Adryana Sofia memang tak reti duduk diam.
Kalau orang lain datang ke Navy Day untuk tengok pameran aset, bergambar dengan kapal, atau sekadar ikut keluarga, Adryana pula entah ke mana.
Sepuluh minit tadi dia ada di tapak pameran.
Lima minit kemudian, dia hilang.
Sekarang?
Tak ada siapa tahu.
"Adryana!"
Suara ibunya kedengaran dari belakang.
Adryana yang sedang berdiri di hadapan sebuah papan penerangan terus menoleh.
"Ha?"
Nur Qistina berjalan mendapatkan anak perempuannya dengan wajah yang sudah lali.
"Papa cari."
"Papa kat mana?"
"Papa yang cari kamu, bukannye mama yang kena tahu kamu dekat mana."
Adryana ketawa kecil.
"Adik tak buat pape pon."
"Kamu tu dari tadi merayap ke sana sini. Sekejap dekat kapal, sekejap dekat gerai, lepas tu hilang lagi."
"Saya tengok-tengok je."
"Yelah dik."
Qistina menggeleng sambil menarik lengan anaknya perlahan.
"Jom. Papa dengan abang-abang kamu dekat sana tu."
Adryana menurut, walaupun matanya masih sempat melilau ke sekeliling.
Dia memang suka tempat macam ini.
Bukan sebab keluarganya penuh dengan orang tentera.
Bukan juga sebab ayahnya pernah berkhidmat dalam TLDM.
Dia cuma suka melihat benda baharu.
Kapal.
Peralatan.
Sejarah.
Cerita di sebalik setiap benda.
Mungkin sebab itu dia memilih Archaeology di universiti.
Bagi Adryana, sesuatu yang lama tidak semestinya tidak menarik.
Kadang-kadang, benda yang paling lama itulah yang paling banyak cerita.
"Adryana."
Kali ini suara lelaki.
Dia menoleh.
Ayahnya, Mohamad Andika, berdiri tidak jauh bersama dua orang abangnya.
Zayyan Harith sedang bersilang tangan, manakala Zaryan Izzat kelihatan sibuk memerhati orang ramai.
"Papa panggil dari tadi," kata Andika.
"Sorry."
"Sorry?"
Adryana tersengih.
"Maaf, tak dengar."
Zayyan mengangkat kening.
"Tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?"
"Abang ni..."
"Sudahlah," sampuk Andika sambil ketawa kecil.
"Papa nak kenalkan kamu dengan kawan lama Papa."
Adryana mengerutkan dahi.
"Kawan Papa?"
YOU ARE READING
Bila Kita Nanti
RomanceMereka bertemu secara tidak sengaja. Dia seorang gadis yang hidupnya penuh dengan rasa ingin tahu. Dia pula seorang lelaki yang hidupnya sentiasa menuntut dia untuk pergi. Namun daripada sebuah pertemuan, lahir satu perasaan yang tak pernah mereka r...
