2|Tak kisahlah !

61.9K 4K 287
                                    

" Tuk tak tuk "
Jari jemari menari mengetuk meja kayu antik yang berada di satu sudut bilik itu.

Dengan hanya bertemankan lampu meja bercahaya oren malap, lelaki itu duduk termangu. Kekadang dengar dia mendengus. Lagak anjing kelaparan.

" Tap tap tap !"

Bunyi kasut tumit tinggi. Dapat diagak pemiliknya menuju ke kamarnya.

Seketika pintu bilik ditolak. Di sebalik kesamaran cahaya, kelihatan wanita lingkungan 40-an berdiri.

" Macam mana ?" Lelaki itu menyoal.

" Sama macam yang lepas." Ringkas jawapannya.

Dengusan kedengaran lagi. Dia gelisah. Ke kiri ke kanan. Tidak senang duduk. Akhirnya bangun dan mundar mandir dalam kamar itu.

" Ah ! Aku dah kata jangan cari yang sama. Kenapa tak tengok baik- baik ?!"

Lelaki itu mengherdik. Namun wanita itu langsung tidak takut. Mukanya tidak berperasaan. Barangkali lali diherdik tuannya.

" Aku nak kau cari yang lain. Pastikan tak sama macam lain. Paham ?" Dia memberi arahan.

Wanita itu mengangguk. Beberapa saat kemudian dia berlalu pergi.

Lelaki tadi kembali pada tempat duduknya. Dibuka laci meja teratas.

Apabila dibuka, isinya gambar-gambar gadis muda cantik pelbagai gaya. Lelaki itu memerhati satu persatu.

Dalam cahaya malap. Nampak, gigi taringnya.

*****

Elly merenung keluar jendela. Bayu pagi meniup lembut. Dan tidak semena dia menyanyikan lagu Apa khabar by JoeFlizow ft Sonaone tu. Kena situasi sangatlah kan.

" Aku tanya apa kabar. Aku tanya apa kabar..." lirik sama berulang.

Almaklumlah nak rap, nafas tak cukup pulak.

Hampir seminggu jugalah keadaannya begitu. Sejak kamera miliknya tamat riwayat, sejak itu jugalah dia rasa hidup dalam jasad tak bernyawa.

'...Mirul carikan kerja untuk akak'

Teringat Elly akan janji padu Mirul buatnya. Namun, selang berapa hari Mirul berangkat tinggal di kampung sempena cuti sekolah.

Dasar sembang kencang !

Elly mula panas hati. Nasib adik kan. Nasib nasib.

Sedang asyik memujuk hati bersabar, handphonenya berbunyi. Ada mesej. Alia.

Alia : Woi kepeng! Mana kau?

Takda salam. Takda hai.

Elly : Dah lupa agama ke sampai tak reti bagi salam doh?

Alia : Heheh. Assalammualaikum w.r.t ustazah Elyana Rosman. Kamu di mana ya? Kangen deh.

Ah sudah. Sejak bila tukar warganegara minah ni.

Elly : Rumah ah. Mereput.

Alia : Alolo. Kesian dia. Jom ah lepak.

Mata Elly bersinar memandang perkataan 'lepak'. Pantang betul minah ni diajak berjalan.

Elly : okay. Setengah jam. Ambik aku !

Conversation ditamatkan. Elly melompat dari katil.

Ayuh. Kita enjoy !

*****

Okay. Elly rindukan katil dia sekarang. Sebab ?

Sebabnya, member ajak lepak tapi bila lepak masing masing hadap phone eh elok dia balik peluk bantal weh !

Alia dipandang tersengih sengih sendiri. Entah putera raja mana yang mengusik gadis itu.

' Ni lagi satu sembang kencang. Kangen konon. ' Elly bengang.

Perlu cari benda untuk hilangkan bosannya atau mahu tak mahu dia mintak Alia hantar dia balik.

Matanya mula meliar. Satu satu benda bergerak dipandang. Seketika, pandangan berhenti pada papan iklan di kedai minum itu.

" Beb. " Elly memanggil
Alia.

" Hah..apa," sahut Alia tanpa memandang. Teguh merenung gajet di tangan.

" Aku nak jalan jap. Nanti aku datang balik. " ujar Elly.

Alia mengangguk tanda okay. Setelah itu Elly melangkah ke papan iklan yang dilihatnya tadi.

" Maid part-time. Kerja siang balik malam. Gaji pokok rm1500+. Berminat sila hubungi ...''

Peluang ni !

Hati Elly berbunga. Bolehlah dia beli kamera baru. Tak perlu mereput lagi !

Kertas iklan dikoyakkan dan di simpan dalam kocek seluar.

Tak kisahlah maid ke apa ke. Janji dapat duit. Tak kisah !

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now