Bab 4

1.9K 57 3
                                    

''Janji dengan aku satu perkara?'' tuntut Nadhif Hilman dengan pandangan mengharap memandang Daiyan Humaira. Waktu itu mereka masih disekolah. Didalam kelas tatkala teman-teman yang lain sudah pulang ke rumah.

''Apa?'' Daiyan Humaira memandang pelik ke arah Nadhif Hilman. Tak pernah-pernah dia beriak seperti ini. Nampak cemas semacam sahaja.

''Janji dengan aku kalau kita jauh kau akan sentiasa bagi respon pada call and text aku.'' kata Nadhif Hilman sambil mencapai tangan Daiyan Humaira yang sudah kembali menulis dan memfokuskan dirinya dengan buku yang berada dihadapannya.

''Kenapa?'' tanya Daiyan Humaira sambil menarik tangannya yang berada didalam genggaman Nadhif Hilman dan kembali menulis tanpa langsung memandang Nadhif Hilman yang berada dihadapannya.

''Risau. Tapi tak kesah lah apa pun sebab dia, kau kena janji dengan aku tau.''

''Ya, aku janji.'' Daiyan menjawab endah tak endah. Masih terfokus dengan latihan yang sedang dijawabnya.

''Macam tak ikhlas je ni?'' tanya Nadhif dengan riak ragu-ragu. Mana tak nya Daiyan Humaira memberikan riak batu menandakan dia malas mahu melayan Nadhif Hilman yang sedang mangarut.

''Hishh dia ni lah. Nadhif Hilman Bin Mustafa, saya Daiyan Humaira Binti Din Azman berjanji akan respon kepada semua call dan text awak bila awak call saya atau text saya tak kira lah hujan ke, panas ke atau ribut melanda sekalipun. Okay, puas hati?'' ujar Daiyan Humaira dengan muka serius sambil mengangkat tangan kanannya tanda berjanji.

''Okay. Puas hati dah.'' Nadhif Hilman tersenyum senang. Puas hati.

''So boleh sambung study dah ni?''

''Boleh. Boleh. Hehehe.''

Mengingatkan kenangan lama di bangku sekolah membuatkan Daiyan tambah bersalah. Hanya keluhan yang mampu dilemparkan. Walaupun ketika itu usianya baru mencecah 16 tahun, tetapi sebaik sahaja janji itu dimeterai olehnya, dia sendiri telah berjanji agar tidak mengingkari janjinya itu.

Jam di dinding yang menunjukkan angka sebelas ditilik. Awal lagi , takkan lah nak tidur waktu-waktu begini? Sudah lah hatinya sedang rawan mengenangkan Nadhif Hilman yang menjar akkan diri daripadanya. Sekarang ini, Nadhif Hilman pula memulangkan paku buah keras. Satu panggilan pun tidak dijawabnya apatah lagi mesej maaf daripanya. Semuanya diabaikan.

Niat dihati ingin keluar tetapi kalau nak ajak Nadhif keluar memang tak lah kan jawapannya. Tapi nak melayan diri yang sedang berduka lara tanpa membuat apa-apa lagilah parah jadinya.

N-Keluar.

A-Tak

D-Keluar

H-Tak

I-Keluar

F-Tak

Huhhh saka betul dia ni. Guna nama dia pun jawapannya tetap tidak. Daiyan terus menukar gown malamnya kepada baju yang lebih sesuai untuk melepak di malam hari dan terus mencapai iPhone yang berada di atas meja. Satu pesanan ringkas dihantar kepada Nadhif Hilman. Lantaklah dia baca ke tak baca ke, yang penting dia dah bagi tahu.

Langkah kakinya dikecilkan dan berjalan terjengket-jengket supaya tiada yang megesan langkah kakinya sewaktu keluar. Bonda bukan menghalang cuma riak polis pencen bonda yang malas mahu dilayannya. Tetapi sebelum dia keluar dia menghala langkah kakinya ke bilik yang berada dihujung tigkat atas.

Tangannya memulas tombol pintu tetapi berkunci. Terpaksalah dia menunggu diluar dan mengetuk dahulu sebelum makhluk yang berada di dalam bilik itu keluar.

Miss CEO jatuh cinta!Where stories live. Discover now