Bab 4

5.8K 138 8
                                    

"KAU nak minum apa-apa tak?" Ashraff mengemas sedikit mejanya yang berselerak.

Hilman menggeleng. "Dah nak balik pun. Kejap lagi aku singgah minum dengan cik puan tunang aku aje." Ashraff ketawa. Bukan dia tak tahu Saffiya tu tunang Hilman tapi memang sikap dia kerjaya dan peribadi tidak perlu dicampuradukkan.

Jadi, Saffiya dilayan sebagai pekerja biasa walaupun tunang kawan baiknya sendiri.

"Bila kau plan nak kahwin dengan Saffiya?"

Hilman sengih panjang. "Kalau ikutkan hati aku ni, memang aku nak kahwin cepat-cepat tapi belum sampai masa lagi. Kerja aku pun berlambak lagi dekat cawangan baru kita tu... Jadi mungkin setahun lagi kut."

Ashraff angguk mengeyakan. "Aku faham... tapi kalau kau nak cuti kahwin, jangan risau. Aku sedia luluskan bila-bila masa untuk Saffiya. My best friend wedding kut, takkan aku nak halang." Hilman ketawa besar.

"Mungkin kau kahwin dulu kut. Aku dengar khabar Helly dah balik Malaysia. Tak cerita dekat aku pun!"

"Habis, kau dengar cerita ni daripada siapa?" Ashraff tergelak kecil.

"Siapa lagi, Adi la cerita dekat aku. Dah la lunch tak ajak aku. Siot punya member!"

Ashraff mengangkat kedua-dua belah tangannya seolah-olah memprotes kata-kata Hilman.

"Aku bukan tak nak ajak kau tapi aku tanya Saffiya tadi dia cakap kau ada mesyuarat dengan klien di Subang Jaya. Takkan aku nak ajak kau juga sedangkan aku dah tahu kau sibuk."

"Amboi, bukan main sekarang ni. Kalau nak selidik aku, tanya dekat Fiya aje, kau eh," ujar Hilman lalu bangkit mengutip surat khabar yang berterabur di atas lantai.

"Apa hal kau campak-campak surat khabar ni? Mengamuk dekat tunang aku ke?" soal Hilman.

"Kau ni gaya cakap macam aku ni layan Saffiya tu teruk sangat aje!"

"Hoi, Ash! Gambar kau dalam newspaper. Again?!" Hilman memandang Ashraff dengan riak terkejut. Kalau tak silap dia, baru dua hari lepas keluar gambar Ashraff berparti di rumah Clara. Takkan hari ni dah keluar gambar dia berparti di rumah Wirda semalam kut?! Cepatnya berita tersebar.

Ashraff tayang riak menyampah. "Kalau bukan kerja Si Zamani gila glamor tu, siapa lagi punya kerja."

"Memang kerja dia pun, ni ada tulis ni berita sensasi oleh Zamani Yang Glam. Geli aku!" Giliran Hilman tayang riak meluat. Siapa tak meluat kalau muka menggerutu dengan jerawat batu lepas tu claim diri sendiri kacak dan glamor. Ewww, geli!

"Kalau aku dapat Zamani tu memang aku kerjakan dia habis-habisan. Tak habis-habis nak ganggu hidup aku. Papa aku pun dah bising sebab muka kacak aku ni asyik masuk dalam surat khabar. Melentinglah orang tua tu."

"Kalau aku jadi papa kau, aku pun marah juga. Merosakkan reputasi syarikat aku aje." Selamba aje Hilman sembur Ashraff.

Ashraff berdengus. "Kau pun sama aje macam papa aku. Relakslah, aku bukannya buat apa-apa pun. Ada nampak aku pegang air kencing setan? Tak ada, kan?"

"Memanglah tak ada pegang air kencing setan tapi kau pegang perempuan lain. Kalau aku buat macam ni, mampus aku kena cencang dengan Fiya tau! Kalau Helly nampak ni, aku tak tahulah macam mana kau nak selamatkan diri." Surat khabar di tangannya diketuk-ketuk dengan jari sambil tunjuk muka Ashraff.

"Kalau ya pun marahkan aku, janganlah tunjal kepala aku dalam paper tu!" Melihat jelingan sahabat baiknya, Hilman gelak besar. Tahu pun terasa.

Aku, Dia dan StilettoWhere stories live. Discover now