Yang Tak Sempat

5 0 0
                                        

Ada kisah yang tidak berakhir dengan perpisahan,
tetapi dengan diam yang terlalu panjang.

Tentang seseorang yang pernah menjadi rumah,
namun akhirnya hanya tinggal dalam ingatan.

Tentang penantian yang tidak berpenghujung,
doa yang berkali-kali dipanjatkan,
dan sebuah masa depan yang pernah dibayangkan bersama,
tetapi tidak pernah sempat menjadi nyata.

Yang Tak Sempat adalah himpunan puisi tentang cinta yang tertinggal di tengah jalan,
tentang rindu yang tidak lagi tahu ke mana harus pulang,
tentang kehilangan tanpa ucapan selamat tinggal,
dan tentang hati yang perlahan belajar menerima bahawa tidak semua yang kita cintai ditakdirkan untuk tinggal.

Kerana ada yang kita tunggu,
ada yang kita doakan,
dan ada yang akhirnya harus kita serahkan kepada Tuhan.

Bukan kerana cinta itu tidak pernah ada,
tetapi kerana kita tak sempat menjadi kita.

Yang Tak SempatStories to obsess over. Discover now