Pengenalan

4 0 0
                                        

Peringatan

Segala isi dalam cerita ini adalah hasil rekaan penulis. segala watak dan peristiwa tiada kaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Jemput baca dengan tenang semua ♡

♡⡞⠳⣄⣀⣠⠞⢷ ֹ۪

Watak Utama

Lee Know sebagai Haris Aryan
Park Jihyo sebagai Ariana Arissa



Lee Know sebagai Haris AryanPark Jihyo sebagai Ariana Arissa

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.




≽^• ˕ • ྀི≼



Pada sabtu pagi yang tenang dan hangat bertemankan bunyi burung yang berkicauan seolah mereka bersama menyanyikan lagu yang merdu diberhentikan dengan suara keras yang datang dari dapur rumah. Bunyi itu datang dari gelas kaca yang pecah bersama susu segar. Lantai rumah yang bersih itu serta merta berubah warna putih susu.

Lelaki yang berusia hampir 26 tahun terkejut separuh mati mendengar perkataan ibunya yang menyebabkan gelas yang dipegang olehnya jatuh dari genggaman. Habis susu segar yang dituang oleh lelaki itu. Kucing- kucingnya segera menghampirinya dengan kaki yang terkedek-kedek kerana berat hampir sekilo beras hanya untuk menjilat susu putih itu.

Dia memandang kosong kucing kucingnya Soonie, Doongie dan Dori yang sedang santai menjilat tumpahan susu. Fikirannya seketika terfikir betapa untungnya kalau dia dilahirkan sebagai kucing.

Otaknya bercelaru seketika memikirkan banyak hal. Dia tidak habis fikir kenapa ibu dan ayahnya berkeras kepala ingin menentukan kehidupan dia buat kali ke berapa . Dia juga sudah tidak terkira.

     Ibu bapanya banyak memasuki hal peribadinya hanya kerana dia anak semata wayang mereka. Satu satunya anak mereka yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

Tetapi kali ini , ibu dan ayah dia dah semakin melampau apabila mereka berkata bahawa pada minggu depan , anak lelaki mereka perlu hadir ke sebuah butik untuk mencuba baju perkahwinannya dengan entah siapa . Haris Aryan merasakan satu badannya serta merta bertukar pucat dan sejuk.

Namun hidupnya semakin malang kerana dia tidak dapat membantah permintaan mereka kerana dia telah diugut untuk dibuang oleh keluarga jika dia tidak menurut perkataan ibu bapanya. Dia tidak bersetuju kerana dia sudah tidak mahu lagi terlibat dengan perempuan dalam kehidupannya.

Harinya bertukar semakin teruk ketika dia berhasil mendapat tahu siapakah pengantin perempuannya nanti beberapa jam setelah panggilannya dengan ibunya. Wanita yang berhasil membuat dia tutup hati kepada wanita lain yang disebabkan kesalahan wanita itu sendiri.

    Kesalahan yang masih buat Haris tertanya jawapan sebenar daripada wanita itu membiarkan dia tanpa sebarang alasan. Wanita itu berjaya membuatkan dia trauma untuk mengenali wanita lain . Wanita yang pernah dia kenal selama dia hidup sejak kecil lagi.

Dia segera mengeser sedikit kucing- kucingya ke tepi dan mengambil kain lap dan penyapu untuk membersihkan sisa kaca yang pecah supaya dia tidak fikir terlalu dalam yang hujungnya hanya menyakiti hati sendiri.

    Wajah Soonie kucing Haris yang berwarna oren seakan tidak berpuas hati melihat Haris membersihkan sesuatu yang dianggap berharga baginya. Haris yang menyedari itu terus mengambil 'catnip' untuk memujuk semula anak bulusnya. Doongie , kucingnya yang berwarna oren dengan tompok putih di muka dan Dori kucingnya yang berwarna kelabu segera menghampiri tuannya.

   Fokus Haris segera teralih berkat kehadiran tiga ekor kucingnya. Dia tergelak kecil melihat anak-anak bulusnya yang sedang berada di alam 'lain'.




Seterusnya...

Dua HatiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang