Bab 2

7.1K 169 5
                                    

DATUK RAHMAN yang baru sahaja pulang ke rumah terus memanjat tangga menuju ke tingkat atas rumahnya. Wajah seseorang ingin dia tatapi. Rindu sangat dengan wajah jelita itu. Pintu bilik anak tunggalnya diketuk.

Tiada jawapan.

Sekali lagi tangan Datuk Rahman naik mengetuk pintu bilik berwarna putih itu.

Masih senyap.

"Sayang."

Aulia diam membeku. Buat-buat tak dengar ketukan di pintu dan panggilan daripada daddynya. Biar Datuk Rahman tahu dia sedang merajuk.

Mendengar tombol pintu dipulas oleh seseorang, Aulia cepat-cepat menarik selimut menutup kepalanya. Seluruh tubuhnya kini sudah dibungkus dengan selimut bercorak bunga-bunga kecil ala Inggeris itu. Dia sudah berjanji untuk melancarkan perang dengan daddynya.

"Anak daddy ni tak turun sambut daddy balik kerja pun hari ni." Datuk Rahman melabuhkan duduk di sisi anaknya yang sedang berbaring di dalam comforter.

Diam.

"Lia dah makan? Jom makan dengan daddy dan mummy."

Datuk Rahman cuba menarik comforter yang menutupi kepala anaknya namun segera ditarik semula oleh Aulia. Datuk Rahman tergelak kecil. Oh, merajuk rupa-rupanya anak kesayangan dia. Ingatkan sakit perut tadi.

"Alamak, anak daddy boikot daddy! Kenapa ni, sayang?" Tubuh Aulia yang tenggelam di dalam selimut tebal itu ditepuk-tepuk perlahan.

Masih diam. Aulia pura-pura pejam mata walaupun mulut dia rasa nak menjawab semua soalan Datuk Rahman. Namun segera ditahannya. Kan dah janji dengan diri sendiri nak boikot. Kalau mungkir janji nanti berdosa, Tuhan marah.

Eh, kalau merajuk dengan bapa sendiri lagilah berdosa, kan? Alah, daddy okey. Daddy cool!

"Okey, kalau Lia tak nak cakap dengan daddy, daddy keluar dulu. Mummy dah tunggu nak makan dekat bawah tu. Perut daddy pun bukan main lagi lapar ni." Datuk Rahman menepuk bahu anak kesayangannya. Punggungnya diangkat mahu melangkah turun ke tingkat bawah.

Belum sempat Datuk Rahman melangkah pergi, Aulia menarik comforter yang menutup kepalanya turun sehingga ke paras pinggang. Dia bingkas bangkit lalu duduk bersila di atas katilnya.

"Kenapa daddy ambil kad kredit Lia?! Lia nak beli kasut pun tak dapat tau tak? I hate you, daddy!" Sebiji bantal kecil berbentuk empat segi berwarna merah hati dicampak ke arah Datuk Rahman.

Buk!

Tak sempat mengelak. Aulia tersenyum puas hati.

"Sayang nak kasut apa lagi? Ada berpuluh-puluh kasut dah dalam almari dekat bawah tu. Nak beli kasut apa lagi?" Datuk Rahman mengutip bantal berwarna merah jambu yang jatuh di hujung kakinya. Nasib baik campak bantal, kalau anak dia campak pasu tak ke pecah berderai kepala dia tadi? Haish!

Datuk Rahman merapati katil Aulia. Dia kembali duduk di sisi Aulia. Bahu Aulia diusap penuh kasih sayang.

"Aulia nak beli apa lagi?"

"Heels la. Cantik sangat tau, daddy. Lia dah meleleh air liur tengok heels tu."

Datuk Rahman menggaru kepala. Kasut lagi? Allahuakbar. Kasut Aulia yang berderet di dalam almari tu kalau jual agaknya boleh beli sebuah kereta MyVi Limited Edition. Entah-entah lebih daripada MyVi pun boleh dapat.

"Habis tu apa masalahnya dengan daddy kalau Lia tak beli heels tu?"

"Sebab daddy, melepas kasut tu. Semua daddy punya pasal." Aulia tumbuk dada Datuk Rahman.

Aku, Dia dan StilettoWhere stories live. Discover now