Bab 2

15.8K 505 1
                                    

"APEK, tolong tangkap ini budak! Otak dia manyak gilaaa!" Firas sudah menjerit-jerit sambil memanggil Uncle Chong yang baru sahaja lalu di luar butik.

Salun rambut Uncle Chong sememangnya terletak bersebelahan dengan butik pengantin milik mama. Butik milik mama ini pula sudah berada di bawah jagaanku. Aku sudah tergelak-gelak melihat telatah Firas yang riuh itu. Kan aku dah kata! Mesti mamat ni melatah punya!

"Kau gelak kenapa? Otak kau memang tercabut fius la!" Balas Firas. Dia sudah berdiri sambil bercekak pinggang.

"Kau la yang kelakar ! Kau menjerit terlolong panggil Uncle Chong tu buat apa ? Bukannya dia boleh tolong apa-apa. Ke kau nak dia jadi pengapit kau nanti ?" Balasku dengan tawa yang masih bersisa. Wajah Firas yang sudah merah padam itu kupandang sekilas.

"Aku serius ni. Since aku tak jadi kahwin, kau la yang take over. 50% preparations dah siap. Kau cuma kena cover another 50% je." Tambahku, serius.

"Kau ingat ni presentation macam kat uni dulu ke, cik kak ? Bila kau blank, aku take over ? Ni kahwin lah!" Balas Firas, serius.

"Yalah, yalah aku tarik balik perkataan 'take over' tu. Sensitip la kau ni!" Usikku lagi. Haih, aku yang putus tunang, tapi aku yang tengah sedap ketawa dan si Firas ni yang tengah tarik muka.

"Tapi, aku betul-betul serius, Firas. Membazir kut wedding preparations yang dah siap. Kau memang akan kahwin dengan Nadia kan? Just in this case, tarikhnya diawalkan aje." Aku masih tidak berputus asa memujuk Firas.

"Diawalkan aje?"

Erk, mamat ni! Sensitip betul ! Aku atau dia yang tengah frust menonggeng sebab baru lepas putus tunang?

"Yalah, awal dua bulan kan? Tolonglah. Kau tak kesian kat aku ke? Dah la kat rumah, along aku dah blacklist aku. Sekarang ni, kau pun tak nak tolong aku ke?"

"Jangan buat muka kesian kau tu."

"Eh, aku tak buat muka apa-apa lah! Sebenarnya kau yang kesiankan aku kan ? Kau nak tolonglah ni kan ? Kan ?"

Firas terdiam dan kemudiannya dia mengeluh panjang.

"Bukan aku tak nak tolong, tapi memang tak boleh. Aku pun kalau boleh nak awalkan wedding kitorang. Banyak dugaan bila bertunang lama-lama ni." Balas Firas sambil tersengih.

"Gatal !"

"But seriously memang tak boleh nak ganti tempat kau. Kitorang ada family matters yang nak kena settlekan, which will take quite some time. Nak awalkan wedding kitorang as early as two months memang susah."

Giliran aku pula yang terdiam. Takkan nak memaksa pulak kan? Bab kahwin-kahwin ni bukannya boleh dibuat main. Otakku sudah membayangkan drama-drama yang bakal tercipta apabila semua orang mengetahui perkahwinanku dibatalkan.

"Aku ada cadangan lain." Tutur Firas. Aku memandangnya, meminta penjelasan selanjutnya.

"Apa susah ? Kau carilah pengganti si bimbo tu. Dah ada pengganti, wedding kau berjalan macam yang kau nak. "

"Memang bergeliga otak kau ! Kau ingat nak cari pengganti tu macam nak beli stok bunga telur ? Tengok, pilih dan terus beli ? " Sindirku.

"Tak boleh ke buat macam tu ? " Soal Firas sambil tersengih.

"Eh, siapa kata tak boleh? Boleh, boleh sangat!" Firas ketawa pula.

Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)Where stories live. Discover now