. So apa sal........" Tanpa dia sempat habiskan ayat, ada manusia yang tampar dia. Tapi bukan aku.

Aku menoleh kearah orang yang tampar Arman. Wow, anak raja merangkap bakal raja di negara Almiano. "Awak sedar tak awak menghina siapa? Dia manusia, ada hati dan perasaan. Saya ni lagi kaya dari awak, tapi saya tak pernah menghina orang!! Hormat dia atau awak akan menyesal!" Putera Syafiq Al-Amin berlalu pergi. Wow, daebak! Arman dah berlalu pergi dah dengan makwe dia. Mesti dia malu.

Aku berlalu pergi. Aku nak pergi bilik dekan. Dina dan Farah hanya mengikuti langkahku. Sesampai sahaja dibilik dekan aku terus berbincang dengan dia tentang something. Jagalah kau Arman and Chika(awek arman). Kau akan tau siapa aku masa konvo minggu depan. Dina dan Farah hanya memberikan thumbs up padaku.

______________________________________

So acane part ni?
Mesti bosankan??
Saya akan buat cite ni panjang-panjang.
Sebab isi dia memang banyak. Rintangan dia pon banyak. Huhuhuh...
Thanks a lot pada yang menyokong.

AmateurNovelis


Puteri Yang TerBuangWhere stories live. Discover now