"TAK apa ke Iman pergi dengan Jazmin aje?" Soal umi. Riak wajahnya kelihatan sangat risau.
"Okey je, umi. Don't worry. Bukannya Iman pergi sorang. Min kan ada." Jawabku, tersenyum sambil memaut bahu Jazmin yang sedang tersengih.
"Isy, umi risaulah. Iman tu tengah darah manis. Tak pun, tunggu sekejaplah. Sekejap lagi angah balik. Tak lama lagi, habislah kelas dia." Balas umi.
"Iman okey je, umi. Insya-Allah, tak ada apa-apa. Iman janji Iman bawak kereta slow-slow, macam kura-kura. Kalau nak tunggu abang ngah yang ambil Ian, kesian pulak lama Ian menunggu dekat airport tu." Balasku.
"Kak Iman, kalau bawak kereta macam kura-kura, esoklah baru kita sampai." Tambah Jazmin.
"Tak apa, biar lambat asalkan selamat." Balasku sambil tersengih.
"Yalah, bawak kereta hati-hati. Umi gerak dulu pergi hotel. Sekejap lagi walid sampai. Malam ni deco team nak start decorate dewan tu. Jadi, umi nak tengoklah team tu buat kerja macam mana." Balas umi.
"Kalau macam tu, kami jumpa umi dekat hotel malam nanti. Mama dengan papa pagi esok baru datang sebab mama ada hal dekat Gombak. Jom, Min. Kita kena gerak sekarang. Nanti jalan jam pulak. Ini pun mesti dah start jam ni." Ujarku.
"Drive carefully, okay. Apa-apahal, call umi. Umi tunggu korang dekat hotel." Tambah umi lagi.
"Ya, umi."
Aku dan Jazmin masing-masing bersalaman dengan umi sebelum beredar ke keretaku yang terparkir di luar rumah.
"Achik punya flight sampai KL pukul 7 malam kan?" Soal Jazmin sambil memakai seat belt sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta.
"Sepatutnya macam tu lah. Harap-harap dia tak hilang lagi kali ini." Jawabku dan Jazmin terus ketawa.
"Kalau hilang, kita tinggalkan je dia, kak."
"Dah tu, esok akak nak kahwin dengan siapa?"
Aku ketawa melihat Jazmin yang sudah menepuk dahinya. Lupalah tu!
Aku dan Jazmin tiba di KLIA apabila jam di dashboard kereta menunjukkan hampir pukul 7.30 malam. Tambahan pula kami perlu menempuh jam yang teruk kerana terdapat kemalangan di antara kereta dan bas sebentar tadi. Aku memakirkan kereta dan bergandingan dengan Jazmin melangkah masuk ke dalam kawasan lapangan terbang.
"Achik dah sampai ni." Ujar Jazmin sambil membaca pengumuman yang tertera pada announcement board.
"Ha'ah la. Yalah, kita lambat sampai sini sebab jalan jam teruk tadi. Eh, Ian call." Balasku apabila terasa poket seluar jeans bergetar. Aku mengeluarkan iPhone berwarna putih dari dalam poket seluar dan menyentuh skrin untuk menjawab panggilan.
"Ian kata dia tunggu kita dekat tempat arrival, yang ada tempat duduk tu. Jom !" Beritahuku sambil menyimpan semula iPhone ke dalam poket seluar jeans.
Jazmin mengikut langkahku ke balai ketibaan. Kami mencari-cari kelibat Ian di kawasan tempat duduk.
"Kak Iman, itu achik !" Beritahu Jazmin separuh menjerit. Jazmin sudah melambai-lambai ke arah Ian sambil tersenyum. Ian yang menyedari kehadiran kami, terus bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah kami berdua.
"Patutlah susah nak recognize achik. You got yourselft a new hairstyle eh?" Sapa Jazmin ceria sambil menyalami tangan Ian. Aku turut memandang rambut Ian yang sudah bertukar wajah. Rambutnya sudah dipotong pendek dengan rambut depannya dinaikkan sedikit ke atas. Kacak bergaya rupanya encik mat salih celup ni. Aku sudah tersenyum di dalam hati.
YOU ARE READING
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)
RomancePertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. "So I am your replacement husband?"- Ian Hadif "If you want to say so." - Iman Amani Bukan...
