Bab 10

3.8K 67 15
                                    

MEGAT HAIKAL senyum melihat jemaah yang ada di dalam bilik mesyuarat itu bertepuk tangan untuknya. Turut dilihat wajah ayahnya, Dato' Megat Haizam yang duduk di kerusi utama juga tersenyum lebar. Dibalas senyuman itu sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda teirma kasih dan penghormatan kepada ayahnya yang juga merangkap majikannya.

Senyuman di bibirnya usaha ditanya, lebar bukan main. Kalau ada yang boleh lihat hatinya, mereka akan lihat seperti ada sebuah taman berwarna-warni yang penuh dengan rama-rama, terbang penuh ceria. Mana tidaknya, dia berjaya melaksanakan tugasnya lagi. Projek yang boleh tahan besarnya.

Kalau dilihat pada carta organisasi syarikat, dia antara orang yang teratas juga. Mungkin pada setengah orang, bila berada di atas tidak perlulah buat banyak kerja. Minta saja orang bawahan buatkan. Tapi itu bukan prinsip Megat Haikal. Apa yang dia buat adalah kerana dia mahu lakukan. Dia berada diposisi sekarang pun bukan kerana sebarang tiket, tapi kerana kesungguhannya bekerja.

Walaupun ayahnya salah seorang pemegang saham syarikat itu, tapi Megat Haikal paling tidak suka mendengar, "Bolehlah kau kerja sebab ini syarikat bapak kau." Itu pantangnya. Dia bekerja kerana dia mahu bekerja dan dia bekerja di situ bukan kerana ayahnya.

Lagipun dia mula dari bawah dengan pangkat yang setara tahap pendidikannya. Malah ketika mula bekerja tak ramai pun yang tahu dia anak Dato' Megat Haizam.

Dulu dia tidak seperti sekarang. Dulu dia malas belajar, kalau ikutkan hati memang dia mahu lakukan seperti apa yang orang selalu kata kepadanya.

"Alah kau kaya, buat apa nak belajar. Duit ayah kau dah banyak. Kau kalau tak kerja pun belum tentu duit ayah kau tu akan habis."

Mana tidak mulut murai tempayan berkata sebegitu kalau kereta yang dipandu Megat Haikal lebih mahal daripada kereta pensyarah-pensyarah mereka ketika masih belajar. Kalau diberi pilihan pun memang Megat Haikal tidak mahu menyambung pengajian apatah lagi sehingga peringkat ijazah. Tapi ini adalah paksaan atau lebih tepat ugutan daripada Dato' Megat Haizam.

"Kalau Haikal nak ayah bagi duit setiap bulan, ikut segala kehendak Haikal, Haikal kena ikut cakap ayah dulu. Pergi sambung belajar. Ambik kos perniagaan. Ayah tak kisah universiti kerajaan atau swasta. Selagi tak dapat ijazah, selagi tu ayah takkan tunaikan permintaan Haikal."

Megat Haikal ingat lagi kata-kata yang berjaya membuntukan kepala otaknya. Dia tidak suka belajar apatah lagi belajar perkara yang dia tidak minat. Tapi apa minatnya? Dia sendiri tidak tahu apa minatnya waktu itu. Yang dia tahu pada usia itu minatnya menghabiskan masa dengan bermain game.

Akhirnya kemahuan ayahnya mahukan dia menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan diterima dalam paksa demi memikirkan ganjaran yang akan dia dapat nanti. Dia benci berfikir apa lagi nanti terpaksa bermain dengan nombor dan membaca.

Tapi kerelaan mula timbul apabila dia mengenali seseorang malah dia berjaya menghabiskan pengajiannya tepat pada masanya. Semangat itu terus dibawa sehingga sekarang.

Megat Haikal kemas meja tempat dia duduk. Segala dokumen dimasukkan kembali ke dalam fail untuk diserahkan kepada setiausahanya. Yang lain sudah keluar dari bilik mesyuarat itu dan ada yang mengucap tahniah, berjabat tangan dengannya.

Megat Haikal terima dan balas semua itu dengan rasa yang paling manis. Ternyata dia banyak berubah. Itu yang dia tahu tentang dirinya. Dia ingat lagi ketika zaman universiti lebih kurang lapan tahun lalu. Dia pun baru tersedar rupanya sudah lama dia meninggalkan zaman itu. Tapi kenapa dia rasa seperti baru lagi meninggalkan zaman itu? Kerana kenangankah?

AWEEN LEE keluarkan telefon dari dalam tas tangannya sebaik melangkah keluar dari lif. Pantas nama teman lelakinya dipilih sebelum ditekan butang panggil.

CINTA BELUM TAMAT TEMPOHWhere stories live. Discover now